24 March 2013

Latihan industri/praktikal/internship part 1

Assalamualaikum.

Bahang pelajar tahun akhir sudah terasaaaaaa. -_- Jumaat lepas ada taklimat latihan industri. Bagi saya itu bukan taklimat. Tak tahu nak describe sebagai apa. Mungkin keadaan fizikal yang masih lemah menyebabkan minda tak rela untuk berada di situ dengan ikhlas. *istighfar.

Back to the main topic. Koordinator pesan untuk berpraktikal di Lembah Klang sahaja sebab setiap minggu kami kena jumpa supervisor di Puncak Alam. Lainlah kalau supervisor beri izin untuk tidak perlu jumpa setiap minggu. Masalahnya senarai nama supervisor tak keluar lagi. Paling sadis, belum ada idea untuk buat research pasal apa. T_T

Okey, here is the list of possible company yang saya dah shortlist untuk dihubungi esok. Harap-harap semua bagi feedback mesra alam gitu. Hehe.

  1. Sime Darby Healthcare.
  2. Proton.
  3. Westport.
  4. IKBN Kuala Langat.
  5. Majlis Daerah Kuala Langat.
  6. PPD Kuala Langat.
  7. Pejabat Daerah Kuala Langat.
  8. JAIS HQ
  9. Pejabat SUK.
  10. Renesas Semiconductor
Pemilihan dibuat berdasarkan keberadaan orang dalam, jarak dari tempat tinggal dan elaun. Err macam tak profesional. Masih berbelah bagi ni. Macam nak pilih company besar supaya dapat lebih pendedahan. Tapi semuanya berbalik pada research yang akan dibuat. Doakan urusan kami dipermudahkan ya. :)


Talking about other thing. Teringat kisah pemulauan Kaab bin Malik kerana tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk mengikuti peperangan. Teringat juga fitnah yang melanda Aisyah. Bagaimana keadaan mereka menghadapi musibah ya? Kita yang menghadapi musibah kecil pun dah menangis. Nampak sangat lemah. Padahal Allah itu ada. Di setiap masa, tidak kira waktu kita susah atau senang. Ini baru saja menerima pemulauan kecil, sudah terasa hati. Ahhh bisikan syaitan semua itu. Bersangka baiklah terhadap semua perkara. Semua yang berlaku pasti ada hikmahNya. Ingat, dunia ini hanya jambatan menuju ke akhirat. Di sini kita berladang, bercucuk tanam. (read: beramal). Di sana kita akan tuai hasilnya. Apakah hasilnya baik atau buruk. Syurga atau neraka. Hanya dua. Pilihan di tangan kita sebenarnya. Jangan ingat bila dah masuk sekolah agama kita dah cukup baik. Tidak sama sekali. Tidak kira di mana kedudukan kita, jangan pernah merasa cukup dengan amal yang telah kita lakukan. Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui. Belum tentu amal yang banyak itu kita lakukan secara ikhlas dan sempurna. Mungkin ada kesilapan di mana-mana. Jadi sebagai manusia yang selalu leka, perbaikilah amal kita. Tingkatkanlah iman kita melalui amal soleh yang dilakukan dengan khusyuk dan ikhlas.

Apakah cita-cita kita? Apakah keinginan kita? Adakah perkara tersebut lebih dekat dengan dunia ataupun akhirat? Sama-samalah kita koreksi diri kita.

Wallahua'lam.

No comments: