22 February 2013

Walimah Ameera Rahmat

 

Maaf sebab malam ni tiba-tiba rajin nak update blog. Hehe. Nak cerita tentang walimah sahabat di MRSM Kepala Batas, Noor Ameera Rahmat.

Dipendekkan cerita, Ameera ajak kami (saya, Su, Saidah dan Arifah) datang awal ke rumah beliau untuk tolong bungkus doorgift. Rumah Ameera ni kat Kapar, area pekan. Rumah saya kat kampung. Jadi persekitaran berbeza. Faham-faham la ye. Hee. Kebetulan, ada satu lagi walimah sahabat MRSM, Nasibah di Rawang tapi kami tak pergi sebab kesuntukan masa. Petang Ahad tu ada liqa online. Jadi cuma ada gambar di rumah Ameera je, tu pun masa hari Sabtu. Hari Ahad kami jadi penyambut tetamu, tak sempat bergambar dengan pengantin. Paling best sebab dapat jumpa rakan-rakan first batch MRSM. Lagi-lagi classmate masa tingkatan 5. Oh, sangat mengimbau kenangan. 

Sila lihat gambar. =) 
 Bersama ex-classmates 510. Kelas kami ada 16 orang je. Tapi saya dapat jumpa yang ni, yang lain tak sempat.

 Bersama sahabat-sahabat. Masing-masing dah bawa haluan sendiri, belajar di sana sini. Akhirnya bertemu kembali di walimah Ameera. 

 Boleh nampak something tak? Sebagai tanda pengantinnya bakal doktor. Ya, both of them.

Masa hari Sabtu. Tak ramai pun. Jadi ni la kerja kami selepas selesai mengerjakan doorgift.

Who's next?? 
=)

2 comments:

Mohammad Nabil Syahmi said...

siti bila lagi? :P

sitinoramira said...

@Nabil, doakan ye. kita pun tak tahu bila. :)