17 March 2013

Jari sudah merah berinai. Siapa gerangan pengantin lelakinya?

 

Ewahhh tajuk tak boleh nak kontroversi lagi kan. Haha. Sementara emosi tengah okey ni marilah kita bergembira. Nanti kalau taufan datang melanda, tak kenal mana satu Amira, mana satu beruang panda. :p

Saya nak upload gambar jari yang sudah merah diinai. Tetapi malu pula, sebab tengah gain weight kan. So jari gemuk-gemuk. Haha. 

Sebenarnya sejak dah masuk umur twenty series ni dah banyak kali pesan pada diri supaya jangan pakai inai. Sebab nak bagi seri naik masa jadi pengantin nanti. Tak tahulah teori apa yang saya pakai. Haha. Tapi since makcik-makcik yang balik dari umrah tu ada bagi inai dan cenderamata lain, hati melonjak-lonjak nak pakai. Lagi-lagi bila tengok kat facebook makcik yang bakal bernikah bulan Jun nanti pun pakai inai jugak. Lepas tu nak sedapkan hati, "Alaa pakai je la. Nak tunggu kahwin entah bila. Asyik kecewa je. Takpe la lepas gian pakai. Lagi pun bukannya ada aktiviti Kesatria." Haha. Dulu masa sem satu inai yang saya pakai tinggal separuh, dan komander suruh buang inai tu. -_- Bayangkan betapa gelabahnya saya masa tu. Gigih tau pergi kikis kuku bagai. Last last jumpa cikgu Kesatria tanya betul ke kena buang inai ni? Pastu dia jawab, "Awak percaya la cakap komander tu. Inai mana boleh buang. Nanti kan dia hilang sendiri." Oh goddd rasa nak cekik-cekik je komander tu. -_-

Dah dua minggu start kuliah. Hidup masih terawang-awang. Betul ke dah final year ni? Dengan kelas tak confirm lagi. Haihh sabar sabar. Sementara takde kerja ni, setiap minggu balik rumah. Nanti dah busy, entah-entah cuti mid term pun tak balik. Huu. Semoga segalanya dipermudahkan.

No comments: