29 August 2012

separuh jiwaku pergi



separuh jiwaku pergi
memang indah semua
tapi berakhir luka



tak perlu tulis kesemua lirik kerana aku hanya maksudkan yang ini sahaja. dan separuh gila juga jadinya.

ohoiiiii mengucap laa. kbai.

25 August 2012

summary raya



kalau lah boleh apa yang ada di hati dan apa yang terlintas di minda dapat diterjemah melalui tulisan atau kata-kata, kan mudah. takde la memendam rasa. dan kalaulah aku ni jenis yang kejam, dah tentu lagi mudah. tapi masalahnya sikit-sikit tak sampai hati. sebab tak sampai hati la jadi macam ni. senang sangat kena buli.

raya raya raya raya raya

okey, cukup merepek kat atas tu. raya kali ni alhamdulillah abah dapat cuti, tu yang beraya sakan dari raya pertama sampai raya kelima. raya keenam baru jumpa kawan2, tu pun kat rumah ustaz je sebab dorang dah raya rumah cikgu2 lain masa raya keempat. duit raya pun alhamdulillah bertambah. ehehe. boleh la buat belanja nak masuk sem baru kejap lagi.

okbai

20 August 2012

second day of raya 2012



Pagi-pagi balik kampung kat Tanjung Sepat. Eh, pagi la sangat kan pukul 10 tu. -.- Lepas zohor balik rumah singgah Econsave then masak-masak untuk adik-beradik mak. Done! Mee sup saja. Hehe. Tu je yang sempat. And about another thing. Malas da nak fikir. Malas nak taip. Penat memasak. Kehkeh. Masak la sangat. kbai.

19 August 2012

raya 2012



Today is the first day of Aidilfitri. Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin kawan-kawan. For those yang dekat, dijemput datang beraya ke rumah. Yang jauh pun boleh. But please inform me first. Takut takde kat rumah.

This year i am officially 21 years old. My uncle asked me when I want to get married. Gulp! Soalan yang menyebabkan saya terus beristighfar. Hohoho. Tak tahu nak bagi reaction camne. So this is the cycle of our life. When we are teenagers, makcik-makcik akan tanya tingkatan berapa, sekolah kat mana. Even dah menginjak ke awal dewasa pun still ada yang tanya soalan tu since my body quite small. -.- But now, the questions is changing. Ada lagi berapa tahun kat universiti? Bila nak makan nasi minyak? Oh my........ Tolonglah tanya soalan lain.

Deep in my heart, I really hope something happen to me during this raya. But for sure it won't happen. Because what I wish is something miracle. Maybe it never happen.

Allah knows best. Redha.

16 August 2012

wajah baru



hehehehehe bahagia tengok blog sendiri. comel macam marshmallow. rasa nak kunyah2 je. ok, sangat perasan. kbai.

14 August 2012

ketua kampung

Semalam ketua kampung datang rumah nak bagi upah petik kelapa sawit kat abah. Abah dan mak takde, jadi saya yang ambil. He thought i am still studying in SAMUSKD. In fact, i am a degree student now. Am i look soooooooooo cute and young? hehehehe.


07 August 2012

kursus kahwin





Assalamualaikum

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Sangat bersyukur. Result sudah diumumkan. Alhamdulillah, walaupun turun sikit. Yang penting takde repeat dan takde C.

Kelmarin pun dah selesai menghadiri kursus kahwin. Ehem, bukan bermakna saya dah nak kahwin ye. Sekadar memenuhi undangan makcik. Free of charge. Takkan nak lepaskan begitu saja, ye tak? Hehe. Kalau certain orang semakin bersemangat nak kahwin lepas menghadiri kursus ni, berbeza pula bagi saya. Semakin takut menghadapi alam itu kerana terlalu banyak yang perlu difikirkan. Banyak tanggungjawab yang bakal dipikul. Lagi-lagi bila memikirkan saya ini sangat degil, sentiasa nak menang. Dapatkah saya bertoleransi dengan suami nanti? Dapatkah dia bersabar dengan saya? Huhu. Banyak lagi yang perlu diperbaiki.

Kelmarin juga saya ada terbaca artikel di fb. Tak ingat siapa yang share. Ditulis oleh pensyarah UIA kalau tak silap. Tentang kahwin muda. Beliau menasihatkan pasangan-pasangan yang telah berkahwin di usia muda agar tidak upload gambar atau post status yang menggambarkan kebahagiaan atau kenikmatan berkahwin. Memang benar kahwin itu bahagia. Tapi bila dilihat oleh golongan seperti saya akan gambar-gambar serta status-status romantik itu, automatically kami akan melihat indahnya perkahwinan. Realitinya tidak kerana dalam proses menyesuaikan diri itu pasti ada perkara-perkara yang mengecilkan hati kita atau pasangan. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Pada pendapat saya, benar kata-kata pensyarah itu. Kalau ada yang tidak setuju, boleh utarakan pendapat anda di ruangan komen. Jzkk.

Semalam pula dapat surat saman speed trap. -.- Had laju 90km/j. Saya drive 106km/j. Terlebih 16. Masa tu otw nak ambil adik di asrama dan petang tu ada last paper. Hari tu memang sangat kelam kabut. Selama ni 4 tahun lalu jalan tu tak pernah kena, tapi kebetulan hari tu pulak kena. Redha je la nak membayar RM150 nanti. Eh eh saya bayar RM50 je, RM100 mak bayar. Hee.

Jadi hari ni busy sikit. Kena pergi JPJ renew lesen abah. Pergi balai polis bayar saman. Dan ke Klang nak ambil marshmallow. Tahun lepas marshmallow kat rumah tahan sampai raya kedua je. Bukan setakat kanak-kanak, parents kanak-kanak pun suka makan. =)