15 February 2014

5 Hari dan 14 Februari



Alhamdulillah. Dah 5 hari... eh, 6 hari sebenarnya termasuk hari ni. Okay, dah 6 hari bekerja. It is not easy. It is tough. I can't give up. I must be strong.




14 Februari tu bukan nak cerita pasal Valentine walaupun kat office heboh pasal tu. Office saya ramai Chinese, jadi mereka celebrate Valentine. 

Ini kisah 14 Februari Amira. Alhamdulillah, officially graduated. Melihat perkataan COMPLETE membuatkan saya rasa sungguh lega. Despite all the hardships and tears, Alhamdulillah Allah izinkan untuk saya menamatkan pengajian. Semoga Allah izin untuk menghadiri majlis konvo. Dan semoga Allah izin untuk mempunyai suami di dunia ini. Kalau tak, kita jumpa kat akhirat ya encik suami.


06 February 2014

Pengalaman Temuduga Kerja Part 2


Kalau nak baca part 1 boleh klik sini.

Company 3
MSC (bukan nama sebenar)
MNC jugak kot.
Tarikh 6 Februari 2014 fresh from oven. :D

Seperti biasa, adegan salah masuk jalan mesti ada. Haha. Sampai lambat sikit tadi tapi nasib baik dia faham. Only 1 interviewer, Chinese girl. Masa mula-mula masuk dah rasa tak sedap hati  sebab office tu sangat sunyi. Pastu nampak macam ramai Chinese jugak. Dah risau da, ni company Chinese ke. But all the feelings flew away when the interview session start. This Chinese lady is so friendly sampai tak rasa nervous pun. Soalan pertama mestilah please introduce yourself. So membebel dan menggoreng la saya di situ. Tapi kali ni takde soalan strength and weakness. Heheh. But there is one question that I think all of you must prepare, what is your plan. It can be what is your plan if you get this job or what you want to be in 5 years. Contoh je la kan. Ops sebelum terlupa, another question is why you choose that company. Menggigil saya nak jawab tadi. Eh macam propa je menggigil. Okay la, gelabah is the word. Haha. Pandai-pandai la korang goreng. Macam tak biasa pulak kan. Heh. Yang paling best adalah, I asked her what is the range of salary and she looked back at my application form and said, "Oh you minta RM2000.. Okay we can give you that amount sebab you kena ulang alik dari rumah kan." Omo omo Tersengih terus dengar dia jawab macam tu. Haha. Besides, she said that my English is quite good. Hahahaa. Memang tergelak la kan sebab saya tahu level saya. Tak bagus sangat pun. Same goes to company R, the interviewer also said that I can speak English fluently. But the reality is, not really fluent. Heh.

Now waiting for their feedback. Esok adalah hari penentuan. Harap sangat salah satu daripada those companies bagi positive result. Kalau dua-dua tak dapat.. ermmm.. kena usaha lebih lagi. 

Tips:
Kalau perasan kat website Jobstreet tu ada ruangan untuk buat English test. Korang buat je sebab itu akan membantu company untuk tahu tahap English korang. Besides, korang bantai je speaking masa interview tu tanpa segan silu. Kalau dah sangkut sangat baru cakap Bahasa Melayu. All the best kawan-kawan. Semoga kita semua akan ada masa depan yang cerah. :)

05 February 2014

Choices


Entri ini bertujuan untuk menyedarkan diri sendiri. Supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. 

As all of you know, currently i am waiting for the feedback from company R. Yang company KK tu rasanya memang tak dapat kot. If company R reject me, I plan to join SL1M at UMW. Nampak tak betapa sayangnya saya kat UMW? :D

Okay, back to the topic. Siang tadi saya terima panggilan daripada company S (bukan nama sebenar), asked to attend the interview this Friday. Dah berbelah bahagi nak pergi ke tak sebab tengah tunggu feedback company R.

But then just now at 8:23 pm ada orang call. Terkejut baq hang orang call malam-malam suruh datang interview esok. Esokkk. Apa aku nak menggoreng nih. Chinese lady yang call jadi sangat yakin esok kena speaking punyaa. Ops, ni company MS (bukan nama sebenar).

So Amira... Bersyukurlah sebab awak dapat panggilan interview. Orang lain masih duduk di rumah tahu.

Bercakap soal gaji, impian dan cabaran. 

Ya, impian saya untuk bekerja di dalam pejabat. Sebab tu la belajar Office Systems Management. :p 
Gaji mestilah nak yang tinggi kan. At least kalau dah bayar kereta, dah bayar bil, dah bagi parents, masih ada sedikit untuk shopping apa salahnya. $_$
Cabaran. Bekerja dalam suasana yang mencabar is my dream too because I want to challenge myself. Memilih untuk praktikal di bumi Shah Alam adalah cabaran buat diri sendiri sebenarnya dan Alhamdulillah berjaya melepasinya.

Jadi... mohon kawan-kawan doakan saya dapat buat pilihan yang tepat.


04 February 2014

Pengalaman Temuduga Kerja


Ehemm. Saya tak sangka saya akan buat entri pasal temuduga kerja. Dah tua da amira. *sigh. Sekarang dah sebulan lebih menganggur. Baru attend dua interview. Sebab baru dapat dua panggilan. Sedih kan? Tak laku ke fresh grad nih? I got my degree, I got CGPA yang okay, apa lagi yang tak cukup?? 

The answer is experience. Yeahh siapa yang nak amik kalau kita takde pengalaman. Jadi bersyukurlah at least ada dua company called for interview. Kalau orang lain dapat lebih banyak panggilan interview, itu rezeki mereka. Ya, rezeki. Allah yang tentukan rezeki masing-masing. Kita usaha je. Kita dah usaha nak sambung master, tapi mak tak bagi. Takde rezeki la tu. Kita dah usaha nak kahwin, tapi tak dapat. Takde jodoh la tu. 

Ehh kenapa tersasar dari topik asal nih?

Ehem. Okay, back to our topic. Di sini saya nak share pengalaman interview saya. Selamat membaca!

Company 1 
KK (bukan nama sebenar)
Japanese company.
Tarikh 13 Januari 2014
Dua orang interviewers. Both are girls. Seorang Chinese, seorang lagi Malay. Soalan yang tipikal tu korang faham sendiri la kan. Antara yang menarik, mereka tanya situational questions. What if bla bla bla. What happen when bla bla bla. How would you handle bla bla bla. Kat sini, pandai-pandai la korang goreng. Macam tak biasa pulak kan menggoreng. Asalkan jangan hangus sudah, yang penting cukup masak, cukup rasa. Since saya belajar HR hanya on the surface sahaja, mereka macam tak confident sebenarnya. Haha. Sebab position dalam HR department. Then dia suruh kita tanya soalan. Saya tanya, bila paling cepat saya boleh dapat tahu yang saya diterima bekerja. (Nampak tak desperate sangat nak kerja? :p ) But they asked to wait until the end of February. Lama tuuuuu. Ohh another question yang mereka tanya adalah bila nak kahwin. I was like "Errr errr."  Pastu habis. Dorang tak cerita pun pasal benefit and whatsoever. Job scope ada la sikit-sikit tapi itu termasuk dalam situational questions. Dorang tak explain sangat. Okay done.

Company 2
R (bukan nama sebenar)
Multinational Company (MNC)
Tarikh 4 Februari 2014. Hari niii. :D
Two interviewers. One man, one lady. The lady is from my hometown and she knows my aunt and uncle. What a small world. Heee. And that man will be my superior if I get the job. A little bit scary actually. But the lady managed to reduce my nervousness. Thanks to her. The questions almost same like usual. Cumaaa mula-mula akak tu speaking, pastu kita pun speaking la jugak kan walaupun hancur. -.- Rupanya dia nak uji je. Hoho. So after introduction session tu cakap bahasa ibunda je. Hee. Interview kali ni dia banyak tanya pasal previous job. Previous job saya internship je la kann. Dengan temporary sales assistant and temporary clerk at MME. So sesi bercerita je la. Hehe. Ohh not to forget, soalan tentang strength and weakness sangat wajib ya jadi bersedialah untuk menggoreng lagi. Apa yang menarik tentang interview kali ni adalah dia cerita pasal job scope, dia cerita pasal manager or superior, dia cerita sedikit tentang environment and tentang benefit to employees. Besides, this is the most interesting part. The lady motivates me on how to do job or tasks properly, how to mingle around with others. She asked to be like a sponge, absorb any knowledge and apply it. She asked to grab any opportunity no matter what position. Sebabb kita kan fresh grad yang takde pengalaman. Sooo kalau ada offer, just grab. Tapi kalau tak dapat jangan putus asa. Rasa macam baru lepas attend kursus motivasi. :D

 Ini cerita dua hari lepas. Orang tamak selalu kenyang. Vanilla milkshake and yam ice blended.


Ini kisah tadi. Fresh. Reward myself after the interview. Yummyyy.

Tadi singgah apartment amik barang, minta izin kat security nak bawa kereta masuk. Pastu dia tegur, "Dah lama tak nampak." Same goes masa nak keluar. Dia cakap lagi benda yang sama. Awak dah kenapaaa. Stalk saya ehh. Ke rindu tengok kereta saya berebut parking yang paling dekat dengan gate tu? Haha.