04 September 2013

berbelanja ikut kemampuan


Dulu berbelanja tak ingat dunia. Alhamdulillah, sekarang dah fikir masa depan. Kisah orang di sekeliling wajib dijadikan teladan. Mungkin atas faktor usia. Mungkin juga kerana faktor kematangan. Err usia dengan kematangan bukan seiring dan sejalan ke? Ntah la. Sejak ada kenderaan kot baru rasa macam ni. Sebab fikir nak isi minyak, nak servis, dan belum masuk kerosakan lain yang kita tak jangka. Ya, saya pakai kenderaan second hand saja. Eh ntah-ntah third hand kot. Yang penting Mr. K sangat berjasa dah bawa saya pergi kelas, pergi liqa, pergi ambil dan hantar adik dan macam-macam lagi. Bersyukurrr. Lepas ni dah start kena bayar sendiri. Tak dapat bayar full, bayar sikit pun jadi. Sebab, saya yang guna. Heh. 

Lately ni, sebelum beli sesuatu, I will think about it almost a hundred times. Keperluan ke kehendak. Kalau tak beli ada bagi kesan ke. What I need to forgo to get that thing. Dan macam-macam lagi. Kadang-kadang tak jadi beli pun. Haha. Cuma hari tu je, mimpi apa ntah teringin sangat nak masak something. Gigih keluar beli barang. Tapi tak menjadi pun masakan tu. Sedihhh. 

Kesimpulannya adik-adik, berbelanjalah mengikut kemampuan. Ukur baju di badan sendiri. Jangan boros macam akak dulu-dulu. Hehe.

03 September 2013

f.o.o.d.s


let the pictures talk. lol


 pavlova

 cream puff. yang ni puff menjadi, tapi cream dalam tu tak menjadi. -.-

 sayur kacang panjang tu mak yg masak. tapi ayam tu aku goreng. :D

 makanan untuk kawan-kawan afrina

 makanan lagi

 butter prawn yang buat aku sakit dada. sobss

 comel kan? kak echa bagi. :)

 black forest for my 22nd birthday. dah tua da aku.

 choc almond. ke almond choc? ntah la.

terhangat dari oven. haha. macaroni cheese.

gambar disusun mengikut urutan. :)

Latihan industri/praktikal/internship part 2


Ini part 1. Entry ini juga kesinambungan entry yang ini.

Since dah excited nak update entry banyak-banyak, eloklah kiranya aku bercerita panjang lebar tentang praktikal ini. Hee.

Lepas taklimat latihan industri hari tu semua orang sibuk mencari syarikat yang sesuai untuk diberikan pada pihak fakulti. Kami kena bagi dua pilihan. Dan aku pun cubalah hubungi syarikat-syarikat yang aku dah senaraikan dalam entry part 1. Berdasarkan pengalaman senior-senior, mereka pesan untuk hantar resume dulu kat syarikat tersebut, pastu baru buat follow up. But since my nickname is Amira Rajin, maka terlebih rajin pulak untuk buat surat permohonan sekali. Haha. Padahal surat permohonan tu main google je, takde makna aku nak buat sendiri. Selain tu bagi sekali resume dan mini transkrip. 

Nak dijadikan kisah. Semua syarikat yang aku follow up tu bagi negative feedback. Sebenarnya tak semua pun aku contact, adalah dalam 4-5 company. Ada yang cakap kami utamakan anak staff, ada yang bagitahu tempat praktikal hanya untuk pelajar akaun dan kejuruteraan. Dah tu aku yang pelajar pengurusan sistem pejabat ni pun terasa hati. Pastu google2. Tiba-tiba terjumpa pengalaman orang yang praktikal di UMW. Aku try contact owner blog tu tapi tak dapat. Pastu stalk lagi, sampai la jumpa nama staff UMW. Pastu buka google, search nama staff tu. Kebetulan, kat artikel mana ntah ada number telefon dia sekali. Sebab dia pendaki negara, jadi siapa-siapa nak mendaki jugak boleh contact dia. 

Jadi, aku contact la staff tersebut. Dia minta emel segala dokumen kat dia dulu sebelum dia forward kat pegawai yang berkenaan. Memang tawakal la masa ni sebab tempoh dua minggu yang pihak fakulti bagi dah nak habis. And after a few days, aku follow up. Masa tu staff ni bercuti dua minggu, pergi mendaki kat Nepal. Jadi contact pegawai lain. Feedback dia, "Adik boleh apply tapi keutamaan diberi kepada pelajar account dan finance." Sedih jugak masa tu.

Hari yang ditunggu telah tiba. Haha. Kena submit nama dua syarikat pada fakulti. First choice aku letak Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), dan second choice letak UMW. Sebab aku yakin MDKL takkan reject, so better letak kat first choice.

Mungkin dah rezeki, after a few weeks, Puan Eifa dari UMW call aku untuk menawarkan tempat praktikal. See? Dia sendiri yang offer, thats why tak sampai hati nak tolak. Siap hantar offer letter lagi. Sebab masa tu permohonan ke MDKL masih dalam proses. Fakulti hantar first choice dulu, kalau kena reject baru hantar yang second choice. Beberapa kali jugak la naik turun office untuk settle benda ni. Belum sempat aku nak jawab ya pada UMW, pihak fakulti bagitahu yang MDKL dah terima permohonan aku. Keliru sangat masa ni. 

Selepas bertukar pendapat dengan beberapa orang, aku decide untuk pilih UMW. Antara sebabnya adalah dia sendiri yang offer, ada elaun $_$, dan swasta. Kalau kat swasta kita boleh cari pengalaman banyak. Govt pun sama tapi bagi aku swasta lebih sikit. Kalau tak serasi, masa kerja nanti boleh apply govt. 

So, next week hari Isnin aku akan start praktikal di sana. Mohon doakan segalanya berjalan lancar. 

xoxo
amira rajin


NEW UPDATE
Kalau nak tanya pasal praktikal boleh direct email to me at amira7691@gmail.com.

Latest update on 19 Apr 2016
I have update a post regarding this procedure. you may refer my post on Feb 2016.
Just to add up, you can apply by email thru ucoepool@umw.com.my
But pls dont mention my name as I am no longer there.
All the best adik2 
😊

eid mubarak 2013



Hai uolls. Lol. Feeling macam penjual online yang mesra gittew. Syawal dah nak menutup tirai, baru teringat nak update pasal raya. Haha. Sorry la, tuan punya blog busy jadi suri rumah. :p

Ni cerita raya family kami. Raya pertama macam biasa la kan pagi raya bermaaf-maafan. Pastu pergi rumah nenek kat belakang rumah. Ya, rumah kampung je. Jadi, belakang rumah ada rumah lagi. Hee. Lepas tu beraya kat kampung ni jugak, rumah nenek dan atok sedara.

Raya kedua habiskan raya area sedara yang dekat-dekat lagi. Lepas zohor terus masak-masak sebab adik beradik mak nak datang.

Raya ketiga baru balik kampung mak. Wahh pecah rekod tau raya ketiga baru balik kampung. Hmm zaman dah berubah. Huu.

Raya keempat terus gerak ke area Klang, Shah Alam dan Puchong. Memang round habis. 

Raya kelima tak ingat da. Tu la, nak dekat sebulan baru nak update. =_=" Yang aku ingat, raya kelima tu adik aku demam sebab banyak sangat jalan. Dan dia pun nak trial SPM, so dia banyak duduk rumah je. Pastu adik perempuan pun tak sihat je. Bawa pergi jumpa doktor pakar kanak-kanak baru ok. Selama ni pergi klinik panel je. Adik aku siap cakap, "Mak, lepas ni kalau adik tak sihat bawalah pergi jumpa doktor tadi, tak payah pergi klinik yang selalu kita pergi tu." Mak aku dah telan air liur.. Bayar nak dekat seratus, memang la sedap ubat. Heh.

Lepas ni aku akan tukar setting blog, nak bagi tak private. Tapi sebelum tu kena delete entries yang mengarut. Supaya bila baca balik, rasa sedap mata memandang. Hehe. 

Btw, next week aku akan start praktikal. Do pray for me ya! Nervous ni. May Allah ease everything.


 me with my adorable niece. puteri marsya marissa.

 me with makcik yang sama2 kena langkah oleh fatin. memang masin mulut aku. =_=

sementara syawal masih ada, happy eid mubarak friends!

xoxo.
amira rajin

01 September 2013

Pesan Kak Hajar




Tadi pergi Shah Alam dengan Su. Su cerita.. Kak Hajar pesan kat kawan Su.. "Nanti cakap kat Su dan Mira, kalau nak kahwin jangan lupa jemput Kak Hajar."

:)

insyaAllah, bila sampai masanya.