04 February 2014

Pengalaman Temuduga Kerja


Ehemm. Saya tak sangka saya akan buat entri pasal temuduga kerja. Dah tua da amira. *sigh. Sekarang dah sebulan lebih menganggur. Baru attend dua interview. Sebab baru dapat dua panggilan. Sedih kan? Tak laku ke fresh grad nih? I got my degree, I got CGPA yang okay, apa lagi yang tak cukup?? 

The answer is experience. Yeahh siapa yang nak amik kalau kita takde pengalaman. Jadi bersyukurlah at least ada dua company called for interview. Kalau orang lain dapat lebih banyak panggilan interview, itu rezeki mereka. Ya, rezeki. Allah yang tentukan rezeki masing-masing. Kita usaha je. Kita dah usaha nak sambung master, tapi mak tak bagi. Takde rezeki la tu. Kita dah usaha nak kahwin, tapi tak dapat. Takde jodoh la tu. 

Ehh kenapa tersasar dari topik asal nih?

Ehem. Okay, back to our topic. Di sini saya nak share pengalaman interview saya. Selamat membaca!

Company 1 
KK (bukan nama sebenar)
Japanese company.
Tarikh 13 Januari 2014
Dua orang interviewers. Both are girls. Seorang Chinese, seorang lagi Malay. Soalan yang tipikal tu korang faham sendiri la kan. Antara yang menarik, mereka tanya situational questions. What if bla bla bla. What happen when bla bla bla. How would you handle bla bla bla. Kat sini, pandai-pandai la korang goreng. Macam tak biasa pulak kan menggoreng. Asalkan jangan hangus sudah, yang penting cukup masak, cukup rasa. Since saya belajar HR hanya on the surface sahaja, mereka macam tak confident sebenarnya. Haha. Sebab position dalam HR department. Then dia suruh kita tanya soalan. Saya tanya, bila paling cepat saya boleh dapat tahu yang saya diterima bekerja. (Nampak tak desperate sangat nak kerja? :p ) But they asked to wait until the end of February. Lama tuuuuu. Ohh another question yang mereka tanya adalah bila nak kahwin. I was like "Errr errr."  Pastu habis. Dorang tak cerita pun pasal benefit and whatsoever. Job scope ada la sikit-sikit tapi itu termasuk dalam situational questions. Dorang tak explain sangat. Okay done.

Company 2
R (bukan nama sebenar)
Multinational Company (MNC)
Tarikh 4 Februari 2014. Hari niii. :D
Two interviewers. One man, one lady. The lady is from my hometown and she knows my aunt and uncle. What a small world. Heee. And that man will be my superior if I get the job. A little bit scary actually. But the lady managed to reduce my nervousness. Thanks to her. The questions almost same like usual. Cumaaa mula-mula akak tu speaking, pastu kita pun speaking la jugak kan walaupun hancur. -.- Rupanya dia nak uji je. Hoho. So after introduction session tu cakap bahasa ibunda je. Hee. Interview kali ni dia banyak tanya pasal previous job. Previous job saya internship je la kann. Dengan temporary sales assistant and temporary clerk at MME. So sesi bercerita je la. Hehe. Ohh not to forget, soalan tentang strength and weakness sangat wajib ya jadi bersedialah untuk menggoreng lagi. Apa yang menarik tentang interview kali ni adalah dia cerita pasal job scope, dia cerita pasal manager or superior, dia cerita sedikit tentang environment and tentang benefit to employees. Besides, this is the most interesting part. The lady motivates me on how to do job or tasks properly, how to mingle around with others. She asked to be like a sponge, absorb any knowledge and apply it. She asked to grab any opportunity no matter what position. Sebabb kita kan fresh grad yang takde pengalaman. Sooo kalau ada offer, just grab. Tapi kalau tak dapat jangan putus asa. Rasa macam baru lepas attend kursus motivasi. :D

 Ini cerita dua hari lepas. Orang tamak selalu kenyang. Vanilla milkshake and yam ice blended.


Ini kisah tadi. Fresh. Reward myself after the interview. Yummyyy.

Tadi singgah apartment amik barang, minta izin kat security nak bawa kereta masuk. Pastu dia tegur, "Dah lama tak nampak." Same goes masa nak keluar. Dia cakap lagi benda yang sama. Awak dah kenapaaa. Stalk saya ehh. Ke rindu tengok kereta saya berebut parking yang paling dekat dengan gate tu? Haha. 

No comments: