25 November 2013

Usul Isyrin Kedua Puluh dan Kebenaran yang Menyakitkan


Usul Isyrin ada dua puluh. Tapi buat masa ni nak share yang kedua puluh sahaja.

Kita tidak mengkafirkan seseorang Muslim berdasarkan pendapat atau maksiat yang dilakukannya sedangkan beliau telah mengucap dua kalimah syahadah dan melakukan tuntutan syahadahnya.

Sangat terasa hati bila seseorang yang saya sangat percaya.. telah melakukan perkara tersebut. Dia tidak menuduh terang-terangan tetapi susunan ayat tersebut membuatkan seperti kami sekeluarga (saya dan ibu bapa saya) seperti telah keluar daripada agama mulia ini. Sedih kan? He is the one that you trust, the one that you promise wanna live together, wanna proceed to the next stage. But it really hurt when he said that statement. "Kalau awak dan family awak tak percaya dengan rezeki Allah, maknanya dah kafir la kan?" The issue is when I refuse to proceed because of some reason (which are too private to be written here). 

Kita belum jadi ibu bapa, jadi kita bebas berbicara sesuka hati. Please. Tolong letakkan diri kita di tempat ibu bapa kita. Tiada ibu bapa yang akan melepaskan anak lelaki/perempuan mereka begitu sahaja tanpa dia rasa anak dia selamat dengan orang tu. And we also talk about this era, everything need to be paid. Everything need money. Nak uruskan diri sendiri pun tak mampu, macam mana kita nak uruskan suami/isteri kita nanti. Dan mungkin cara kita berbeza, membuatkan kita menjadi tidak sehaluan. Dan mungkin kerana Allah nak tunjuk, saya bukan untuk awak, awak bukan untuk saya. Itu adalah kebenaran yang menyakitkan.

Another kebenaran yang menyakitkan (maaf, ayat macam rojak) adalah saya tidak sempurna. I am polydactyly person. Boleh google untuk maklumat yang lebih jelas. Eh, tapi itu tidak menyakitkan. Maksud saya, ia bukan kebenaran yang menyakitkan. Walaupun masa saya sedar tentang perkaran itu (masa umur 4-5 tahun, rasa macam baru tersedar dari mimpi). Yang menyakitkan adalah ada orang reject saya sebab tu je. Ya, hanya sebab itu. Dia ada sebab tersendiri. Kot. Heh. Saya mengambil masa beberapa hari untuk pulih sebab down sangat bila tahu tentang itu. Ini sangat kelakar. Haha. Kenapa nak nangis untuk orang yang tak boleh terima kita seadanya? Allah yang beri semua ini. Pasti ada hikmahNya. :')

I dont know why I wrote this. Effect lepas buat aura reading kot. Haha. Sedang cuba positifkan diri sebenarnya. Dah tiba masanya untuk fikir masa depan secara serius. Need to find a job. Live happily macam takde masalah. Hee.

No comments: