26 February 2013

Tiba-tiba duit saya banyak

 

Korang pernah tak mengalami situasi tiba-tiba duit korang ada banyak? Saya pernah, sampai dua kali. -_-

Situasi pertama.
Masa tu kat Dataran Pahlawan, Melaka. Baru lepas beli souvenir. Then nak beli another souvenir yang jenis lain. Check purse. Eh, kenapa ada dua ratus lebih ni? *wondering. Pekerja kedai tadi tersalah bagi duit ke? Bersoal jawab dengan adik saya sampai saya decide nak pergi kat kedai tadi dan tanya pekerja tu. Tapi adik saya halang, dia suruh saya cuba ingat balik pasal duit tu. After a few minutes, baru teringat duit tu mak saya bagi untuk bayar kereta kat bank. -_- Sepatutnya dah cash deposit sebelum pergi Melaka tapi tak dapat sebab mesin cash deposit kat bank tu rosak. Nasib baik tak terguna. Pheww.

Situasi kedua.
Baru berlaku pagi tadi. Masa tu kat Petronas, nak withdraw duit. Mula-mula check balance, eh, ada lapan ratus lebih. Waaaa siapa yang baik hati bagi saya duit ni? Tanya kat someone, dia ada terlebih bagi duit ke dan dia cakap tidak. Hmm. Puas jugak perah otak tadi. Last sekali baru teringat beberapa minggu sebelum tu abang saya ada minta nombor akaun saya untuk claim something. Mungkin duit claim tu la kot. I called him. Tapi dia pun tak sure berapa jumlah duit tu. So saya yang kena recall flow of my account. Lepas tolak tambah banyak kali, saya pilih nilai yang banyak tu sebagai duit saya dan yang sikit sebagai duit claim. Haha, nampak tak betapa mata duitannya saya ni? Pastu abang saya call, dia bagitahu duit claim tu empat ratus. Saya tak percaya, jadi saya pergi bank minta statement account. Lepas tengok.. -_- Aduhai, memang betul la empat ratus. Terpaksa withdraw duit empat ratus tu dan terus pergi pejabat abang saya untuk pulangkan duit. 

Pengajarannya, lepas ni mungkin kena catat setiap duit keluar dan duit masuk. Now waiting PTPTN masukkan duit. Nak beli barang untuk masuk sem baru. :)

No comments: