31 July 2012

perancangan


Assalamualaikum

Status sekarang sedang meredhakan diri apabila Allah takdirkan untuk tidak dapat mengadakan sharing session bersama adik-adik SAMTTAR dan KMS. Begitu juga dengan iftar di Puncak Alam. Terlalu banyak kekangan yang melanda.

Tetapi Allah ganti dengan sesuatu yang lebih baik, insyaAllah. (kursus kahwin secara percuma). InsyaAllah jika tiada aral pada Sabtu dan Ahad ini di PAID Gombak (cawangan Kuang).

Dah lama rasanya tidak berbulatan gumbira. Terasa kehilangan sesuatu.

Semoga dipermudahkan.

28 July 2012

tudung

Assalamualaikum.

Saya start pakai tudung labuh tahun lepas. Sebelum ni pakai kat sekolah je. Alhamdulillah diberi hidayah. Semoga istiqamah.


Raya tahun lepas beli tudung Akel je. Dan tudung Akel la yang menemani hari-hari saya menuntut ilmu. Kiranya hari-hari pergi kuliah pakai tudung Akel yang ada stripes tu.


Raya tahun ni bonda saya tak bagi beli tudung Akel. =( Mungkin sebab dah selalu sangat nampak saya pakai tudung jenis tu. Nasib baik sekarang tengah trend tudung dwi-tones dan paling best bila Akel ada keluarkan tudung tu. Tak perlu nak pakai yang stripes tu raya nanti. Huhu.


Rasanya tahun depan kena beli tudung Nur kot. Kena order awal-awal.

Selamat berbuka puasa kawan-kawan!

"And tell the believing women to reduce [some] of their vision and guard their private parts and not expose their adornment except that which [necessarily] appears thereof and to wrap [a portion of] their headcovers over their chests and not expose their adornment except to their husbands, their fathers, their husbands' fathers, their sons, their husbands' sons, their brothers, their brothers' sons, their sisters' sons, their women, that which their right hands possess, or those male attendants having no physical desire, or children who are not yet aware of the private aspects of women. And let them not stamp their feet to make known what they conceal of their adornment. And turn to Allah in repentance, all of you, O believers, that you might succeed." [An-Nur:31]


*belum ada rasa nak pakai tudung bawal sebab jarang. kalau ada inner neck nanti insyaAllah boleh. hee

21 July 2012

first day of ramadhan

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Dah beberapa hari berada di rumah. Dah sehari berada di bulan Ramadhan. Seperti biasa, cuti ni nampak macam takde buat apa-apa, tapi sebenarnya ada je benda. Ke sana ke mari. Semoga ada ganjarannya nanti. InsyaAllah, semuanya kerana Allah.

Berjaya buat pavlova. Hehe. Alhamdulillah. Lepas ni sila belajar masak benda lain pulak.

Next month mungkin ada kursus kahwin. Semoga dipermudahkan urusan untuk menyertainya. Dan bulatan gumbira bersama adik-adik SAMTTAR dan KMS juga, semoga dipermudahkan.

11 July 2012

ouchh


a status copied from my FB friend

" If you have someone waiting for you, just let me know. I hope you will choose the one who may help you to spread the Deen, increase your deed, improve your Akhlaq and bring you closer to Allah swt. Remember, it's not an easy task and I love you my son. " - Ummi.


our moms nowadays
choose the most handsome/beautiful
choose the rich one or at least has stable income
don't forget to look at the education level

and don't forget about the high dowry and so on


oh mummy
please
i want a husband that can accompany me to the Jannah, not only accompany me in this world, temporary.
i want our families to be there all together so it is important for me to choose someone who can bring us to the Jannah.


maaf sbb grammar berterabur. haha.

10 July 2012

OB =)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah selesai paper OB. Ok la kalau nak compare dengan paper lain. Huhu. Semoga redha dengan result nanti. =S

Mood: tak sabar nak balik. Sebenarnya cuti nanti plan nak belajar baking. Tapi bila fikir duit nak beli bahan-bahan tu macam takde, mungkin terpaksa batalkan hasrat tu. Huuuuu. Belajar masak je la. Lagi-lagi bulan puasa kan. Selalunya mak masak yang simple je untuk iftar. Dan, tak sabar nak terawih. hehe. Semoga mutabaah amal ketika Ramadhan nanti dapat diperbaiki. Allahumma balighna fi ramadhan.

Rindu adik. Rindu anak buah.


Gambar baby boy takde.

07 July 2012

Organizational Behavior

Assalamualaikum.

Semester 3 yang penuh dugaan, terutamanya dari segi akademik. Masalah-masalah lain pun ada juga. Tapi bila fikir akademik ni rasanya perlu renew niat. Dan redha. Redha walaupun carry mark sikit sebab diri sendiri yang tak perform dalam setiap assessment yang diberi.

Lusa paper Organizational Behavior. Subjek yang penuh dengan teori. Kena ingat keyword dan faham konsep baru boleh score. Jangan harap nak menggoreng macam paper lain. #menggoreng adalah strategi aku dalam exam. kehkeh.

Sebenarnya aku sangat tak sabar nak habiskan paper OB ni sebab last paper iaitu AOM 2 senang jerr (bak kata Encik Fahimi). Bila tengok past year exam, soalan untuk AOM 2 memang gitu je pattern dia. So tak risau sangat sebab gap pun jauh sikit nak dibandingkan dengan OB yang membunuh tapi gap dua hari. X.x

My clearance is on 12th of July. Hehe. Nampak sangat tak sabar kan. Sabtu yang last paper tu takde orang nak ambil jadi decide buat clearance awal then Sabtu datang untuk seat for the exam. Mentang-mentanglah kampus dekat kan. Hewhew. Dekat tak la dekat sangat. Satu jam setengah jugak. Unless kalau lalu highway baru kat Telok Panglima Garang tu + speed dalam 120km/h insyaAllah satu jam boleh sampai.

Tentang family. Sedang merindui baby serta kanak-kanak comel sehinggakan aku tukar password guna nama mereka. Btw, tahun ni maybe takde duit raya untuk adik-adik dan anak buah memandangkan status aku sebagai penganggur cuti sem ni. Tapi mungkin akan apply jawatan pembantu suri rumah + driver + conduct bulatan gumbira di SAMTTAR & KMS. (yang ketiga itu adalah critical task yang mengandungi minima 8 kali perjumpaan. pheww. semoga dipermudahkan.)

Eh, kan nak tulis pasal OB camne boleh lari tajuk ni. Haha.

Mencari mood untuk study.

06 July 2012

Sebuah Pertemuan



Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan...
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

 Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan


buat mereka yang sama2 berada di jalan ini. jzkk.

02 July 2012

done with 2 papers. 3 papers more.

Assalamualaikum.

hari ni aku rasa sangat kecewa. sejak habis paper comm sebenarnya. di mana aku rasa aku tak buat yang terbaik. paper tadi lagi la. kecewaaaa. jumaat lepas aku balik. mesti korang ingat aku gila kan nak exam boleh pulak balik rumah since kat rumah aku takkan study. tapi masa tu mak aku call tanya balik ke tak. bila mak aku call tanya macam tu, maknanya dia harap aku balik. i know that. jadi sekarang aku harap keikhlasan aku pulang bertemu ayahanda bonda serta amal yang tak berapa nak banyak tu dapat balasan yang setimpal. walaupun usaha aku tak banyak langsung. lagi pulak kalau nak timbang, memang dosa lagi banyak. Ya Allah, jadikanlah aku hamba yang redha dengan segala ketentuanMu. kadang-kadang kita perlu berada di bawah. ya, aku dah pernah rasa tu. sakit.... tapi kena redha. please amira, tawakal je dengan paper tadi. fokus paper akan datang pulak. jangan down. please............
mungkin ini balasan segala dosa dosa kau yang melambak tu. bertaubatlah.
redha. redha. redha. redha.
sila redha amira.