04 September 2013

berbelanja ikut kemampuan


Dulu berbelanja tak ingat dunia. Alhamdulillah, sekarang dah fikir masa depan. Kisah orang di sekeliling wajib dijadikan teladan. Mungkin atas faktor usia. Mungkin juga kerana faktor kematangan. Err usia dengan kematangan bukan seiring dan sejalan ke? Ntah la. Sejak ada kenderaan kot baru rasa macam ni. Sebab fikir nak isi minyak, nak servis, dan belum masuk kerosakan lain yang kita tak jangka. Ya, saya pakai kenderaan second hand saja. Eh ntah-ntah third hand kot. Yang penting Mr. K sangat berjasa dah bawa saya pergi kelas, pergi liqa, pergi ambil dan hantar adik dan macam-macam lagi. Bersyukurrr. Lepas ni dah start kena bayar sendiri. Tak dapat bayar full, bayar sikit pun jadi. Sebab, saya yang guna. Heh. 

Lately ni, sebelum beli sesuatu, I will think about it almost a hundred times. Keperluan ke kehendak. Kalau tak beli ada bagi kesan ke. What I need to forgo to get that thing. Dan macam-macam lagi. Kadang-kadang tak jadi beli pun. Haha. Cuma hari tu je, mimpi apa ntah teringin sangat nak masak something. Gigih keluar beli barang. Tapi tak menjadi pun masakan tu. Sedihhh. 

Kesimpulannya adik-adik, berbelanjalah mengikut kemampuan. Ukur baju di badan sendiri. Jangan boros macam akak dulu-dulu. Hehe.

No comments: