26 June 2012

esok first payyyyyyper

Assalamualaikum

esok first payyyyyyyper (ala-ala Zizan) subjek OSM 504.

Tapi hari ni aku banyak meng google daripada membaca. Study 20 minit, google 1 jam. -.-

google pasal kahwin pulak tu. apaaaaa ni amira. esok first payyyyyper la.

mungkinkah aku perlu hantar laptop pulang ke rumah? so that boleh fokus pada exam. tapi ada payyyper lain yang perlu guna laptop. i mean study guna laptop such as software and OB, past year exam ada dalam laptop.

apa apa pun, sila offline sekarang. please stay focus. baru boleh kahwin. tettttttttttt

Dr Morsi

Assalamualaikum

rasa macam nak duduk kat Mesir......................................

25 June 2012

second post for today

Assalamualaikum.

tiba2 lupa nak tulis pasal apa.
jap ye, nak cuba ingat balik.

.
.
.
.
.
.
.
.
.


Ya Allah
mohon kekalkan kerasionalan aku berfikir, hingga paper terakhir.
mohon jangan emo2 wahai hati.

fokusssssss

*tibe2 tercekik tulang ikan. trauma nak makan nasi goreng ikang masing lepas ni.


two days before final exam

Assalamualaikum

Alhamdulillah, selamat sampai ke kolej. Boleh sambung study sebab petang ni kena jumpa lecturer, markah test turun mendadak. Ujian Allah. Kadang-kadang kena rasa berada di bawah.

Melihat keadaannya. Kalau ini cara yang terbaik agar kerja dakwahnya berjalan dengan lancar, maka ikut kan sahaja la Amira. Saya cuma bakal "isteri kedua." Pasti ada yang terbaik kelak. Semoga dipermudahkan urusan. 

Buat diri, sila fokus pada final exam. Jangan hampakan mereka.

Rabbi yassir wala tuassir.
Bittaufiq wannajah.

20 June 2012

sakit

Assalamualaikum

Dalam kesibukan menghadapi minggu terakhir kuliah tiba-tiba aku ada masa pulak kan nak search pasal sakit mata. Sebab aku dah ada simptom tu sejak asasi lagi. perghh. Dan bila habis asasi tu memang expect mesti kena buat operation sebab dah pergi farmasi Banting dapat ubat titis dan farmasi Kuantan bagi pil untuk kurangkan bengkak tapi sama je. Tak hilang pun benda tu. Maknanya nak dekat dua tahun la. Aduiii. Dupdapdupdap. So, plan cuti ni wajib pergi jumpa doktor mata. Either Klinik Pakar Mata kat jalan menghala ke Morib tu atau Pusat Pakar Mata Top Vision. Atau haruskah aku check-in di hospital terus? Err nervous nyaaaaaa. Aku plan nak first time duduk wad time bersalin tapi kalau kena buat operation dah tak jadi first time la gamaknya. eh, jauh betul berimaginasi. Ada ke orang nak nikah dengan kau? tetttt.

Radang Punca Ketumbit

oleh Prof. Dr. Muhaya Mohamad


Kalau ketumbit itu kecil tidak mengapalah kerana tidak ramai yang perasan, tetapi ia jadi masalah jika benjolan seperti jerawat di tepi mata itu besar sehingga menyebabkan rasa sakit selain malu diusik.

Sebenarnya ketumbit tiada kaitan langsung dengan tabiat mengintai kerana ia sejenis keradangan pada kelopak mata yang disebabkan jangkitan kuman. Biasanya bakteria ini membiak di akar bulu mata sebelum menimbulkan masalah.
Usikan mengaitkan ketumbit dengan tabiat buruk berkenaan perlu dihentikan.

Punca dan Gejala Ketumbit
Ketumbit boleh dibahagikan kepada 2 jenis. Yang pertama akibat jangkitan kuman pada pangkal bulu mata. Jenis kedua ialah keradangan disebabkan penyumbatan pada kelenjar yang menghasilkan minyak untuk menentukan bulu mata kalis air atau kalazion.

Adakah ketumbit itu berbahaya, terutama jika saiznya besar?
 Tidak. Ia tidak menjejaskan penglihatan seseorang, tetapi boleh menyebabkan kesakitan disebabkan berlaku bengkak pada satu kawasan kecil yang sensitif di kelopak mata.

Kadangkala seseorang boleh mendapat lebih daripada satu ketumbit pada satu masa, tetapi usah risau kerana ia tidak berbahaya. Selain benjolan merah pada kelopak mata, antara gejala lain yang mengiringi ketumbit ialah :

* Mata berair.
* Mata terasa gatal, terutama jika ada habuk.
* Mata menjadi sensitif terhadap cahaya.
* Kelopak mata menjadi merah dan bengkak,

Biasanya ketumbit mengambil masa 3 hari sebelum ia pecah dan kering. Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, ketumbit akan sembuh dalam tempoh seminggu.

Ketumbit jenis kedua yang disebabkan penyumbatan kelenjar minyak (kalazion) pula 'tumbuh' lebih perlahan dan jika ia terlalu besar, ia mungkin boleh mengganggu penglihatan.
  
Apakah rawatan bagi ketumbit?
Rawatan utama untuk ketumbit ialah penggunaan antibiotik setempat yang harus diletakkan ke dalam mata bagi merawat jangkitan kuman dan pembedahan kecil.

Bilakah pembedahan diperlukan?
Pembedahan hanya diperlukan untuk ketumbit yang disebabkan oleh penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata selepas rawatan antibiotik setempat tidak berkesan. Selalunya ia berlaku selepas keradangan berlanjutan melebihi dua minggu.

Apakah rawatan pada peringkat awal bagi kalazion?
Ia dapat dirawat dengan meletak antibiotik dan diikuti dengan menuam mata dengan kain yang direndam dalam air suam untuk mengatasi penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata. Ini harus dilakukan sebanyak 3 kali selama seminggu.

Adakah ketumbit menyebabkan kebutaan?
Tidak. Ini kerana ia hanya membabitkan kelopak mata. Fungsi melihat bergantung kepada kesihatan biji mata dan kesihatan mata tidak terganggu apabila ada ketumbit.

 Bolehkah ketumbit menyebabkan gangguan penglihatan?
Ia boleh menyebabkan sedikit gangguan jika terlalu besar dan menekan pada bahagian tengah mata, yang mana ia menyebabkan astigmatisma.

 Anak saya sering mendapat ketumbit, adakah ini bermakna beliau kurang sihat?
Tidak, sebenarnya ia jangkitan dan boleh berlaku pada sesiapa saja.

Bolehkah ketumbit berjangkit?
Ketumbit tidak berjangkit kepada orang lain. Ini kerana ia disebabkan penyumbatan pada kelenjar tarsal mata pesakit.

Apa harus saya lakukan jika berlaku ketumbit pada kelopak mata anak saya?
Segera jumpa doktor untuk mendapatkan antibiotik dan memulakan rawatan untuk mencegah pembesaran ketumbit.

Bagaimanakah pembedahan ketumbit jenis kalazion dilakukan?
Untuk orang dewasa, selalunya ia dilakukan dengan pembedahan menggunakan bius setempat dan tidak menyakitkan. Bagaimanapun untuk kanak kanak, pembedahan menggunakan bius am diperlukan.

13 June 2012

realiti

bila dah terbiasa
kita anggap "ala, benda biasa la tu"
tapi sebenarnya adalah
"eh, peliknya"
"tak sangka pulak macam tu"


tukar template
kosong
sekosong ....
please return it backkkkkkkkk
i'm dying here


ok, stop merepek amira
kbai



please dont be sad



the life changed 180 degree
just like before
only you can take care of your heart
i am not so strong, not strong actually
we want that, and for sure we cant get it
because Allah knows the best
but still, why you want to ask about it?
just accept the truth

please be matured
hibernate is a good thing
but i dont understand why my name still appear on fb and twitter
as well as this blog
why i keep update it
but there is no one want to read it

please be grateful.

12 June 2012

kenangan 11 jun 2012

Assalamualaikum.

masa tu aku ada kelas software. kalau kelas ni memang tak boleh tengok fon sebab lecturer strict. so bila lecturer cakap kelas dismiss aku terus check fon. kat fon maxis, aku tengok ada 7 missed calls. 2 dari bonda. 5 dari makcik ila. masa ni dah berdebar. i know my mom. dia takkan call kalau takde benda penting. and my aunty too, dia takkan gigih call banyak kali kalau takde benda penting. i called my mom. dia tanya aku kat mana dan tengah buat apa so that aku boleh terima benda tu dengan tenang. and she said, "acik asrul meninggal." tangan dah menggigil masa ni. i thought he was okey. i mean, aku tahu dia ada sakit tapi rasanya dah nak pulih.

flashback.
1)rasanya april lepas aku ada datang rumah dia, kat kuala selangor je. masa tu kat puncak alam takde elektrik so aku datang rumah dia untuk basuh baju. hoho

2)dalam bulan may mungkin, ada kenduri kat taman seri andalas. aku tumpang makcik aku (wife arwah) pegi kenduri tu sebab aku nak makan. -.- time tu wife dia cakap arwah tak sihat.

3) beberapa minggu lepas tu, mak aku call bagitahu arwah kena masuk hospital sebab sakit buah pinggang.

4)then dengar khabar dia semakin okey. tapi kena buat dialisis. dan mak aku serta makcik2 yang lain ada niat nak ziarah, tapi selalu tak jadi. don't know why.

so, yang aku tumpang rumah dia tu adalah kali terakhir aku jumpa dia. =(

kronologi hari kejadian. sumber dari makcik2.
pagi tu dia ada operation kecil. sementara nak tunggu suami dia, makcik aku call kakak dia borak2. tapi dalam pukul 10 lebih dia disahkan kritikal. so makcik aku call balik kakak dia suruh datang hospital selayang time tu jugak. tapi jauh sangat so cuma pakcik aku yang kat shah alam boleh datang temankan. dan masa makcik2 yang lain on the way nak pegi hospital, they got a call, arwah dah meninggal, dalam pukul 10.40. dorang punya serabut tu sampai berhenti kejap kat stesen minyak, masa tu baru sampai kanchong. terpinga-pinga tak tahu nak buat apa. bila dah relax sikit dorang decide patah balik, amik anak-anak dan kemas baju dan terus menuju ke kuala selangor. without lunch. dan bila semua dah settle petang tu, masing-masing kebulur cari nasi. -.-

Asrul Azif bin Mat Ani. 25 March 1977-11 June 2012. semoga ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Al-Fatihah.

*arwah adalah adik ipar mak aku. punca kematian: pulmonary embolism. meninggalkan seorang balu, Nor Hayati Binti Musman dan 4 orang anak, Nurul Izzah, Nurul Insyirah, Nurul Irdina dan Akif Azfar.

10 June 2012

boolean




and here is the video
but i am not sure korang boleh tengok ke tak. sorry. sejak budak asasi and diploma masuk line makin slow so malas nak upload. ni amik kat fb. hehe

*boolean tu logical operator kot. masa tu tengah belajar subjek internet sem lepas. both of us sangat mengantuk. bila miss ajar pasal boolean, terus melekat sampai sekarang. haha

UPDATE: ** video tu tak boleh tengok sbb private. tak boleh upload sbb ada masalah. sorry.

09 June 2012

hati

rindu.


lemahnya.


be strong please.

another 2 weeks

Assalamualaikum

Alhamdulillah, sangat bersyukur sebab dah berjaya lalui minggu ini dengan lancar walaupun ada beberapa perkara yang mengecewakan.

Bizz Day of Excellence
Alhamdulillah, it was so great. Walaupun pening-pening lalat sebab saya memang tak biasa dengan hall besar-besar macam kat DK500 & DATC. sangat kekampungan. -.- Btw, sorry to Iee and Zaty. I don't know that not all students can go to the stage to receive the scroll. I am so sorry. Hopefully next time buat kat DK500 je. So we don't need to go to Shah Alam. Hehe. pemalas punya budak.

My Birthday
heeeeeeeee. Thanks to my parents and my brother sebab gigih menunggu jam 12 untuk wish happy birthday. Really appreciate that. I got present from my room mate. Later I'll update the picture. Also the video that i made specially for her during her birthday (6th June). Tertarik dengan ucapan Shana, "Selamat Hari Lahir mira... Alhamdulillah... hari ini adalah hari istimewa utk awak..atas usaha yg awak dah lakukan..Allah beri nikmat kpd awak..semoga awak memperoleh keberkatan disisi-Nya..Good Luck for your final exam! (^_^)"
Alhamdulillah, sangat bersyukur sebenarnya. Tapi sangat khuatir kerana saya yakin ia adalah ujian dalam bentuk nikmat. Bila-bila masa saja boleh ditarik balik.

Survival Mahasiswa UiTM
Alhamdulillah, sangat menginsafkan. Terutamanya tentang cosmic awareness dan kebenaran Al-Quran yang diperkatakan oleh Nabi Muhammad sejak bertahun-tahun dulu terbukti. InsyaAllah I will update about it later, kalau ada mood. -.-

Quiz Project Management
T__T sangat-sangat teruk. Sebab tak study awal-awal (malam tu sangat penat sebab balik dari UiTM Shah Alam) dan sebelum quiz tu busy buat kerja lain. Seriously, sem depan dah tak nak jadi class rep. Semoga nama saya tidak naik lagi. aminnn. I said sorry to madam because I didn't do well and this is what she replied, "don't be sad. It is not the end of the world. Try harder." And then, baru la rasa relieve. Sebelum tu dah nangis sikit. hoho.


And just now we already done with Mandarin shooting. But there is certain scene that we need to do it later at the faculty and stall. Hehe. Semoga dipermudahkan.


So, please prepare for next week Amira. Ada 4 common tests and listening test as well as speaking test for Mandarin. Don't forget about your other assignment also. Semoga dipermudahkan. Aminnn.

06 June 2012

serangan hormon adrenalin

Assalamualaikum

I am nervous for tomorrow (Bizz Day of Excellence at DATC, UITM Shah Alam)
I am nervous for the day after tomorrow (Survival Mahasiswa UITM & kuiz Advanced Office Software App)
I am nervous for next week because it is full of common tests (Management of Administrative Records 2, Administrative Office Management 2, Communication for Administrative Professionals 2, and Advanced Office Software Applications.)

Agak lega bila madam cancel kelas pukul 2 ni. At least boleh siapkan kerja lain. Tapi bukan bermakna gembira sebab anak madam sakit ye.

Today is my roommate's birthday. And tomorrow is mine. :D I dont know how to describe my feeling right now. There are too many things that i need to think about. test, assignment, final exam, carry mark, love.

Apa-apa pun marilah letakkan sepenuh pergantungan pada Allah. Hanya DIA yang dapat tolong kita. Hasbunallahuwani'malwakeel~


04 June 2012

June: hectic month

Assalamualaikum

Pada saat-saat terakhir ini jujur aku katakan bahawa aku serahkan sepenuh kebergantungan ku padaNya. Ini melibatkan semua aspek baik segi pelajaran, emosi, dan lain-lain.

Walaupun Majlis Anugerah Dekan jatuh pada hari lahir aku, ia tidak cukup buat aku gembira. Cemburu kerana waktu hari lahir rakan-rakan dalam masa terdekat ni, ada "teman kesayangan" yang sudah plan nak buat surprise party. Aku takde pun. 

adakah aku tidak bersyukur dengan apa yang ada? lagi pun, belum masanya untuk semua itu. kalau dah halal lagi manis kan. keep smiling then amira. jangan putus asa. 3 minggu sahaja lagi.

03 June 2012

3 jun 2012

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, selamat kembali ke Puncak Alam yang semakin ramai dengan kehadiran pelajar-pelajar diploma dan asasi yang baru mendaftar.

Pulang ke kampung selama 5 hari. Mahu recharge semangat yang semakin berkurangan. Kuliah berbaki 3 minggu. Akan penuh dengan assignments, presentations, tests dan case study. Mohon doa dari rakan-rakan semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Muhammad Ikmal Iman namanya. Tak sempat ambil gambar. Sibuk melayan kakak-kakaknya. =) Masa nak lunch tengah hari tadi perasan rambut baby tegak-tegak. Siapa punya kerja agaknya? Not me, for sure.

keep on smiling. jaga mutabaah. ingat Allah selalu.