23 January 2014

Wishlist *updated


Memandangkan berangan adalah percuma, jadi tak salah la kalau nak berangan. Heheh.


Kereta pakai kereta kecik dulu takpe, yang penting ada rumah. Tak kira la besar ke kecik, yang penting rumah.

Ini untuk memudahkan kerja seharian. Pfftt Nampak sangat malas basuh guna tangan. 


Ini untuk menyimpan air Bliss kegemaran. Dapat yang kecik pun takpe.


Ini sungguh wishlist hadiah kahwin. Bukan nak beli sendiri. Kehkeh. Masalahnya ada ke orang nak bagi? -.-
Yang ini boleh beli sendiri. Lol. Sedapppppppnya buat roti bakar letak kaya. 

Ini pun wishlist hadiah kahwin. Tapi kalau takde orang bagi, insyaAllah akan beli sendiri. Jimat sikit tak payah hantar kat tailor. Tapi kena belajar laa. Takde basic pun sekarang nih.


comel kann?? supaya boleh baking kat rumah. :D


Nanti kalau ada lagi, akan update. Tapi tapi kenapa cakap pasal kahwin ni? Haihhh. Calon mana calon?

Cabaran Penganggur


Ehemmm memandangkan belum dapat kerja lagi, jadi penganggur la gamaknya. Mohon doakan saya dapat kerja cepat-cepat ya.

Okayyy motif utama tulis entri baru adalah untuk bercerita tentang kenaikan berat badan. *malunya. To be honest, sejak asasi lagi berat saya tak pernah turun. Maksudnya ia sentiasa naik sejak 2-3 tahun kebelakangan ini. Kalau masa asasi berat 42kg, jangan tanya la sekarang berapa kg. *malu lagi.

Jom cerita pasal lifestyle. Dulu masa asasi makan tu makan la jugak tapi jimat baiii sebab elaun mana cukup kan. So kena jimat. Kalau nak pergi mall pun selalu jalan kaki. Nak balik pun sama. Ingat lagi bawak balik susu 6 kotak tu dengan barang-barang lain. Berjalan kaki okay!

Masa degree.. Kalau duduk kolej wajib la turun tangga nak pergi kelas. Belum kira lagi naik tangga sebab lif penuh. Pernah naik tangga sampai tingkat 12. Perghh. Sekarang? Menangis laaa. Haha. Pastu kalau balik kolej tak naik tangga pun, selalu kena berdiri untuk tunggu bas. Dan kalau duduk rumah sewa laaagi kena jimat. Nanti minyak kereta tak cukup. Pastu selalu kelas pukul 10, so dapat parking jauh. Kena la berjalan kaki dari tempat parking nak pergi kelas. Siapa yang pernah pergi Puncak Alam mesti tahu betapa jauhnya tempat parking students tu.

And lastly masa praktikal. Ohooiiii. Ni zaman melantak namanya. -.- Berjalan hanya dari rumah nak ke tempat parking di luar pagar apartment, pastu dari tempat parking nak masuk office. Itu sahaja. Makan? Heaven sangattt. Kadang dah beli sarapan. Pastu selalu ada makanan lebih untuk training. (Dept saya uruskan training). Jadi makanlah untuk elakkan membazir. Dan department tu jugak selalu buat makan-makan. Eh selalu ke? Erm ermm tak sangat kot, selalu sebab ada makanan lebih dari training tu. Tapi kadang-kadang buat makan-makan sambut birthday. And kalau ada event, akan ada makanan khas untuk kitorang. Heheh. Jadi, manalah badan tak naik kan? Lagi pulak, kat sini la saya belajar makan macam-macam. Pergi subway la, pergi chillis la, pergi secret recipe la, asiari la. 

Kesedaran bermula apabila manager saya begitu menitikberatkan soal pemakanan sebab ada orang tanya dia pregnant ke. Heheh. She is a calorie counter. She will write whatever she eats and count the calories. Dia selalu makan sayur je, jarang sentuh nasi. Pastu saya terfikir, sampai bila nak makan sedap-sedap je amira. Kena tengok apa yang kita makan, jangan sumbat je. Okay bermula misi baru. Disebabkan saya saaaaaaangat suka makan, saya beli snack baru. Granola bars. Tapi mahal kan? Hari tu boleh beli sebab ada elaun. Sekarang ni elaun tak dapat lagi. *sobb. So kena pandai-pandai kreatif cari snack lain seperti buah-buahan atau kekacang. 

Besides, kena start bersenam. Isnin lepas berjogging dengan adik. Tak sampai satu round pun, pastu terus jalan kaki. I know my capacity. Dibuatnya pengsan, ada ke orang nak angkat? Kehkeh. Lepas tu kitorang balik kemas rumah lepak lepak and terus ke Banting settle kan urusan rasmi. Pastu terus pergi Puncak Alam untuk hantar hard cover thesis. Memandangkan adik belum dapat lesen jadi saya la yang memandu kereta manual itu. Pukul 6 baru sampai Banting balik, mak ajak pergi Pizza Hut. Ohooiiiii anak-anak kat rumah suka benor mak belanja makan yee. Hehehe. Malam tu terus sakit kaki. Pastu semalam bantai aerobik. And sakit kaki lagi. Haihh nak kata tak stretching, dah buat da. Pelik.

Jadi azam saya sepanjang jadi penganggur ni adalah untuk lose weight secara sihat. Jaga makan dan bersenam. Kalau dapat hilang at least 5 kg pun dah cukup bersyukur. Doakan yaa.

20 January 2014

Today is the DAY


Pewwittt. Tajuk nak propa je kan. Hikhik. Sooooo attention seeker. Dah kata result aura reading warna orange kannnnn. Haruslah propa. LOL.

Hari ni saya dah habis belajar secara tidak rasminya. Nak rasmi tunggu dah konvo. Dah habis belajar sebab dah submit hard cover thesis and no more correction. Alhamdulillah, segala pujian hanya untukNya.

Ucapan tunggu konvo. InsyaAllah.
sorry gambar senget. heee


16 January 2014

Important Documents


Hai adik-adik. Bertemu lagi di ruangan tips latihan industri bersama kak mira. Maklumlah sejak dah menganggur ni takde benda nak buat, jadi moh le menambah pahala buat sharing session secara online. Hehe.

Hari ni akak nak kongsi benda-benda penting yang adik-adik kena ada sebelum start latihan industri. Tapi ni fokus pada Faculty of Business Management sahaja terutamanya untuk kursus empat serangkai iaitu Office Management, Health Admin, Customer Service dan Event Management.

Berikut adalah dokumen penting yang adik2 kena ada.
1) Buku log (daily-warna kuning or peach)
2) Buku log jumpa advisor (hijau)
3) Guidelines nak buat portfolio
4) Evaluation form
5) Borang apa ntah. Lol

Ini pengalaman akak. Akak dapat buku log warna kuning tu masa dah dapat feedback nak praktikal kat mana. Staff office tu bagi siap2. Guidelines nak buat portfolio akan diberi masa taklimat terakhir before kita habis semester 5. Buku log hijau akan diberi or kita kena minta sendiri masa first time jumpa advisor untuk semester 6. Kalau nak sambung semester 5 punya pun boleh rasanya. Borang apa ntah tu pensyarah yang datang visit yang akan bawa tak pun dia akan email siap-siap dan minta adik print sebelum dia datang. Minta manager kita isi dan beri kat dia masa dia datang visit. Okayyyy akak tak cerita pasal evaluation form kan? Sebab akak tak tahu menahu langsung pasal ni. Ini sangat hororscope (bak kata akak2 T&D). Borang tu penting tahu takkkk sebab itu lah yang akan jadi kita punya 40%. 60% untuk portfolio. Akak malaslah nak cerita pasal camne akak boleh tahu pasal borang tu, camne akak gigih cari borang tu kat Puncak Alam, camne akak gigih pergi Shah Alam untuk minta manager isi borang tu dan camne akak gigih poskan borang tu sebab dah tak mampu pergi Puncak Alam. -.-

Pengajarannya, please alert. Rajin bertanya kat kawan2 pasal apa2 document yang penting tuh. Akak dah tanya masa awal2, dorang cakap takde pape da. Rupanya masa pertengahan sem dorang dapat borang tu tapi lupa nak inform kat akak. Jadi akak la terkontang kanting gelabah cari borang tu siap kena perli dengan staff office. pfftttt. 

Semalam akak dah check kat website posmalaysia, Alhamdulillah document tu sampai. Harapnya mereka tak lupa key in markah akak la yeeeee. Manager akak tolong baik punyaaaaaa. Janganlah tiba2 akak kena repeat praktikal. LOL.

10 January 2014

Full of Confusion


I don't know how to start writing. *thinking 

Last semester, my friends and I were ready to do the thesis individually. I mean, after we finished the proposal. But for this semester, we got new supervisor. She said that we can do it together, there is no need to submit it individually. Everything run smoothly until 2 January 2014 which is the day of thesis submission, when we propose to present the thesis as a group. Our supervisor said that we need to submit the thesis individually and she extend our submission date until 3 January. Okayyy. But then this morning when we are prepared to present individually (read: redha untuk present individual, bukan bersedia untuk present), suddenly my friend who is presenting called us (me and Iee) to enter the class and present together. I was like "err errr baru sampai kot, tak sempat touch up pun." The worst thing is all of us are not prepared at all. But Alhamdulillah, despite all of the confusion, we managed to do it. Alhamdulillah. Thanks a lot to Hans and Iee.

08 January 2014

Sijil Kursus Kahwin




sijil ni tahun 2012 baiiii.
sekarang dah 2014.
agak-agak kalau 2015 or 2016 masih boleh guna tak?
ke kena pergi kursus lagi?
err

03 January 2014

We have Allah


the above title is the conclusion

I have done with my practical attachment. Everything run smoothly. Alhamdulillah. Currently struggling to complete thesis. My presentation was scheduled, need to present next week, Thursday. So I have approximately one week to prepare the presentation. May Allah ease everything.

I have applied more than twenty vacancies. Hopefully can get the feedback as soon as possible. And no scam, please.



Despite all this hardship, we or I really need to bear in mind that we have Allah. May He ease everything.