16 July 2018

UJIAN BERTULIS PENOLONG PENDAFTAR UiTM 2018



Bismillahirrahmanirrahim

Fuhh fuhhh
Banyak nau habuk kat blog ni :p
Semalam sis attend ujian bertulis kat uitm, so hari ni sis nak share sikit soalan apa yg ditanya semoga bermanfaat untuk semua nanti. Mana la tahu tahun depan sis nak apply lagi sis boleh refer sini jugak. Hehe.

Tapi tapi tolong jangan tanya sis dapat pergi next stage ke tak sebab sis rasa tak dapat. Banyak soalan kantoi. Kbye.

Tips untuk ujian ni adalah banyakkan membaca dan berlatih mengira tanpa kalkulator. Hihi.
Exam ni SATU JAM je kena jawab 80 soalan. Husband sis cakap 1 soalan 45 saat.

Antara topik adik-adik perlu ulangkaji adalah:
  1. Of course sejarah Malaysia. Baca je semua dik. Tak baca nanti menyesal macam sis.
  • YDPA
  • Kerajaan Malaysia
  • Perlembagaan
  1. Semua berkenaan Malaysia – ye dik memang kena baca semua sebab tak boleh expect soalan apa yang keluar.
  2. Latar belakang UiTM – baca semua jugak termasuk sejarah uitm dan berapa cawangan uitm ye kau jangan nak skip pulak. SEMUA.
  3. Pengetahuan am
  4. Simple calculation tapi tak boleh guna kalkulator menggagau jugak la nak kira guna jari kaki. Hahah.

Ni soalan yg sis dapat.
  • Sukan badminton dan ragbi. Hahaha ingat sis tahu ke jawapan dia.. T_T
  • Kesihatan - dia tanya pasal hati. Sis menyesal tak baca artikel doktor2 share kt facebook tu.
  • System solar/planet/bumi - ni soalan sekolah rendah weiii. #siskecewa
  • Definisi orang yg layak terima zakat – hoiii siapa boleh jawab ni memang terbaik sis tak sangka dia tanya soalan ni
  • Canselor pertama uitm
  • Peranan pro-canselor uitm
  • Pengurusan eksekutif uitm
  • Falsafah uitm
  • Artifak simbolik uitm
  • Logo uitm
  • Giving uitm
  • Sejarah uitm – ada dua soalan pasal tarikh. Damnnnn.
  • Naib canselor uitm – kau hafal je semua
  • perolehan kerajaan – definisi, prinsip, percentage untuk bumiputera
  • cuti kakitangan awam
  • elaun kakitangan awam
  • daerah di Perak. Hahaha siapa duduk Perak mesti boleh jawab
  • orang asli Senoi -  ni first time sis dengar pasal Senoi T__T
  • akta2 – akta 173, perlembagaan persekutuan, akta syarikat/badan berkanun, etc
  • kerajaan Malaysia – sebab kerajaan sekarang under PH, so tak banyak dia tanya pasal current issue/dasar terkini. Banyak soalan pasal sejarah Malaysia & sejarah Pendidikan di Malaysia
  • Peranan PBT – unexpected right? T_T

So far tu je sis ingat. Maklumlah orang dah beranak ni banyak wayar putus. Hahah. Semoga bermanfaat ye.