31 December 2013

Hari Terakhir


I don't know why I am crying
T__T




Thanks a lot to T&D
already miss you

29 December 2013

entri syok sendiri


mak saya cakap kalau dah habis belajar baru boleh kahwin. saya dah nak habis belajar nih, mungkin boleh start cari calon. 

muahahaha. 




26 December 2013

Hari-hari terakhir


Great Dayyyy! Hehe. Ceria la kononn. Padahal dup dap dup dap ni haa research tak settle lagi.. Mohon kawan2 doakan kami ye.

Ya, dah sampai hari-hari terakhir praktikal. Macam cepat sangat je masa berlalu. :(

Short update je nihh. Banyakkk keje. Bai

25 November 2013

Well Said


COPY PASTE dari kak Jie

Saya menaip catatan ini dengan hati berbelah bahagi. Dan jemari yang bergeletar hebat. Terlebih dahulu saya nyatakan pendirian saya, bahawa saya sama sekali tidak anti dengan kahwin muda, bahkan saya sendiri berkahwin pada usia muda, iaitu ketika berusia 18 tahun (2009), pada waktu itu saya berada di tahun pertama ijazah sarjana muda, bukan di timur tengah (seperti lazimnya student yang bernikah ketika belajar), tetapi di negara barat dan kini sudah dikurniakan 3 cahaya mata.

Bukanlah kahwin muda yang tidak saya setujui, namun sikap sesetengah di antara kita yang mengambil kesempatan kahwin muda sebagai tiket untuk mengguris hati wali kita, iaitu ibu bapa. Bukan sehari dua saya memerhati, bahkan sudah bertahun juga saya berdiam tentang perkara ini.

Saya lihat yang sudah berkahwin-ghairah menggalakkan rakan-rakan seusia berkahwin juga, manakala yang belum berezeki untuk bernikah resah mengeluh seolah-olah jika tidak berkahwin maka punahlah hidupnya. Ada yang sehingga sanggup berkongsi kenyataan-kenyataan yang jika dibaca oleh ibu bapa, boleh hancur luluh hati mereka.

Yang sudah berkahwin, cukup-cukuplah berkongsi kesweetan nikah muda kalian. Sekali sekala bercerita, tidak mengapa, berkongsi berita bahawa kalian sudah bernikah, untuk mengelak fitnah. Tapi kalau setiap kali buka mulut cerita nikah muda, up status pasal nikah muda, buat video nikah muda, buat dialog nikah muda

"Sedapnya buah mempelam ni. Syok tau kahwin muda".

"Terima kasih mama jahitkan baju raya. Best tau nikah muda".

"Malam ni makan KFC dengan keluarga. Seronoknya kahwin muda".

-Macam tak ada kaitan jekan. Yang sweet pun dah jadi tawar kalau selalu dicerita.

Demikian juga yang belum berezeki untuk bernikah. Kawallah diri. Jangan biarkan keinginan kita sehingga mengecilkan hati ibu bapa. Mereka kunci syurga kita. Saya lihat ada anak yang frust sebab ibu bapa tidak izinkan bernikah semasa belajar, berkongsi kenyataan yang saya gusar jika dibaca oleh ibu bapanya, ibu bapa boleh berjauh hati. Kenyataan seperti 'anak dara tidak boleh berkahwin sebab hantaran terlalu tinggi. Ibu bapa nak jual anak ke'. Mengapa tegar berkata begitu? Sedarkah kita ibu bapa membesarkan kita dari merah dua jari telapak kaki sampai kita jadi sebesar ini. Tanpa mereka tiadalah kita.

Apalah sangat nilainya seribu dua ringgit jika dibandingkan dengan segala jasa mereka? Memang, wang hantaran bukan wajib, bukan juga suruhan agama, namun jika ibu bapa mahukannya, carilah jalan untuk mendapatkannya, anggaplah ia sebagai sagu hati buat mereka.

Perlu sedar, kadang ada ibu bapa yang langsung tidak punya simpanan untuk menjalankan kenduri walimah anak mereka, wang hantaran itulah yang diharap buat belanja menampung kenduri tersebut. Jika tiada juga wang, bawalah berbincang. Jangan melulu melabel insan yang bertarung nyawa melahirkan, bergadai jiwa membesarkan dengan gelaran dan tuduhan yang bukan-bukan.

*sebagai seorang emak, saya juga sedar, seandainya perkara seperti ini (melabel ibu bapa perempuan sebagai jual anak) diperkatakan oleh seorang lelaki, nasihat saya, jauhilah lelaki seperti ini. What to expect? Belum bernikah sudah pandai melabel-label ibu bapa perempuan, sudah bernikah mungkin lebih teruk kelak.

Bagi mereka yang diizinkan Allah untuk bernikah pada usia muda pula, seperti yang sudah saya katakan, janganlah terlalu dipengaruhi rakan-rakan yang belum bernikah untuk bernikah juga. Simpankan sahaja sebahagian besar kesweetan berkasih sayang zauj-zaujah, bercinta selepas nikah itu untuk tatapan peribadi. Kerana setiap manusia berbeza jalan dan keperluan hidupnya. Setiap ibu bapa juga berbeza harapan dan keizinan yang diletak pada anak-anak mereka.

Jangan diguna alasan dakwah untuk memberi green light bercerita tentang kesweetan hidup kita suami isteri sehingga mengundang duka di hati insan lain.

Saya bagi satu contoh logik pada zaman sekarang. Kalau dalam 10 orang anak gadis remaja (berusia dalam lingkungan 17-23 tahun) mungkin hanya 2 orang yang diizinkan keluarga untuk bernikah pada usia muda tetapi perlu berhenti belajar. Seorang diizinkan keluarga untuk bernikah pada usia muda + boleh meneruskan pengajian, manakala selebihnya 7 orang, tidak diizinkan keluarga untuk bernikah pada usia muda, dan perlu menumpukan perhatian kepada pelajaran. Rasa-rasa mana satu sasaran dakwah terbaik kita? Pastilah kumpulan yang lebih besar jumlahnya, dan yang lebih mudah untuk ditemui sasarannya dalam kelompok masyarakat.

Ajak mereka membina solehah dalam diri dengan menjadi anak solehah yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menunaikan harapan ibu bapa (cemerlang pelajaran), jadi anak solehah dahulu, baru jadi isteri solehah. Bukan asyik bercerita tentang seronoknya dapat bernikah muda kepada kawan-kawan yang belum bernikah, sehingga mereka juga rasa terdesak untuk bernikah muda, sanggup merajuk, bergaduh, mencalar hati ibu bapa dengan permintaan yang di luar kesanggupan ibu bapa mereka.

Rasulullah menganjurkan kita supaya bernikah, untuk menunduk nafsu dan memurahkan rezeki. Namun Rasulullah ajarkan juga supaya berpuasa jika tidak berkesempatan bernikah (bagi aspek menjaga nafsu). Dan menjaga hati ibu bapa demi redha dan restu mereka (bagi aspek keberkatan hidup dan rezeki).

Saya harap nukilan dan curahan hati saya ini dapat dimanfaatkan untuk kebaikan bersama. Tiadalah niat saya untuk mengguris hati sesiapa melainkan untuk bersama-sama mengajak sahabat-sahabat sekalian berkongsi sedikit kekhuatiran yang terpendam dalam hati saya sebagai seorang emak. Segala yang baik daripada Allah.

Salam sayang buat semua,
Dr (Umm Aqeef) Hammersmith Hospital, London, UK


Justification for my last entry. :)

Usul Isyrin Kedua Puluh dan Kebenaran yang Menyakitkan


Usul Isyrin ada dua puluh. Tapi buat masa ni nak share yang kedua puluh sahaja.

Kita tidak mengkafirkan seseorang Muslim berdasarkan pendapat atau maksiat yang dilakukannya sedangkan beliau telah mengucap dua kalimah syahadah dan melakukan tuntutan syahadahnya.

Sangat terasa hati bila seseorang yang saya sangat percaya.. telah melakukan perkara tersebut. Dia tidak menuduh terang-terangan tetapi susunan ayat tersebut membuatkan seperti kami sekeluarga (saya dan ibu bapa saya) seperti telah keluar daripada agama mulia ini. Sedih kan? He is the one that you trust, the one that you promise wanna live together, wanna proceed to the next stage. But it really hurt when he said that statement. "Kalau awak dan family awak tak percaya dengan rezeki Allah, maknanya dah kafir la kan?" The issue is when I refuse to proceed because of some reason (which are too private to be written here). 

Kita belum jadi ibu bapa, jadi kita bebas berbicara sesuka hati. Please. Tolong letakkan diri kita di tempat ibu bapa kita. Tiada ibu bapa yang akan melepaskan anak lelaki/perempuan mereka begitu sahaja tanpa dia rasa anak dia selamat dengan orang tu. And we also talk about this era, everything need to be paid. Everything need money. Nak uruskan diri sendiri pun tak mampu, macam mana kita nak uruskan suami/isteri kita nanti. Dan mungkin cara kita berbeza, membuatkan kita menjadi tidak sehaluan. Dan mungkin kerana Allah nak tunjuk, saya bukan untuk awak, awak bukan untuk saya. Itu adalah kebenaran yang menyakitkan.

Another kebenaran yang menyakitkan (maaf, ayat macam rojak) adalah saya tidak sempurna. I am polydactyly person. Boleh google untuk maklumat yang lebih jelas. Eh, tapi itu tidak menyakitkan. Maksud saya, ia bukan kebenaran yang menyakitkan. Walaupun masa saya sedar tentang perkaran itu (masa umur 4-5 tahun, rasa macam baru tersedar dari mimpi). Yang menyakitkan adalah ada orang reject saya sebab tu je. Ya, hanya sebab itu. Dia ada sebab tersendiri. Kot. Heh. Saya mengambil masa beberapa hari untuk pulih sebab down sangat bila tahu tentang itu. Ini sangat kelakar. Haha. Kenapa nak nangis untuk orang yang tak boleh terima kita seadanya? Allah yang beri semua ini. Pasti ada hikmahNya. :')

I dont know why I wrote this. Effect lepas buat aura reading kot. Haha. Sedang cuba positifkan diri sebenarnya. Dah tiba masanya untuk fikir masa depan secara serius. Need to find a job. Live happily macam takde masalah. Hee.

10 November 2013

travel



Ok, dah ingat nak post pasal apa. Heheh. Semester ini baaaaaaaaanyak sangat travel. To be honest, kereta kancil tu sikit-sikit je kena tukar minyak hitam. Dapat imagine tak banyak mana aku travel. Dulu sibuk ke SAMBEST, Puncak Alam. Sekarang ke Shah Alam, Sungai Buloh, Sunway. Dan hari tu baru ke Pahang tapi naik kereta abah la, dua minggu berturut-turut. Rekod pemanduan terbaru! Temerloh - Banting. Berhenti untuk isi minyak je. Chini - Banting. Banyak berhenti sebab konvoi, so kena ikut dorang. Lepas ni nak try ke Penang pulak. Agak-agak dapat permission tak ye. Melaka dah selamat. heheh. 

Final Semester


Alhamdulillah... Dah sampai semester terakhir. 

__________________________________________
aku pergi surfing benda lain, pastu dah lupa nak update pasal apa. aaaaaaaaaaa

ingat balik ingat balik

___________________________________________

Okey. Dah separuh jalan praktikal ni. Dah biasa dengan environment kt sana. Tapi masa nak berpisah nanti mesti sedih. Wuuu. 

Kena sentiasa fokus pada benda yg penting sahaja. Mujahadah la jgk sebenarnya sbb banyak anasir luar. Jom cari kerjaaaaaaaa

04 November 2013

walimah Faris


Faris is my cousin. Alhamdulillah, dah selesai majlis pernikahan, dan majlis bertandang. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Tak tahu camne boleh terlupa yang Faris tu army. Sangat excited tengok armies raptai. Laaaaaaagi excited bila acara tu betul-betul berlangsung. 








seeeeeee. takde gambar dengan pengantin pun. terlalu excited bila nampak armies. kesimpulannya, nak lalu bawah pedang tapi tak nak kahwin dengan army. sekian.

21 October 2013

Cinta High Class & Cintaku kerana Agamamu


Alhamdulillah, baru selesai membaca buku karangan Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi. Saya kasi 5 bintang. Perlu beli sendiri lepas ni untuk simpanan/beri pada orang lain. Sebab yang ni saya pinjam sepupu.

Saya tidak sebaik Qani'ah Syumaila. Tapi saya harap belum terlambat untuk menjadi sebaik beliau. Allah Maha Tahu. Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita. Ameen.

13 October 2013

Empat hari


Sabtu 12 Oct
Shah Alam - Banting
Petang jadi driver pusing2 Banting

Ahad 13 Oct
Pagi hantar mak dan nenek pergi pasar
Tengah hari pergi Kuala Selangor amik adik dan 2 orang kawan dia. Aku naik kancil je oii. haha

Isnin 14 Oct
Kerjaa. Banting - Shah Alam

Selasa 15 Oct
Kemungkinan besar balik kampung. Dan kena hantar adik ke Kuala Selangor dulu, baru balik Shah Alam

Conclusion: tired of driving. -.-

10 October 2013

A Month

 

It has been a month since I start intern here. Alhamdulillah. There are a lot of things that i learned. A lot of experiences and exposures that I got. Will share everything in point form so that the readers will not confused or "sakit mata". Hehe.

  • Start to do overtime (cannot be claimed) during first week. Rekod balik paling lambat adalah 10.30 malam sewaktu menyiapkan invitation card for UTAc launching. Dan Isnin lepas pun balik lambat, around 10 malam, sebab prepare doorgift for UTAc launching. Hari Selasa semua orang balik awal, dan marshal pelik sebab T&D selalu balik lambat. Hehe. Frankly speaking, tak pernah pun balik tepat jam 5.30 petang.
  • Second week dah start coordinate training for MT. Nervous dan sangat gelabah masa tu. It was so surprised bila jumpa balik dengan salah seorang MT di surau, she thought I am a permanent staff. Perghh.
  • This week dah 3 kali pergi Concorde Hotel. Haaa pergi hotel dah macam pergi mall. Haha. Masa pertama kali sampai tu sangat la nervous. Second time dah selamba jeee. Da la naik Mr Kancil je. Kalau naik kereta company sedap jugak. Heh.
Jadi.. itu je la buat masa ni. Will upload the pictures later. Sekarang juga sedang menjaga hati daripada anasir luar. Maklumlah, orang yang dah berpunya tak nak jaga hati kita, jadi kita kena jaga hati kita sendiri. Sobb

Petunjuk:
UTAc is UMW Technical Academy
MT is Management Trainee
T&D is Training & Development

04 September 2013

berbelanja ikut kemampuan


Dulu berbelanja tak ingat dunia. Alhamdulillah, sekarang dah fikir masa depan. Kisah orang di sekeliling wajib dijadikan teladan. Mungkin atas faktor usia. Mungkin juga kerana faktor kematangan. Err usia dengan kematangan bukan seiring dan sejalan ke? Ntah la. Sejak ada kenderaan kot baru rasa macam ni. Sebab fikir nak isi minyak, nak servis, dan belum masuk kerosakan lain yang kita tak jangka. Ya, saya pakai kenderaan second hand saja. Eh ntah-ntah third hand kot. Yang penting Mr. K sangat berjasa dah bawa saya pergi kelas, pergi liqa, pergi ambil dan hantar adik dan macam-macam lagi. Bersyukurrr. Lepas ni dah start kena bayar sendiri. Tak dapat bayar full, bayar sikit pun jadi. Sebab, saya yang guna. Heh. 

Lately ni, sebelum beli sesuatu, I will think about it almost a hundred times. Keperluan ke kehendak. Kalau tak beli ada bagi kesan ke. What I need to forgo to get that thing. Dan macam-macam lagi. Kadang-kadang tak jadi beli pun. Haha. Cuma hari tu je, mimpi apa ntah teringin sangat nak masak something. Gigih keluar beli barang. Tapi tak menjadi pun masakan tu. Sedihhh. 

Kesimpulannya adik-adik, berbelanjalah mengikut kemampuan. Ukur baju di badan sendiri. Jangan boros macam akak dulu-dulu. Hehe.

03 September 2013

f.o.o.d.s


let the pictures talk. lol


 pavlova

 cream puff. yang ni puff menjadi, tapi cream dalam tu tak menjadi. -.-

 sayur kacang panjang tu mak yg masak. tapi ayam tu aku goreng. :D

 makanan untuk kawan-kawan afrina

 makanan lagi

 butter prawn yang buat aku sakit dada. sobss

 comel kan? kak echa bagi. :)

 black forest for my 22nd birthday. dah tua da aku.

 choc almond. ke almond choc? ntah la.

terhangat dari oven. haha. macaroni cheese.

gambar disusun mengikut urutan. :)

Latihan industri/praktikal/internship part 2


Ini part 1. Entry ini juga kesinambungan entry yang ini.

Since dah excited nak update entry banyak-banyak, eloklah kiranya aku bercerita panjang lebar tentang praktikal ini. Hee.

Lepas taklimat latihan industri hari tu semua orang sibuk mencari syarikat yang sesuai untuk diberikan pada pihak fakulti. Kami kena bagi dua pilihan. Dan aku pun cubalah hubungi syarikat-syarikat yang aku dah senaraikan dalam entry part 1. Berdasarkan pengalaman senior-senior, mereka pesan untuk hantar resume dulu kat syarikat tersebut, pastu baru buat follow up. But since my nickname is Amira Rajin, maka terlebih rajin pulak untuk buat surat permohonan sekali. Haha. Padahal surat permohonan tu main google je, takde makna aku nak buat sendiri. Selain tu bagi sekali resume dan mini transkrip. 

Nak dijadikan kisah. Semua syarikat yang aku follow up tu bagi negative feedback. Sebenarnya tak semua pun aku contact, adalah dalam 4-5 company. Ada yang cakap kami utamakan anak staff, ada yang bagitahu tempat praktikal hanya untuk pelajar akaun dan kejuruteraan. Dah tu aku yang pelajar pengurusan sistem pejabat ni pun terasa hati. Pastu google2. Tiba-tiba terjumpa pengalaman orang yang praktikal di UMW. Aku try contact owner blog tu tapi tak dapat. Pastu stalk lagi, sampai la jumpa nama staff UMW. Pastu buka google, search nama staff tu. Kebetulan, kat artikel mana ntah ada number telefon dia sekali. Sebab dia pendaki negara, jadi siapa-siapa nak mendaki jugak boleh contact dia. 

Jadi, aku contact la staff tersebut. Dia minta emel segala dokumen kat dia dulu sebelum dia forward kat pegawai yang berkenaan. Memang tawakal la masa ni sebab tempoh dua minggu yang pihak fakulti bagi dah nak habis. And after a few days, aku follow up. Masa tu staff ni bercuti dua minggu, pergi mendaki kat Nepal. Jadi contact pegawai lain. Feedback dia, "Adik boleh apply tapi keutamaan diberi kepada pelajar account dan finance." Sedih jugak masa tu.

Hari yang ditunggu telah tiba. Haha. Kena submit nama dua syarikat pada fakulti. First choice aku letak Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), dan second choice letak UMW. Sebab aku yakin MDKL takkan reject, so better letak kat first choice.

Mungkin dah rezeki, after a few weeks, Puan Eifa dari UMW call aku untuk menawarkan tempat praktikal. See? Dia sendiri yang offer, thats why tak sampai hati nak tolak. Siap hantar offer letter lagi. Sebab masa tu permohonan ke MDKL masih dalam proses. Fakulti hantar first choice dulu, kalau kena reject baru hantar yang second choice. Beberapa kali jugak la naik turun office untuk settle benda ni. Belum sempat aku nak jawab ya pada UMW, pihak fakulti bagitahu yang MDKL dah terima permohonan aku. Keliru sangat masa ni. 

Selepas bertukar pendapat dengan beberapa orang, aku decide untuk pilih UMW. Antara sebabnya adalah dia sendiri yang offer, ada elaun $_$, dan swasta. Kalau kat swasta kita boleh cari pengalaman banyak. Govt pun sama tapi bagi aku swasta lebih sikit. Kalau tak serasi, masa kerja nanti boleh apply govt. 

So, next week hari Isnin aku akan start praktikal di sana. Mohon doakan segalanya berjalan lancar. 

xoxo
amira rajin


UPDATED ON 5th APRIL 2017
it has been almost 5 years i did intern at umw hence i am no longer familiar regarding the current procedure to apply for internship. Appreciate you could put more effort to call or go to umw directly. Thank you for reading.
😊

eid mubarak 2013



Hai uolls. Lol. Feeling macam penjual online yang mesra gittew. Syawal dah nak menutup tirai, baru teringat nak update pasal raya. Haha. Sorry la, tuan punya blog busy jadi suri rumah. :p

Ni cerita raya family kami. Raya pertama macam biasa la kan pagi raya bermaaf-maafan. Pastu pergi rumah nenek kat belakang rumah. Ya, rumah kampung je. Jadi, belakang rumah ada rumah lagi. Hee. Lepas tu beraya kat kampung ni jugak, rumah nenek dan atok sedara.

Raya kedua habiskan raya area sedara yang dekat-dekat lagi. Lepas zohor terus masak-masak sebab adik beradik mak nak datang.

Raya ketiga baru balik kampung mak. Wahh pecah rekod tau raya ketiga baru balik kampung. Hmm zaman dah berubah. Huu.

Raya keempat terus gerak ke area Klang, Shah Alam dan Puchong. Memang round habis. 

Raya kelima tak ingat da. Tu la, nak dekat sebulan baru nak update. =_=" Yang aku ingat, raya kelima tu adik aku demam sebab banyak sangat jalan. Dan dia pun nak trial SPM, so dia banyak duduk rumah je. Pastu adik perempuan pun tak sihat je. Bawa pergi jumpa doktor pakar kanak-kanak baru ok. Selama ni pergi klinik panel je. Adik aku siap cakap, "Mak, lepas ni kalau adik tak sihat bawalah pergi jumpa doktor tadi, tak payah pergi klinik yang selalu kita pergi tu." Mak aku dah telan air liur.. Bayar nak dekat seratus, memang la sedap ubat. Heh.

Lepas ni aku akan tukar setting blog, nak bagi tak private. Tapi sebelum tu kena delete entries yang mengarut. Supaya bila baca balik, rasa sedap mata memandang. Hehe. 

Btw, next week aku akan start praktikal. Do pray for me ya! Nervous ni. May Allah ease everything.


 me with my adorable niece. puteri marsya marissa.

 me with makcik yang sama2 kena langkah oleh fatin. memang masin mulut aku. =_=

sementara syawal masih ada, happy eid mubarak friends!

xoxo.
amira rajin

01 September 2013

Pesan Kak Hajar




Tadi pergi Shah Alam dengan Su. Su cerita.. Kak Hajar pesan kat kawan Su.. "Nanti cakap kat Su dan Mira, kalau nak kahwin jangan lupa jemput Kak Hajar."

:)

insyaAllah, bila sampai masanya.

03 August 2013

hello semester 6



Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. The examination result has been announced. Result paling teruk pernah dapat sepanjang degree, tapi paling bersyukur. Why? Sebab saya target ngam2 3. Tapi Allah bagi lebih. Malahan, cgpa masih di tahap yang selamat. Thus, I have no reason for not being grateful. Alhamdulillah.

Semoga sem depan dapat 4flat. wohoooooo. nak kena bodek supervisor ke apa ni. haha.

16 July 2013

tamat semester 5



Alhamdulillah

Selepas mengharungi segala cabaran dan dugaan, akhirnya tamat juga semester 5. Tapi tak boleh tenang sangat sebab result tak tahu lagi camne. Kalau tengok cara jawab final exam hari tu, macam boleh agak yang pointer akan jatuh tergolek. Jadi harus prepare segalanya. Harus prepare untuk bayar PTPTN sebanyak RM19,500 belum masuk interest. Harus fikir masa depan. Nak settle down kat mana nanti. Dan paling penting, bekalan untuk akhirat. Semoga iman dan amal bertambah seiring dengan bertambahnya usia. 

xoxo, 
amira rajin :D

10 June 2013

done with HRD training

Assalamualaikum.

Hari ni 10 Jun 2013. Ada lagi beberapa hari je untuk habiskan kuliah. Tapi dalam beberapa hari ni la kena submit group project, ada banyak presentation, test dan kena submit research proposal!!

Sekarang cuma rasa nak baring sahaja. Futur sangat. Camne nak jadi hamba yang baik ni....

08 June 2013

walimah makcik ija :p

assalamualaikum. nak share gambar je. :)

the bachelor with the bride. :D

pengapit tak bertauliah. tak tinggi pulak tu. -_-

single. doakan kami supaya cepat-cepat nikah. yang pakai shawl dah ada calon. yang sebelah dia belum ada. eh eh calon otw, tengah perbaiki diri. cuma tak tahu siapa. have faith~

rasa macam ala2 dena bahrin pulak bila amik gambar macam ni. *sila lempang saya sekarang. haha.


who's next? either me or ila. tiba-tiba fatin dulu. woahh memang langkah bendul la kan.

dua malam

assalamualaikum...

happy belated birthday to me! haha. rasanya dah dua hari tak on fb. pecah rekod tau. busy sangat. padahal banyak tido je. tak tahu la kenapa, cepat penat lately ni. dengan kaki masih macam tu, jalan pun tak betul sampai otot pinggul sakit. ada kaitan ke? err

nak cerita.. malam khamis dan malam jumaat yang lepas saya ada mimpikan someone. pelik tau sebab dua malam berturut-turut. mimpi pertama sangat menyakitkan hati tapi mimpi kedua sangat bahagia. :) hoping for a miracle. haaa boleh ke macam tu? usaha takde tiba-tiba nak mengharapkan keajaiban. doa je la amira oii. belajaq bagi habis dulu.


06 June 2013

semester ini dan esok

assalamualaikum

semester ini empat kali pergi jumpa doktor. pecah rekod! dengan kena masuk air.. kena bius.. kena dressing.. dugaan betul. semoga sakit-sakit ini akan menghapuskan dosa yang melambak tu. -_-

manakala esok adalah birthday saya. tapi saya rasa kosong~~~

08 May 2013

#1 wordless wednesday


Alhamdulillah. Semoga segalanya dipermudahkan dan berjalan lancar.

07 May 2013

ke puncak

 

short update.

setiap kali nak balik Puncak Alam mesti hati memberontak tak nak balik. :(

Puncak Alam je pun.... ada hati nak pegi oversea. -_-

28 April 2013

hampir ke situ

 

ya, kita hampir ke situ. sudah masuk semester lima. sudah separuh semester. tinggal lagi beberapa minggu untuk semester lima ini. kemudian masuk semester enam. sekejap sahaja lagi untuk menghabiskan tugasan2 ini. bersabarlah. bertaubatlah. Allah rindu rintihanmu.