28 February 2013

betrayed

 







 cukuplah semua ni. sila fokus benda lain.

26 February 2013

Tiba-tiba duit saya banyak

 

Korang pernah tak mengalami situasi tiba-tiba duit korang ada banyak? Saya pernah, sampai dua kali. -_-

Situasi pertama.
Masa tu kat Dataran Pahlawan, Melaka. Baru lepas beli souvenir. Then nak beli another souvenir yang jenis lain. Check purse. Eh, kenapa ada dua ratus lebih ni? *wondering. Pekerja kedai tadi tersalah bagi duit ke? Bersoal jawab dengan adik saya sampai saya decide nak pergi kat kedai tadi dan tanya pekerja tu. Tapi adik saya halang, dia suruh saya cuba ingat balik pasal duit tu. After a few minutes, baru teringat duit tu mak saya bagi untuk bayar kereta kat bank. -_- Sepatutnya dah cash deposit sebelum pergi Melaka tapi tak dapat sebab mesin cash deposit kat bank tu rosak. Nasib baik tak terguna. Pheww.

Situasi kedua.
Baru berlaku pagi tadi. Masa tu kat Petronas, nak withdraw duit. Mula-mula check balance, eh, ada lapan ratus lebih. Waaaa siapa yang baik hati bagi saya duit ni? Tanya kat someone, dia ada terlebih bagi duit ke dan dia cakap tidak. Hmm. Puas jugak perah otak tadi. Last sekali baru teringat beberapa minggu sebelum tu abang saya ada minta nombor akaun saya untuk claim something. Mungkin duit claim tu la kot. I called him. Tapi dia pun tak sure berapa jumlah duit tu. So saya yang kena recall flow of my account. Lepas tolak tambah banyak kali, saya pilih nilai yang banyak tu sebagai duit saya dan yang sikit sebagai duit claim. Haha, nampak tak betapa mata duitannya saya ni? Pastu abang saya call, dia bagitahu duit claim tu empat ratus. Saya tak percaya, jadi saya pergi bank minta statement account. Lepas tengok.. -_- Aduhai, memang betul la empat ratus. Terpaksa withdraw duit empat ratus tu dan terus pergi pejabat abang saya untuk pulangkan duit. 

Pengajarannya, lepas ni mungkin kena catat setiap duit keluar dan duit masuk. Now waiting PTPTN masukkan duit. Nak beli barang untuk masuk sem baru. :)

25 February 2013

kenangan itu takkan pernah dilupakan

 

 Looking at the pictures. Watching the videos during my aunt's wedding (2003) and family gathering (2004). Merenung wajah-wajah yang telah tiada. Perasaan bercampur-baur. Tak sempat habis tengok semua gambar dan video, terus tutup window. T__T

Al-Fatihah untuk mereka yang telah tiada.

23 February 2013

Tolong doakan saya dapat pergi Tanah Haram


*updated post with pictures*


ALHAMDULILLAH. Baru balik dari kenduri doa selamat di rumah makcik di Kampung Kundang. Bersempena keberangkatan beliau bersama pakcik dan another makcik serta cousin untuk pergi mengerjakan umrah. Alhamdulillah, mereka ada rezeki dan diberi kesempatan untuk ke sana. Mutarabbi saya juga sudah berlepas ke sana hari Jumaat lepas. Alhamdulillah. Semoga saya juga dapat ke sana satu hari nanti. :')  

I will upload the pictures later :D Bahagia sebab ramai makcik pakai jubah. Gorgeous youu. Hee.

By the way, saya seorang murabbi yang baru belajar. Kalau nak panggil akhwat pun saya rasa belum cukup kriteria untuk dipanggil akhwat. Yang penting, saya masih belajar, dan akan terus belajar. Dan sesungguhnya saya rasa bertuah dikurniakan mutarabbi yang hebat-hebat, iaitu bekas pelajar SAMBEST. Buat masa ni saya bawa liqa untuk kawasan Banting, ada pelajar SAMTTAR sekali. Adik SAMUSKD takde, tak tahu nak cari link macam mana. Huhu. Doakan semoga urusan kami dipermudahkan ya.







22 February 2013

Walimah Ameera Rahmat

 

Maaf sebab malam ni tiba-tiba rajin nak update blog. Hehe. Nak cerita tentang walimah sahabat di MRSM Kepala Batas, Noor Ameera Rahmat.

Dipendekkan cerita, Ameera ajak kami (saya, Su, Saidah dan Arifah) datang awal ke rumah beliau untuk tolong bungkus doorgift. Rumah Ameera ni kat Kapar, area pekan. Rumah saya kat kampung. Jadi persekitaran berbeza. Faham-faham la ye. Hee. Kebetulan, ada satu lagi walimah sahabat MRSM, Nasibah di Rawang tapi kami tak pergi sebab kesuntukan masa. Petang Ahad tu ada liqa online. Jadi cuma ada gambar di rumah Ameera je, tu pun masa hari Sabtu. Hari Ahad kami jadi penyambut tetamu, tak sempat bergambar dengan pengantin. Paling best sebab dapat jumpa rakan-rakan first batch MRSM. Lagi-lagi classmate masa tingkatan 5. Oh, sangat mengimbau kenangan. 

Sila lihat gambar. =) 
 Bersama ex-classmates 510. Kelas kami ada 16 orang je. Tapi saya dapat jumpa yang ni, yang lain tak sempat.

 Bersama sahabat-sahabat. Masing-masing dah bawa haluan sendiri, belajar di sana sini. Akhirnya bertemu kembali di walimah Ameera. 

 Boleh nampak something tak? Sebagai tanda pengantinnya bakal doktor. Ya, both of them.

Masa hari Sabtu. Tak ramai pun. Jadi ni la kerja kami selepas selesai mengerjakan doorgift.

Who's next?? 
=)

Cara nak dapat kolej setiap semester

 

Haiiiiii adik-adik. Hari ni akak nak cerita tentang cara-cara nak dapat kolej. Tapi ni fokus kt UiTM je la ye. Universiti lain tak tahu camne. Hehe.Walaupun akak cuma duduk kolej masa sem 1, 3 dan 5 (sem depan), akak baru tahu camne caranya baru-baru ni. Sadis sungguh. Jadi akak nak share kat adik-adik. Eh, ada ke adik-adik baca blog ni? Okey, Amira syok sendiri.-_-

Cara-caranyaaaa... jeng jeng jeng
1. Jadi ahli JPK or known as Jawatankuasa Perwakilan Kolej. Confirm dapat duduk kolej.
2. Jadi ahli JPB (Jawatankuasa Perwakilan Blok)
3. Jadi ahli MPP 
4. Jadi komander Kesatria atau JPAM atau persatuan lain
5. *special case* Ada masalah kesihatan. Tapi takkanlah kita nak tipu yang kita sakit. Itu tidak baik ya adik-adik. 
Okey, next!!
6. Jadi pelajar biasa, tetapi aktif kumpul kupon. Jangan lupa bayar yuran kolej, yuran barang elektrik. Dannnn jangan lupa hantar kupon kepada pihak kolej. Kalau boleh sila jaga pointer juga. =)

Kalau masih tak berjaya, cuba hantar surat rayuan. Kita ada permohonan online kan? In case permohonan gagal, cepat-cepat hantar surat rayuan. Make sure surat rayuan tu disertakan dengan dokumen-dokumen seperti borang rayuan kolej (jika ada), slip gaji ibu bapa, kad pesara and yada yada yada. Result exam pun boleh hantar, sebagai bukti in case pointer adik-adik jatuh tergolek-golek sebelum ni. 

Pengalaman akak masa nak merayu untuk semester 3, akak datang pejabat kolej hantar sendiri surat rayuan tu. Semester 4 pun sama tapi takde rezeki. Sobss. Semester 5 pulak...... akak pos je surat tu sebab takde duit mahu ke sana. Yang paling menakutkan, masa dah masukkan surat tu ke dalam kotak kuning, akak baru teringat yang akak tak sign surat rayuan tu. -_- Tapi Alhamdulillah, sebab permohonan rayuan berjaya. Akak siap hantar surat tu kat 2 orang pegawai kolej. Semangat tak? Haha. Akak Faiqah yang cadangkan. Lol. Lagi satu, pihak kolej sangat prihatin pada pelajar yang ibubapanya bergaji rendah atau dah bersara. Jadi, faham-faham la ye. =p Camne akak boleh dapat? Haaa boleh ke reveal kat sini? Abah akak ambil skim pencen. Tak tahu la camne skim ni. Dia belum bersara tapi dah dapat duit pencen. Tak banyak, dalam RM250 je. Kiranya dia dah ada kad pesara. Jadi akak fotostat je kad tu sebagai menggantikan slip gaji. Kalau bagi slip gaji, takut tak dapat. Sebab senior akak cakap pihak kolej utamakan yang bergaji RM1500 ke bawah.

Tentang surat rayuan. Rasanya semua orang tahu cara buat surat rasmi kan? Kalau tak ingat, google je. That is my secret. Sebab tu selalu tekun mengadap laptop. =D

Rasanya itu sahaja buat masa ni. Apa-apa hal boleh direct tanya akak melalui email atau comment ye. Ewahhh macam ramai sangat je follower kau amira. -_-

every cloud has a silver lining

 
ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH. Bersyukur sangat sebab dapat duduk kolej sem depan. Terima kasih faiqah sebab cadangkan saya untuk buat surat walaupun saya dah give up nak merayu. Huu. Terima kasih pada yang mendoakan. Semoga sem depan lebih baik daripada sem2 sebelum ni.

Alhamdulillah, ada juga berita gembira selepas dilanda tsunami malam tadi. Post-tsunami: bangun tidur rasa macam dunia berpusing. Perut tak selesa, macam nak muntah pun ada. Rasa nak demam. First time in my life! Dahsyat juga penangan tsunami tu.Alhamdulillah sekarang dah kurang sikit pening. Rasa nak melompat je sebab dapat tahu dapat kolej tapi terpaksa mem"behave"kan diri, takut pengsan sebab pening. Emotionally, hanya Allah yang tahu. 

Terima kasih.. dan semoga bahagia.

19 February 2013

sobss

 

T__T
i need someone

18 February 2013

bookmark project

 

Banyak benda nak share. Tapi malu nak tulis. padahal malas. Sekarang tengah cuti sem selama sebulan lebih. Macam biasa la kan, jadi driver amik dan hantar adik balik hostel. Dan tambah tugasan baru. Saham akhirat, insyaAllah. Semalam ada liqa special, gabung dengan group Su. Our murabbi minta sediakan cenderahati untuk peserta. So saya la yang ke sana ke mari mencari cenderahati. Cadang nak bagi brooch yang comel-comel tu tapi kalau satu berharga RM2, nak beli 20 dah berapa. Ish ish. Kena cari lain ni. Selepas puas meng"google", akhirnya decide nak buat bookmark. Percaya tak saya yang tak kreatif ni berjaya buat bookmark? Tapi simple je. Total duit keluar pun tak banyak sangat. Hehe. New achievement for myself. 

Another thing is tentang result yang jatuh mendadak. Sobss. Tu la balasan dosa yang melambak. Bertaubatlah Amira. T__T

Pastu baru-baru ni kawan saya yang satu batch di MRSM dah kahwin. Alhamdulillah. Sekarang dia dah sampai Mesir pun untuk meneruskan pengajian bersama suami. Barakallah Ameera dan Hakim. pheww jeles kite. hikk.

Ehem.. Kalau ikut kronologi, anda kena baca dari bawah. :p