22 February 2013

Cara nak dapat kolej setiap semester

 

Haiiiiii adik-adik. Hari ni akak nak cerita tentang cara-cara nak dapat kolej. Tapi ni fokus kt UiTM je la ye. Universiti lain tak tahu camne. Hehe.Walaupun akak cuma duduk kolej masa sem 1, 3 dan 5 (sem depan), akak baru tahu camne caranya baru-baru ni. Sadis sungguh. Jadi akak nak share kat adik-adik. Eh, ada ke adik-adik baca blog ni? Okey, Amira syok sendiri.-_-

Cara-caranyaaaa... jeng jeng jeng
1. Jadi ahli JPK or known as Jawatankuasa Perwakilan Kolej. Confirm dapat duduk kolej.
2. Jadi ahli JPB (Jawatankuasa Perwakilan Blok)
3. Jadi ahli MPP 
4. Jadi komander Kesatria atau JPAM atau persatuan lain
5. *special case* Ada masalah kesihatan. Tapi takkanlah kita nak tipu yang kita sakit. Itu tidak baik ya adik-adik. 
Okey, next!!
6. Jadi pelajar biasa, tetapi aktif kumpul kupon. Jangan lupa bayar yuran kolej, yuran barang elektrik. Dannnn jangan lupa hantar kupon kepada pihak kolej. Kalau boleh sila jaga pointer juga. =)

Kalau masih tak berjaya, cuba hantar surat rayuan. Kita ada permohonan online kan? In case permohonan gagal, cepat-cepat hantar surat rayuan. Make sure surat rayuan tu disertakan dengan dokumen-dokumen seperti borang rayuan kolej (jika ada), slip gaji ibu bapa, kad pesara and yada yada yada. Result exam pun boleh hantar, sebagai bukti in case pointer adik-adik jatuh tergolek-golek sebelum ni. 

Pengalaman akak masa nak merayu untuk semester 3, akak datang pejabat kolej hantar sendiri surat rayuan tu. Semester 4 pun sama tapi takde rezeki. Sobss. Semester 5 pulak...... akak pos je surat tu sebab takde duit mahu ke sana. Yang paling menakutkan, masa dah masukkan surat tu ke dalam kotak kuning, akak baru teringat yang akak tak sign surat rayuan tu. -_- Tapi Alhamdulillah, sebab permohonan rayuan berjaya. Akak siap hantar surat tu kat 2 orang pegawai kolej. Semangat tak? Haha. Akak Faiqah yang cadangkan. Lol. Lagi satu, pihak kolej sangat prihatin pada pelajar yang ibubapanya bergaji rendah atau dah bersara. Jadi, faham-faham la ye. =p Camne akak boleh dapat? Haaa boleh ke reveal kat sini? Abah akak ambil skim pencen. Tak tahu la camne skim ni. Dia belum bersara tapi dah dapat duit pencen. Tak banyak, dalam RM250 je. Kiranya dia dah ada kad pesara. Jadi akak fotostat je kad tu sebagai menggantikan slip gaji. Kalau bagi slip gaji, takut tak dapat. Sebab senior akak cakap pihak kolej utamakan yang bergaji RM1500 ke bawah.

Tentang surat rayuan. Rasanya semua orang tahu cara buat surat rasmi kan? Kalau tak ingat, google je. That is my secret. Sebab tu selalu tekun mengadap laptop. =D

Rasanya itu sahaja buat masa ni. Apa-apa hal boleh direct tanya akak melalui email atau comment ye. Ewahhh macam ramai sangat je follower kau amira. -_-

No comments: