25 November 2013

Well Said


COPY PASTE dari kak Jie

Saya menaip catatan ini dengan hati berbelah bahagi. Dan jemari yang bergeletar hebat. Terlebih dahulu saya nyatakan pendirian saya, bahawa saya sama sekali tidak anti dengan kahwin muda, bahkan saya sendiri berkahwin pada usia muda, iaitu ketika berusia 18 tahun (2009), pada waktu itu saya berada di tahun pertama ijazah sarjana muda, bukan di timur tengah (seperti lazimnya student yang bernikah ketika belajar), tetapi di negara barat dan kini sudah dikurniakan 3 cahaya mata.

Bukanlah kahwin muda yang tidak saya setujui, namun sikap sesetengah di antara kita yang mengambil kesempatan kahwin muda sebagai tiket untuk mengguris hati wali kita, iaitu ibu bapa. Bukan sehari dua saya memerhati, bahkan sudah bertahun juga saya berdiam tentang perkara ini.

Saya lihat yang sudah berkahwin-ghairah menggalakkan rakan-rakan seusia berkahwin juga, manakala yang belum berezeki untuk bernikah resah mengeluh seolah-olah jika tidak berkahwin maka punahlah hidupnya. Ada yang sehingga sanggup berkongsi kenyataan-kenyataan yang jika dibaca oleh ibu bapa, boleh hancur luluh hati mereka.

Yang sudah berkahwin, cukup-cukuplah berkongsi kesweetan nikah muda kalian. Sekali sekala bercerita, tidak mengapa, berkongsi berita bahawa kalian sudah bernikah, untuk mengelak fitnah. Tapi kalau setiap kali buka mulut cerita nikah muda, up status pasal nikah muda, buat video nikah muda, buat dialog nikah muda

"Sedapnya buah mempelam ni. Syok tau kahwin muda".

"Terima kasih mama jahitkan baju raya. Best tau nikah muda".

"Malam ni makan KFC dengan keluarga. Seronoknya kahwin muda".

-Macam tak ada kaitan jekan. Yang sweet pun dah jadi tawar kalau selalu dicerita.

Demikian juga yang belum berezeki untuk bernikah. Kawallah diri. Jangan biarkan keinginan kita sehingga mengecilkan hati ibu bapa. Mereka kunci syurga kita. Saya lihat ada anak yang frust sebab ibu bapa tidak izinkan bernikah semasa belajar, berkongsi kenyataan yang saya gusar jika dibaca oleh ibu bapanya, ibu bapa boleh berjauh hati. Kenyataan seperti 'anak dara tidak boleh berkahwin sebab hantaran terlalu tinggi. Ibu bapa nak jual anak ke'. Mengapa tegar berkata begitu? Sedarkah kita ibu bapa membesarkan kita dari merah dua jari telapak kaki sampai kita jadi sebesar ini. Tanpa mereka tiadalah kita.

Apalah sangat nilainya seribu dua ringgit jika dibandingkan dengan segala jasa mereka? Memang, wang hantaran bukan wajib, bukan juga suruhan agama, namun jika ibu bapa mahukannya, carilah jalan untuk mendapatkannya, anggaplah ia sebagai sagu hati buat mereka.

Perlu sedar, kadang ada ibu bapa yang langsung tidak punya simpanan untuk menjalankan kenduri walimah anak mereka, wang hantaran itulah yang diharap buat belanja menampung kenduri tersebut. Jika tiada juga wang, bawalah berbincang. Jangan melulu melabel insan yang bertarung nyawa melahirkan, bergadai jiwa membesarkan dengan gelaran dan tuduhan yang bukan-bukan.

*sebagai seorang emak, saya juga sedar, seandainya perkara seperti ini (melabel ibu bapa perempuan sebagai jual anak) diperkatakan oleh seorang lelaki, nasihat saya, jauhilah lelaki seperti ini. What to expect? Belum bernikah sudah pandai melabel-label ibu bapa perempuan, sudah bernikah mungkin lebih teruk kelak.

Bagi mereka yang diizinkan Allah untuk bernikah pada usia muda pula, seperti yang sudah saya katakan, janganlah terlalu dipengaruhi rakan-rakan yang belum bernikah untuk bernikah juga. Simpankan sahaja sebahagian besar kesweetan berkasih sayang zauj-zaujah, bercinta selepas nikah itu untuk tatapan peribadi. Kerana setiap manusia berbeza jalan dan keperluan hidupnya. Setiap ibu bapa juga berbeza harapan dan keizinan yang diletak pada anak-anak mereka.

Jangan diguna alasan dakwah untuk memberi green light bercerita tentang kesweetan hidup kita suami isteri sehingga mengundang duka di hati insan lain.

Saya bagi satu contoh logik pada zaman sekarang. Kalau dalam 10 orang anak gadis remaja (berusia dalam lingkungan 17-23 tahun) mungkin hanya 2 orang yang diizinkan keluarga untuk bernikah pada usia muda tetapi perlu berhenti belajar. Seorang diizinkan keluarga untuk bernikah pada usia muda + boleh meneruskan pengajian, manakala selebihnya 7 orang, tidak diizinkan keluarga untuk bernikah pada usia muda, dan perlu menumpukan perhatian kepada pelajaran. Rasa-rasa mana satu sasaran dakwah terbaik kita? Pastilah kumpulan yang lebih besar jumlahnya, dan yang lebih mudah untuk ditemui sasarannya dalam kelompok masyarakat.

Ajak mereka membina solehah dalam diri dengan menjadi anak solehah yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menunaikan harapan ibu bapa (cemerlang pelajaran), jadi anak solehah dahulu, baru jadi isteri solehah. Bukan asyik bercerita tentang seronoknya dapat bernikah muda kepada kawan-kawan yang belum bernikah, sehingga mereka juga rasa terdesak untuk bernikah muda, sanggup merajuk, bergaduh, mencalar hati ibu bapa dengan permintaan yang di luar kesanggupan ibu bapa mereka.

Rasulullah menganjurkan kita supaya bernikah, untuk menunduk nafsu dan memurahkan rezeki. Namun Rasulullah ajarkan juga supaya berpuasa jika tidak berkesempatan bernikah (bagi aspek menjaga nafsu). Dan menjaga hati ibu bapa demi redha dan restu mereka (bagi aspek keberkatan hidup dan rezeki).

Saya harap nukilan dan curahan hati saya ini dapat dimanfaatkan untuk kebaikan bersama. Tiadalah niat saya untuk mengguris hati sesiapa melainkan untuk bersama-sama mengajak sahabat-sahabat sekalian berkongsi sedikit kekhuatiran yang terpendam dalam hati saya sebagai seorang emak. Segala yang baik daripada Allah.

Salam sayang buat semua,
Dr (Umm Aqeef) Hammersmith Hospital, London, UK


Justification for my last entry. :)

Usul Isyrin Kedua Puluh dan Kebenaran yang Menyakitkan


Usul Isyrin ada dua puluh. Tapi buat masa ni nak share yang kedua puluh sahaja.

Kita tidak mengkafirkan seseorang Muslim berdasarkan pendapat atau maksiat yang dilakukannya sedangkan beliau telah mengucap dua kalimah syahadah dan melakukan tuntutan syahadahnya.

Sangat terasa hati bila seseorang yang saya sangat percaya.. telah melakukan perkara tersebut. Dia tidak menuduh terang-terangan tetapi susunan ayat tersebut membuatkan seperti kami sekeluarga (saya dan ibu bapa saya) seperti telah keluar daripada agama mulia ini. Sedih kan? He is the one that you trust, the one that you promise wanna live together, wanna proceed to the next stage. But it really hurt when he said that statement. "Kalau awak dan family awak tak percaya dengan rezeki Allah, maknanya dah kafir la kan?" The issue is when I refuse to proceed because of some reason (which are too private to be written here). 

Kita belum jadi ibu bapa, jadi kita bebas berbicara sesuka hati. Please. Tolong letakkan diri kita di tempat ibu bapa kita. Tiada ibu bapa yang akan melepaskan anak lelaki/perempuan mereka begitu sahaja tanpa dia rasa anak dia selamat dengan orang tu. And we also talk about this era, everything need to be paid. Everything need money. Nak uruskan diri sendiri pun tak mampu, macam mana kita nak uruskan suami/isteri kita nanti. Dan mungkin cara kita berbeza, membuatkan kita menjadi tidak sehaluan. Dan mungkin kerana Allah nak tunjuk, saya bukan untuk awak, awak bukan untuk saya. Itu adalah kebenaran yang menyakitkan.

Another kebenaran yang menyakitkan (maaf, ayat macam rojak) adalah saya tidak sempurna. I am polydactyly person. Boleh google untuk maklumat yang lebih jelas. Eh, tapi itu tidak menyakitkan. Maksud saya, ia bukan kebenaran yang menyakitkan. Walaupun masa saya sedar tentang perkaran itu (masa umur 4-5 tahun, rasa macam baru tersedar dari mimpi). Yang menyakitkan adalah ada orang reject saya sebab tu je. Ya, hanya sebab itu. Dia ada sebab tersendiri. Kot. Heh. Saya mengambil masa beberapa hari untuk pulih sebab down sangat bila tahu tentang itu. Ini sangat kelakar. Haha. Kenapa nak nangis untuk orang yang tak boleh terima kita seadanya? Allah yang beri semua ini. Pasti ada hikmahNya. :')

I dont know why I wrote this. Effect lepas buat aura reading kot. Haha. Sedang cuba positifkan diri sebenarnya. Dah tiba masanya untuk fikir masa depan secara serius. Need to find a job. Live happily macam takde masalah. Hee.

10 November 2013

travel



Ok, dah ingat nak post pasal apa. Heheh. Semester ini baaaaaaaaanyak sangat travel. To be honest, kereta kancil tu sikit-sikit je kena tukar minyak hitam. Dapat imagine tak banyak mana aku travel. Dulu sibuk ke SAMBEST, Puncak Alam. Sekarang ke Shah Alam, Sungai Buloh, Sunway. Dan hari tu baru ke Pahang tapi naik kereta abah la, dua minggu berturut-turut. Rekod pemanduan terbaru! Temerloh - Banting. Berhenti untuk isi minyak je. Chini - Banting. Banyak berhenti sebab konvoi, so kena ikut dorang. Lepas ni nak try ke Penang pulak. Agak-agak dapat permission tak ye. Melaka dah selamat. heheh. 

Final Semester


Alhamdulillah... Dah sampai semester terakhir. 

__________________________________________
aku pergi surfing benda lain, pastu dah lupa nak update pasal apa. aaaaaaaaaaa

ingat balik ingat balik

___________________________________________

Okey. Dah separuh jalan praktikal ni. Dah biasa dengan environment kt sana. Tapi masa nak berpisah nanti mesti sedih. Wuuu. 

Kena sentiasa fokus pada benda yg penting sahaja. Mujahadah la jgk sebenarnya sbb banyak anasir luar. Jom cari kerjaaaaaaaa

04 November 2013

walimah Faris


Faris is my cousin. Alhamdulillah, dah selesai majlis pernikahan, dan majlis bertandang. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Tak tahu camne boleh terlupa yang Faris tu army. Sangat excited tengok armies raptai. Laaaaaaagi excited bila acara tu betul-betul berlangsung. 








seeeeeee. takde gambar dengan pengantin pun. terlalu excited bila nampak armies. kesimpulannya, nak lalu bawah pedang tapi tak nak kahwin dengan army. sekian.