18 February 2013

bookmark project

 

Banyak benda nak share. Tapi malu nak tulis. padahal malas. Sekarang tengah cuti sem selama sebulan lebih. Macam biasa la kan, jadi driver amik dan hantar adik balik hostel. Dan tambah tugasan baru. Saham akhirat, insyaAllah. Semalam ada liqa special, gabung dengan group Su. Our murabbi minta sediakan cenderahati untuk peserta. So saya la yang ke sana ke mari mencari cenderahati. Cadang nak bagi brooch yang comel-comel tu tapi kalau satu berharga RM2, nak beli 20 dah berapa. Ish ish. Kena cari lain ni. Selepas puas meng"google", akhirnya decide nak buat bookmark. Percaya tak saya yang tak kreatif ni berjaya buat bookmark? Tapi simple je. Total duit keluar pun tak banyak sangat. Hehe. New achievement for myself. 

Another thing is tentang result yang jatuh mendadak. Sobss. Tu la balasan dosa yang melambak. Bertaubatlah Amira. T__T

Pastu baru-baru ni kawan saya yang satu batch di MRSM dah kahwin. Alhamdulillah. Sekarang dia dah sampai Mesir pun untuk meneruskan pengajian bersama suami. Barakallah Ameera dan Hakim. pheww jeles kite. hikk.

Ehem.. Kalau ikut kronologi, anda kena baca dari bawah. :p

No comments: