19 March 2013

Pusat Kesihatan UiTM Puncak Alam

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas walaupun nikmat kesihatan ditarik seketika. Pagi tadi bangun tidur terus rasa macam nak demam. Tapi memikirkan ada kelas dengan Encik Shamsul, makanya hasrat untuk pergi ke pusat kesihatan ditangguhkan. Lagi pun tak batuk dan tak selesema. Nanti kalau pergi tapi doktor cakap sihat, naya je. -_-

Waktu rehat tengah hari, tak larat nak jalan dan tak ada selera nak makan. Jadi berehat di surau sahaja. Lebih kurang lepas zohor, naik kelas kat tingkat 9. Baru pukul 2. Kelas pukul 2.30. Badan dah menggigil kesejukan. Pagi tadi masa kelas Encik Shamsul pun tak boleh fokus. Ni lagi kelas Puan Hazniriah. Dua-dua subjek yang agak sama. Berat nak hadam. Huhu. Jadi decide untuk pergi ke pusat kesihatan naik bus. Hari biasa pun tak naik tangga, masa demam lagi la tak larat naik tangga. Huhu.

Pergi dengan hati yang dup dap. Sebab tak rasa demam teruk pun. Harap-harap la doktor tak marah. Selepas pendaftaran, terus tunggu kejap then doktor panggil nama. Interview sikit-sikit. Pastu dia amik tekanan darah dan suhu. 38.9 darjah celcius. Saya pun macam "Oh biasa je tu." Cakap dalam hati je ni. Tiba-tiba doktor cakap "suhu awak tinggi ni. Saya bagi masuk air pastu awak rehat-rehat kat atas ye." Saya dah buat muka tak rela nak kena cucuk. -_- Pastu doktor cakap lagi, "Saya bagi awak pilihan, sama ada kena masuk air atau awak balik bilik tapi kena rajin minum air." Disebabkan saya ni tak rajin minum air, makanya merelakan diri untuk dicucuk. Sobss.

Jadi tadi kena cucuk untuk ambil darah dan masukkan air. Sakit. T_T Pastu dah nak pukul 5 ada rasa nak pergi toilet. Saya tak tahu nak buat camne, jadi pegang je la bekas air tu. Dah sampai luar, nurse yang jaga cakap "awak tak boleh pegang, kena gantung je bekas tu dan tarik benda tu. Benda tu dah ada roda. Nanti darah keluar." Saya tengok tangan, okeyyyy darah keluar. T_T

Then pusat kesihatan tu dah nak tutup. So nurse periksa tekanan darah dan suhu. Turunlah jugak, jadi 38.3 darjah celcius. Pastu kena taklimat. Hehe. Nurse bagitahu kalau tak sihat, terus jumpa doktor, tak payah pergi kelas. Kalau dah tahu akan sakit period pain, seminggu sebelum period pergi minta ubat kat doktor. Jangan tunggu dah tak larat nak jalan baru nak jumpa. Kalau rasa demam, pergi mandi. Makan panadol biasa (bukan soluble, bukan actifast) setiap 5 jam. Siap tanya lagi saya dah kahwin ke sebab tangan dan kaki semua berinai. Huhuuu.

Lepas tu dia suruh cepat-cepat turun sebab doktor dah nak balik. Agak pelik la sebab kalau nak ambil ubat selalunya pergi kaunter farmasi. Masa kelam kabut nak pakai tudung, saya dengar nurse panggil. "Amira, cepat turun. Doktor Amri dah nak balik ni. Dia siap tunggu awak kat tangga ni ha." -_- Awat baik bebeno doktor ni. Malu taww. Doktor pesan suruh makan ubat. Mandi basahkan rambut. Pastu duduk bawah kipas.

Cuma dapat ubat demam dan antibiotik sebab tak batuk dan tak selesema. MC pun dapat untuk hari ni je. Harap-harap esok sihat. Terima kasih tuan doktor dan puan nurse yang menjaga saya sepetang ini. Hanya Allah dapat membalas jasa baik kalian.

Tangan yang kena cucuk, siap ada kesan darah. Sebenarnya masa nak amik darah tu tiba-tiba darah keluar, banyak la jugak sampai mengalir. Nasib baik ada lapik. Yang kat atas ni darah yang keluar masa saya pegang bekas air tu sebab nak pergi toilet.

2 comments:

lieyanamuslim said...

jaga kesihatan siti..

sitinoramira said...

insyaAllah.. liyana pun, jaga kesihatan.. :)