23 January 2014

Cabaran Penganggur


Ehemmm memandangkan belum dapat kerja lagi, jadi penganggur la gamaknya. Mohon doakan saya dapat kerja cepat-cepat ya.

Okayyy motif utama tulis entri baru adalah untuk bercerita tentang kenaikan berat badan. *malunya. To be honest, sejak asasi lagi berat saya tak pernah turun. Maksudnya ia sentiasa naik sejak 2-3 tahun kebelakangan ini. Kalau masa asasi berat 42kg, jangan tanya la sekarang berapa kg. *malu lagi.

Jom cerita pasal lifestyle. Dulu masa asasi makan tu makan la jugak tapi jimat baiii sebab elaun mana cukup kan. So kena jimat. Kalau nak pergi mall pun selalu jalan kaki. Nak balik pun sama. Ingat lagi bawak balik susu 6 kotak tu dengan barang-barang lain. Berjalan kaki okay!

Masa degree.. Kalau duduk kolej wajib la turun tangga nak pergi kelas. Belum kira lagi naik tangga sebab lif penuh. Pernah naik tangga sampai tingkat 12. Perghh. Sekarang? Menangis laaa. Haha. Pastu kalau balik kolej tak naik tangga pun, selalu kena berdiri untuk tunggu bas. Dan kalau duduk rumah sewa laaagi kena jimat. Nanti minyak kereta tak cukup. Pastu selalu kelas pukul 10, so dapat parking jauh. Kena la berjalan kaki dari tempat parking nak pergi kelas. Siapa yang pernah pergi Puncak Alam mesti tahu betapa jauhnya tempat parking students tu.

And lastly masa praktikal. Ohooiiii. Ni zaman melantak namanya. -.- Berjalan hanya dari rumah nak ke tempat parking di luar pagar apartment, pastu dari tempat parking nak masuk office. Itu sahaja. Makan? Heaven sangattt. Kadang dah beli sarapan. Pastu selalu ada makanan lebih untuk training. (Dept saya uruskan training). Jadi makanlah untuk elakkan membazir. Dan department tu jugak selalu buat makan-makan. Eh selalu ke? Erm ermm tak sangat kot, selalu sebab ada makanan lebih dari training tu. Tapi kadang-kadang buat makan-makan sambut birthday. And kalau ada event, akan ada makanan khas untuk kitorang. Heheh. Jadi, manalah badan tak naik kan? Lagi pulak, kat sini la saya belajar makan macam-macam. Pergi subway la, pergi chillis la, pergi secret recipe la, asiari la. 

Kesedaran bermula apabila manager saya begitu menitikberatkan soal pemakanan sebab ada orang tanya dia pregnant ke. Heheh. She is a calorie counter. She will write whatever she eats and count the calories. Dia selalu makan sayur je, jarang sentuh nasi. Pastu saya terfikir, sampai bila nak makan sedap-sedap je amira. Kena tengok apa yang kita makan, jangan sumbat je. Okay bermula misi baru. Disebabkan saya saaaaaaangat suka makan, saya beli snack baru. Granola bars. Tapi mahal kan? Hari tu boleh beli sebab ada elaun. Sekarang ni elaun tak dapat lagi. *sobb. So kena pandai-pandai kreatif cari snack lain seperti buah-buahan atau kekacang. 

Besides, kena start bersenam. Isnin lepas berjogging dengan adik. Tak sampai satu round pun, pastu terus jalan kaki. I know my capacity. Dibuatnya pengsan, ada ke orang nak angkat? Kehkeh. Lepas tu kitorang balik kemas rumah lepak lepak and terus ke Banting settle kan urusan rasmi. Pastu terus pergi Puncak Alam untuk hantar hard cover thesis. Memandangkan adik belum dapat lesen jadi saya la yang memandu kereta manual itu. Pukul 6 baru sampai Banting balik, mak ajak pergi Pizza Hut. Ohooiiiii anak-anak kat rumah suka benor mak belanja makan yee. Hehehe. Malam tu terus sakit kaki. Pastu semalam bantai aerobik. And sakit kaki lagi. Haihh nak kata tak stretching, dah buat da. Pelik.

Jadi azam saya sepanjang jadi penganggur ni adalah untuk lose weight secara sihat. Jaga makan dan bersenam. Kalau dapat hilang at least 5 kg pun dah cukup bersyukur. Doakan yaa.

No comments: