16 January 2014

Important Documents


Hai adik-adik. Bertemu lagi di ruangan tips latihan industri bersama kak mira. Maklumlah sejak dah menganggur ni takde benda nak buat, jadi moh le menambah pahala buat sharing session secara online. Hehe.

Hari ni akak nak kongsi benda-benda penting yang adik-adik kena ada sebelum start latihan industri. Tapi ni fokus pada Faculty of Business Management sahaja terutamanya untuk kursus empat serangkai iaitu Office Management, Health Admin, Customer Service dan Event Management.

Berikut adalah dokumen penting yang adik2 kena ada.
1) Buku log (daily-warna kuning or peach)
2) Buku log jumpa advisor (hijau)
3) Guidelines nak buat portfolio
4) Evaluation form
5) Borang apa ntah. Lol

Ini pengalaman akak. Akak dapat buku log warna kuning tu masa dah dapat feedback nak praktikal kat mana. Staff office tu bagi siap2. Guidelines nak buat portfolio akan diberi masa taklimat terakhir before kita habis semester 5. Buku log hijau akan diberi or kita kena minta sendiri masa first time jumpa advisor untuk semester 6. Kalau nak sambung semester 5 punya pun boleh rasanya. Borang apa ntah tu pensyarah yang datang visit yang akan bawa tak pun dia akan email siap-siap dan minta adik print sebelum dia datang. Minta manager kita isi dan beri kat dia masa dia datang visit. Okayyyy akak tak cerita pasal evaluation form kan? Sebab akak tak tahu menahu langsung pasal ni. Ini sangat hororscope (bak kata akak2 T&D). Borang tu penting tahu takkkk sebab itu lah yang akan jadi kita punya 40%. 60% untuk portfolio. Akak malaslah nak cerita pasal camne akak boleh tahu pasal borang tu, camne akak gigih cari borang tu kat Puncak Alam, camne akak gigih pergi Shah Alam untuk minta manager isi borang tu dan camne akak gigih poskan borang tu sebab dah tak mampu pergi Puncak Alam. -.-

Pengajarannya, please alert. Rajin bertanya kat kawan2 pasal apa2 document yang penting tuh. Akak dah tanya masa awal2, dorang cakap takde pape da. Rupanya masa pertengahan sem dorang dapat borang tu tapi lupa nak inform kat akak. Jadi akak la terkontang kanting gelabah cari borang tu siap kena perli dengan staff office. pfftttt. 

Semalam akak dah check kat website posmalaysia, Alhamdulillah document tu sampai. Harapnya mereka tak lupa key in markah akak la yeeeee. Manager akak tolong baik punyaaaaaa. Janganlah tiba2 akak kena repeat praktikal. LOL.

No comments: