02 April 2013

Playing around in the class

Date: 02 April 2013
Time: around 3 p.m
Venue: 9-24, FPP
Subject: OSM 652 Office Business Process/Business Process Reengineering
Lecturer: Puan Hazniriah a.k.a Puan Haz

Entry ini mengandungi unsur-unsur negatif. Mohon jangan tiru aksi ini. XD

Kalau dalam kelas saya selalu main phone. Kecuali dengan lecturer yang garang, yang awal-awal lagi dah melarang penggunaan phone dalam kelas dia.

Al kisah.. Masa dalam kelas tadi sangat mengantuk dan agak bosan. Bukan nak kata Puan Haz ajar tak best. Tak tak. Best sangat. Cuma saya memang susah nak fokus. Dan kalau mengantuk saya akan main mesej. -_-

Selepas 30 minit puan mengajar, saya dah mula gelisah. Duk tengok phone, tapi tak tahu nak mesej siapa. Hans yang perasan saya gelisah terus mesej saya. Padahal dia duduk sebelah saya je. Boleh bayangkan tak? Dia hantar, "Mira :D Saya nak tergelak dah masa ni.

Lepas tu dia tunjuk pada seorang pelajar lelaki yang tersengguk-sengguk menahan ngantuk. Kelakar sangat. Tak tahan nak gelak. Kemudian saya mesej dia, "Deen, bangun! Haha." Saya tunjuk mesej tu pada Hans, dia dah nak tergelak. Saya tak boleh pandang pelajar tersebut, nanti mesti gelak besar. Tapi Hans tunjuk suruh pandang Deen. Saya pandang sipi-sipi je. Dia macam terkejut dan terus duduk tegak, segar sungguh. Haha. Saya dah terlepas gelak masa ni. Puan pandang je. Lepas tu saya minum air, buat-buat tersedak. Padahal nak gelak kaw-kaw da. After a few minutes, kelas habis. Dan saya dan Hans terus gelak besar. Haha.

It is such a sweet memory for this sem. Dah lama tak gelak. Sebelum ni selalu jiwa kacau dan stress, tugas makin banyak. Huhu.

No comments: