03 September 2013

Latihan industri/praktikal/internship part 2


Ini part 1. Entry ini juga kesinambungan entry yang ini.

Since dah excited nak update entry banyak-banyak, eloklah kiranya aku bercerita panjang lebar tentang praktikal ini. Hee.

Lepas taklimat latihan industri hari tu semua orang sibuk mencari syarikat yang sesuai untuk diberikan pada pihak fakulti. Kami kena bagi dua pilihan. Dan aku pun cubalah hubungi syarikat-syarikat yang aku dah senaraikan dalam entry part 1. Berdasarkan pengalaman senior-senior, mereka pesan untuk hantar resume dulu kat syarikat tersebut, pastu baru buat follow up. But since my nickname is Amira Rajin, maka terlebih rajin pulak untuk buat surat permohonan sekali. Haha. Padahal surat permohonan tu main google je, takde makna aku nak buat sendiri. Selain tu bagi sekali resume dan mini transkrip. 

Nak dijadikan kisah. Semua syarikat yang aku follow up tu bagi negative feedback. Sebenarnya tak semua pun aku contact, adalah dalam 4-5 company. Ada yang cakap kami utamakan anak staff, ada yang bagitahu tempat praktikal hanya untuk pelajar akaun dan kejuruteraan. Dah tu aku yang pelajar pengurusan sistem pejabat ni pun terasa hati. Pastu google2. Tiba-tiba terjumpa pengalaman orang yang praktikal di UMW. Aku try contact owner blog tu tapi tak dapat. Pastu stalk lagi, sampai la jumpa nama staff UMW. Pastu buka google, search nama staff tu. Kebetulan, kat artikel mana ntah ada number telefon dia sekali. Sebab dia pendaki negara, jadi siapa-siapa nak mendaki jugak boleh contact dia. 

Jadi, aku contact la staff tersebut. Dia minta emel segala dokumen kat dia dulu sebelum dia forward kat pegawai yang berkenaan. Memang tawakal la masa ni sebab tempoh dua minggu yang pihak fakulti bagi dah nak habis. And after a few days, aku follow up. Masa tu staff ni bercuti dua minggu, pergi mendaki kat Nepal. Jadi contact pegawai lain. Feedback dia, "Adik boleh apply tapi keutamaan diberi kepada pelajar account dan finance." Sedih jugak masa tu.

Hari yang ditunggu telah tiba. Haha. Kena submit nama dua syarikat pada fakulti. First choice aku letak Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), dan second choice letak UMW. Sebab aku yakin MDKL takkan reject, so better letak kat first choice.

Mungkin dah rezeki, after a few weeks, Puan Eifa dari UMW call aku untuk menawarkan tempat praktikal. See? Dia sendiri yang offer, thats why tak sampai hati nak tolak. Siap hantar offer letter lagi. Sebab masa tu permohonan ke MDKL masih dalam proses. Fakulti hantar first choice dulu, kalau kena reject baru hantar yang second choice. Beberapa kali jugak la naik turun office untuk settle benda ni. Belum sempat aku nak jawab ya pada UMW, pihak fakulti bagitahu yang MDKL dah terima permohonan aku. Keliru sangat masa ni. 

Selepas bertukar pendapat dengan beberapa orang, aku decide untuk pilih UMW. Antara sebabnya adalah dia sendiri yang offer, ada elaun $_$, dan swasta. Kalau kat swasta kita boleh cari pengalaman banyak. Govt pun sama tapi bagi aku swasta lebih sikit. Kalau tak serasi, masa kerja nanti boleh apply govt. 

So, next week hari Isnin aku akan start praktikal di sana. Mohon doakan segalanya berjalan lancar. 

xoxo
amira rajin


UPDATED ON 5th APRIL 2017
it has been almost 5 years i did intern at umw hence i am no longer familiar regarding the current procedure to apply for internship. Appreciate you could put more effort to call or go to umw directly. Thank you for reading.
😊

3 comments:

intan sawal said...

Amira, boleh share tak email umw untuk apply practical kat sana?

Fuad Fahmi said...

macam mne nk apply dkt MDKL n UMW tu??UMW tu yg kt TPG ea?Cos electronic engineering cm sy bleh ke?

sitinoramira said...

Fuad Fahmi, sorry for the late reply. lamaa da tak blogging ni. for quick reply, just email me k.

kt MDKL tu apply kt bahagian pengurusan dan latihan rasanya. awak boleh tengok kat website dan terus call person in charge kalau ada apa2 soalan.

yg ni UMW shah alam. yg kt TPG tu kayaba kan? tak tahu boleh intern kt situ ke tak, awak try la apply. and try jugak UMW shah alam ni, kalau ada kekosongan memang dia akan amik. all the best adik2!