24 March 2013

Latihan industri/praktikal/internship part 1

Assalamualaikum.

Bahang pelajar tahun akhir sudah terasaaaaaa. -_- Jumaat lepas ada taklimat latihan industri. Bagi saya itu bukan taklimat. Tak tahu nak describe sebagai apa. Mungkin keadaan fizikal yang masih lemah menyebabkan minda tak rela untuk berada di situ dengan ikhlas. *istighfar.

Back to the main topic. Koordinator pesan untuk berpraktikal di Lembah Klang sahaja sebab setiap minggu kami kena jumpa supervisor di Puncak Alam. Lainlah kalau supervisor beri izin untuk tidak perlu jumpa setiap minggu. Masalahnya senarai nama supervisor tak keluar lagi. Paling sadis, belum ada idea untuk buat research pasal apa. T_T

Okey, here is the list of possible company yang saya dah shortlist untuk dihubungi esok. Harap-harap semua bagi feedback mesra alam gitu. Hehe.

  1. Sime Darby Healthcare.
  2. Proton.
  3. Westport.
  4. IKBN Kuala Langat.
  5. Majlis Daerah Kuala Langat.
  6. PPD Kuala Langat.
  7. Pejabat Daerah Kuala Langat.
  8. JAIS HQ
  9. Pejabat SUK.
  10. Renesas Semiconductor
Pemilihan dibuat berdasarkan keberadaan orang dalam, jarak dari tempat tinggal dan elaun. Err macam tak profesional. Masih berbelah bagi ni. Macam nak pilih company besar supaya dapat lebih pendedahan. Tapi semuanya berbalik pada research yang akan dibuat. Doakan urusan kami dipermudahkan ya. :)


Talking about other thing. Teringat kisah pemulauan Kaab bin Malik kerana tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk mengikuti peperangan. Teringat juga fitnah yang melanda Aisyah. Bagaimana keadaan mereka menghadapi musibah ya? Kita yang menghadapi musibah kecil pun dah menangis. Nampak sangat lemah. Padahal Allah itu ada. Di setiap masa, tidak kira waktu kita susah atau senang. Ini baru saja menerima pemulauan kecil, sudah terasa hati. Ahhh bisikan syaitan semua itu. Bersangka baiklah terhadap semua perkara. Semua yang berlaku pasti ada hikmahNya. Ingat, dunia ini hanya jambatan menuju ke akhirat. Di sini kita berladang, bercucuk tanam. (read: beramal). Di sana kita akan tuai hasilnya. Apakah hasilnya baik atau buruk. Syurga atau neraka. Hanya dua. Pilihan di tangan kita sebenarnya. Jangan ingat bila dah masuk sekolah agama kita dah cukup baik. Tidak sama sekali. Tidak kira di mana kedudukan kita, jangan pernah merasa cukup dengan amal yang telah kita lakukan. Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui. Belum tentu amal yang banyak itu kita lakukan secara ikhlas dan sempurna. Mungkin ada kesilapan di mana-mana. Jadi sebagai manusia yang selalu leka, perbaikilah amal kita. Tingkatkanlah iman kita melalui amal soleh yang dilakukan dengan khusyuk dan ikhlas.

Apakah cita-cita kita? Apakah keinginan kita? Adakah perkara tersebut lebih dekat dengan dunia ataupun akhirat? Sama-samalah kita koreksi diri kita.

Wallahua'lam.

19 March 2013

Pusat Kesihatan UiTM Puncak Alam

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas walaupun nikmat kesihatan ditarik seketika. Pagi tadi bangun tidur terus rasa macam nak demam. Tapi memikirkan ada kelas dengan Encik Shamsul, makanya hasrat untuk pergi ke pusat kesihatan ditangguhkan. Lagi pun tak batuk dan tak selesema. Nanti kalau pergi tapi doktor cakap sihat, naya je. -_-

Waktu rehat tengah hari, tak larat nak jalan dan tak ada selera nak makan. Jadi berehat di surau sahaja. Lebih kurang lepas zohor, naik kelas kat tingkat 9. Baru pukul 2. Kelas pukul 2.30. Badan dah menggigil kesejukan. Pagi tadi masa kelas Encik Shamsul pun tak boleh fokus. Ni lagi kelas Puan Hazniriah. Dua-dua subjek yang agak sama. Berat nak hadam. Huhu. Jadi decide untuk pergi ke pusat kesihatan naik bus. Hari biasa pun tak naik tangga, masa demam lagi la tak larat naik tangga. Huhu.

Pergi dengan hati yang dup dap. Sebab tak rasa demam teruk pun. Harap-harap la doktor tak marah. Selepas pendaftaran, terus tunggu kejap then doktor panggil nama. Interview sikit-sikit. Pastu dia amik tekanan darah dan suhu. 38.9 darjah celcius. Saya pun macam "Oh biasa je tu." Cakap dalam hati je ni. Tiba-tiba doktor cakap "suhu awak tinggi ni. Saya bagi masuk air pastu awak rehat-rehat kat atas ye." Saya dah buat muka tak rela nak kena cucuk. -_- Pastu doktor cakap lagi, "Saya bagi awak pilihan, sama ada kena masuk air atau awak balik bilik tapi kena rajin minum air." Disebabkan saya ni tak rajin minum air, makanya merelakan diri untuk dicucuk. Sobss.

Jadi tadi kena cucuk untuk ambil darah dan masukkan air. Sakit. T_T Pastu dah nak pukul 5 ada rasa nak pergi toilet. Saya tak tahu nak buat camne, jadi pegang je la bekas air tu. Dah sampai luar, nurse yang jaga cakap "awak tak boleh pegang, kena gantung je bekas tu dan tarik benda tu. Benda tu dah ada roda. Nanti darah keluar." Saya tengok tangan, okeyyyy darah keluar. T_T

Then pusat kesihatan tu dah nak tutup. So nurse periksa tekanan darah dan suhu. Turunlah jugak, jadi 38.3 darjah celcius. Pastu kena taklimat. Hehe. Nurse bagitahu kalau tak sihat, terus jumpa doktor, tak payah pergi kelas. Kalau dah tahu akan sakit period pain, seminggu sebelum period pergi minta ubat kat doktor. Jangan tunggu dah tak larat nak jalan baru nak jumpa. Kalau rasa demam, pergi mandi. Makan panadol biasa (bukan soluble, bukan actifast) setiap 5 jam. Siap tanya lagi saya dah kahwin ke sebab tangan dan kaki semua berinai. Huhuuu.

Lepas tu dia suruh cepat-cepat turun sebab doktor dah nak balik. Agak pelik la sebab kalau nak ambil ubat selalunya pergi kaunter farmasi. Masa kelam kabut nak pakai tudung, saya dengar nurse panggil. "Amira, cepat turun. Doktor Amri dah nak balik ni. Dia siap tunggu awak kat tangga ni ha." -_- Awat baik bebeno doktor ni. Malu taww. Doktor pesan suruh makan ubat. Mandi basahkan rambut. Pastu duduk bawah kipas.

Cuma dapat ubat demam dan antibiotik sebab tak batuk dan tak selesema. MC pun dapat untuk hari ni je. Harap-harap esok sihat. Terima kasih tuan doktor dan puan nurse yang menjaga saya sepetang ini. Hanya Allah dapat membalas jasa baik kalian.

Tangan yang kena cucuk, siap ada kesan darah. Sebenarnya masa nak amik darah tu tiba-tiba darah keluar, banyak la jugak sampai mengalir. Nasib baik ada lapik. Yang kat atas ni darah yang keluar masa saya pegang bekas air tu sebab nak pergi toilet.

17 March 2013

Jari sudah merah berinai. Siapa gerangan pengantin lelakinya?

 

Ewahhh tajuk tak boleh nak kontroversi lagi kan. Haha. Sementara emosi tengah okey ni marilah kita bergembira. Nanti kalau taufan datang melanda, tak kenal mana satu Amira, mana satu beruang panda. :p

Saya nak upload gambar jari yang sudah merah diinai. Tetapi malu pula, sebab tengah gain weight kan. So jari gemuk-gemuk. Haha. 

Sebenarnya sejak dah masuk umur twenty series ni dah banyak kali pesan pada diri supaya jangan pakai inai. Sebab nak bagi seri naik masa jadi pengantin nanti. Tak tahulah teori apa yang saya pakai. Haha. Tapi since makcik-makcik yang balik dari umrah tu ada bagi inai dan cenderamata lain, hati melonjak-lonjak nak pakai. Lagi-lagi bila tengok kat facebook makcik yang bakal bernikah bulan Jun nanti pun pakai inai jugak. Lepas tu nak sedapkan hati, "Alaa pakai je la. Nak tunggu kahwin entah bila. Asyik kecewa je. Takpe la lepas gian pakai. Lagi pun bukannya ada aktiviti Kesatria." Haha. Dulu masa sem satu inai yang saya pakai tinggal separuh, dan komander suruh buang inai tu. -_- Bayangkan betapa gelabahnya saya masa tu. Gigih tau pergi kikis kuku bagai. Last last jumpa cikgu Kesatria tanya betul ke kena buang inai ni? Pastu dia jawab, "Awak percaya la cakap komander tu. Inai mana boleh buang. Nanti kan dia hilang sendiri." Oh goddd rasa nak cekik-cekik je komander tu. -_-

Dah dua minggu start kuliah. Hidup masih terawang-awang. Betul ke dah final year ni? Dengan kelas tak confirm lagi. Haihh sabar sabar. Sementara takde kerja ni, setiap minggu balik rumah. Nanti dah busy, entah-entah cuti mid term pun tak balik. Huu. Semoga segalanya dipermudahkan.

14 March 2013

orang baik selalu disakiti?




terima kasih pada yang terlibat. orang sana orang sini. terima kasih. awak semua buat Amira jadi makin kuat. :')

13 March 2013

Bersyukur saat diuji

Assalamualaikum.

Tajuk tu adalah title buku Prof. Muhd Kamil Ibrahim.

Catatan ni saya copy paste dari someone.

being hurt again and again. jumpa orang macam tu. jumpa orang macam ni. menangis tak henti. sekejap diuji begini. sekejap diuji begitu. Allah.... sekuat itukah aku? 

Allah tahu apa yang terbaik. Jagalah aib orang lain, insyaAllah Allah akan jaga aib awak. Doakan kebahagiaan mereka. Itu lebih baik daripada awak terus berdendam. Cubalah berlapang dada dan redha dengan semua ini. Sungguh, mesti ada hikmahnya. Allah sayang awak, sebab tu dia uji awak. Awak kan kuat. Tabahlah. Jalanilah hidup awak dengan baik. Gembirakan orang lain walaupun hati awak menangis.

Awak kuat, Amira. Sebab tu Allah uji. Berhenti menangis. Jangan membazir air mata.

11 March 2013

the beginning weeks of final year student

Assalamualaikum.

Phewwww. Alhamdulillah. Dah masuk semester baru. Dapat kolej. Result jatuh. Alhamdulillah. Itu semua ujian Allah.

Semester yang agak serabut. Lecturer-lecturer yang agak tegas. Semoga segalanya dipermudahkan.

This is a warning. Do avoid sweet talker.