27 March 2012

fourth week

Assalamualaikum.

Dah masuk minggu keempat kuliah. Khamis ni ada quiz. Minggu depan ada quiz. Same goes for the following weeks. Assignments datang sikit-sikit.

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Lapang sebelum sempit. Jadi hargailah masa yang ada kerana masa itu ibarat pedang yang tajam. Jika kita tidak memotongnya maka ia akan memotong kita. Dan kita juga sedia maklum, masa tidak boleh diputar kembali. Jadi gunakan dengan sebaik-baiknya. (peringatan buat diri)

Malam tadi dilanda "ribut petir dan hujan lebat" sekali lagi. Dan pagi tadi pula lima orang classmates terpaksa pindah group lain atas masalah yang tidak dapat dielakkan. Sejak semalam dah tahu tentang hal ini tapi cuba untuk maintain cool. Tapi tadi mungkin jiwa dan hati terlalu lemah akibat dilanda "ribut petir dan hujan lebat" malam tadi menyebabkan cepat sahaja air mata mengalir tatkala sahabat-sahabat itu hendak keluar meninggalkan kelas. Bak kata roomate, mungkin kedatangan "teman baik" juga memainkan peranan dalam hal ini. No wonder selalu moody. Mungkin ya, mungkin tidak.

Sejujurnya, hidup saya agak huru hara sejak kebelakangan ini. Ini balasanNya. Dan saya masih gigih perbaiki diri serta memohon keampunan daripadaNya. Selain itu, saya juga masih menanti kata kemaafan dari seseorang. Dan saya... ahh, takkan terluah apa yang ada di hati ini. Terlalu banyak. Kadang-kadang diam itu lebih baik. Tapi apakan daya, saya hanya manusia biasa yang kadang kala memerlukan teman untuk berbicara. Jadi lepas ni berbicaralah dengan Dia yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Semoga dosa-dosa kita diampunkan.

Hidup ini bagaikan roda. Dan sekarang saya berada di bawah. oh, stop crying amira.

23 March 2012

baby

Assalamualaikum

ermm sebenarnya ada orang tak bagi aku update pasal orang dah kahwin. tapi ni kan blog aku, suka hati aku la kan. heee.

tadi online facebook jap. murabbi aku masa sem 1 (kak intan) dah dapat baby. tahniahhh. umur dia baru 24 tahun. sangat jealous. -.- dia kahwin tahun lepas dan sedang sambung master.

dan murabbi aku sekarang (kak hajar) pun dah masuk third trimester pregnancy. umur dia 28 tahun. dia habiskan master dulu baru kahwin.

tengokkk. ramainya yang sambung master. memang dah ada niat nak sambung master tapi sebab memikirkan kos dan masa (nanti lambat kahwin. kehkeh), aku macam nak tangguhkan dulu. maknanya nak kerja dulu lepas habis degree then kalau ada rezeki baru sambung. tengok la camne nanti. kalau dapat scholarship confirm terus sambung kan. hehe. aminnnn. semoga dipermudahkan.

another one year and half to go. semoga kuat dan tabah.

calon pun takde lagi dah gatai pikiaq pasal kahwin. -.-"

21 March 2012

seperti melukut di tepi gantang

Assalamualaikum

aku rasa aku ni macam melukut di tepi gantang. dah masuk minggu ketiga kuliah tapi semangat study masih belum muncul. aku tak tahu kenapa dengan diri aku sem ni. kurang bersemangat. datang kelas ok. tapi bila balik bilik rasa macam zero. dah cuba dekatkan diri dengan Dia. mungkin perlu rapat lagi. dan rasa macam nak give up dari semua benda. aku dah penat berperasaan macam ni. terlalu penat. rasa macam nak quit study pun ada. ahh bisikan syaitan semua ni. tapi sangat-sangat mengganggu aku yang sedia ada lemah.
tu la, bila ada depan mata tak reti nak hargai. bila dah takde baru tercari-cari. nak buat camne, dah memang salah aku. terpulang la. kalau betul tak suka aku, just pray so that i'll go from this world.

and for the other person. tak payah la nak bermuka-muka sangat. just be honest. macam aku. pemalas, tak reti masak tapi ada hati nak kahwin. oh tiba-tiba air mata mengalir. mengapakah?? takde sebab yang munasabah pun boleh nangis ke? see?? lemah kan aku ni? aku harap satu hari nanti semua orang akan sedar tentang perangai kau. sekarang pun sebenarnya dah ramai yang sedar. tapi nak buat camne, dasar manusia kan. selalu rasa diri dia betul, diri dia hebat. nak aku hadiahkan big mirror ke supaya kau sedar?
what goes around comes around. perkara tu dah terjadi pada aku. and now aku rasa macam nak quit study, quit herbalife, and go from this place. hati aku kosong.
urghh kenapa lemah sangat ni amira?? T__T

kadang-kadang kita tak boleh tergesa-gesa mencari kesalahan orang jika berlaku pertelingkahan atau perselisihan faham. cermin diri dulu. muhasabah diri. pasti ada yang tak kena dengan diri kita yang buat orang rasa tak selesa. jadi selalu-selalu la cermin diri ya.

jadi, dengan rasa rendah dirinya, aku nak minta maaf banyak-banyak andai selama ni aku ada tersilap cakap, terkasar bahasa atau korang terasa dengan apa saja perbuatan aku. mungkin aku tak sedar dan aku tak sengaja sakitkan hati korang. and thank you for being my friend. yes, you. aku sangat hargainya. dan aku takkan lupakan memori itu. ohh ternangis lagi. tisu! tisu! semoga aku dapat serap segala ilmu yang diberi oleh para pensyarah. amin.

*esok wajib pakai spek pergi kelas untuk cover mata yang bengkak. -.-

20 March 2012

penyejuk mata

And those who pray, "Our Lord! Grant unto us spouses and offspring who will be the comfort of our eyes, and give us (the grace) to lead the righteous."

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Al Quran, Al-Furqan 25:74



19 March 2012

monolog hati

Assalamualaikum.


pernah tak korang rasa sangat keseorangan, macam takde sape pun nak kawan dengan korang. but deep in your heart, korang tahu sebenarnya ada beberapa orang yang akan sentiasa ada dengan korang, cuma tak pasti sape. Allah itu sudah pasti.


pernah tak korang rasa korang gagal untuk berfikiran positif? ada je benda yang korang nak argue untuk elak daripada berfikiran positif. it depends on the situation and your level of iman actually.


pernah tak korang rasa nak meroyan je, macam aku. selalu sangat rasa nak mengamuk dan memberontak.


pernah tak korang rasa terlalu lemah pada satu-satu saat. bila mana korang berdepan dengan situasi tu, air mata mudah je mengalir. without a concrete reason.


pernah tak korang rasa dosa korang lagi banyak daripada pahala? rasa macam diri ni terlalu kotor dan hina untuk berhadapan dengan Allah. ya, kita boleh bertaubat dan Allah itu Maha Pengampun. tapi aku tak pasti dosa aku akan diampunkan ke tak. terlalu banyak. dan setiap kali teringat tu la yang buat aku rasa nak memberontak dan jadi terlalu lemah.


hidup aku pernah berubah. dan ia telah berubah 360 darjah. sekarang perlu diubah lagi. aku rasa terlalu lemah sekarang. terlalu. serius.


malam ni berendam air mata. mungkin ini balasan. sekarang Allah bayar cash je. jadi cepat-cepat la muhasabah diri dan bertaubat.


Astaghfirullah. semoga dosa kita semua diampunkan olehNya. semoga kita semua kuat dan tabah menghadapi hari mendatang.

17 March 2012

2012. musim orang kahwin.

Assalamualaikum. jom layan gambar dulu. =)



menyelerakan


yang chubby tu saya -.-


yummyy


flower girls. KONONNYA. haha


nak sebiji boleh?


pengantin. semoga kekal hingga ke syurga.


sebahagian keluarga saya =)




makan beradap sambil suap anak buah. dah ada bakat jadi ummi kan? HAHA.


gambar dah smart, tapi sayang, kamera pinjam. HAHA. thank you makcik!


phewww. penat drive masih terasa. lagi-lagi hari ni tak menjamah shake langsung. tadi minum tea mix untuk elakkan ngantuk masa drive je. rosak diet aku kalau tiap minggu pergi kenduri kahwin. haha.

Alhamdulillah. pakcik selamat kahwin. Nawal pun da selamat nikah, maaf tak dapat datang. bulan depan ada kawan satu batch SAMUS akan mendirikan masjid jugak. wahhhhhh jelesnyaaaaa. -.-"

HE knows best. =')

*elok jugak wifi uitm block fb. takde la aku meroyan tengok profile orang dah kahwin setiap hari. aku memang rajin stalk married people. XD *

12 March 2012

wajah baru

assalamualaikum

ehem ehem. bukan wajah baru aku. tapi wajah baru blog ni. tak boleh lari daripada warna pink. XD

future wife to mr. unknown. HAHA. i am looking for a husband. LOL. haihh sudah-sudah la tu amira. dapatkan 4flat dulu. confirm dapat green light. *eleh, ye la tuu.*

nanti aku update pasal herbalife ye. tengah cari mood. dan mahu tunggu keberkesanannya dahulu.

it is just the beginning

assalamualaikum

awal sem. bosan. takde benda nak buat.

pertengahan sem. busy. terlalu banyak kerja sampai tak terbuat.

hujung sem. busiest. *eh, ada ke perkataan tu?* full of assignments, presentations, and tests.

moral of the story. ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. manfaatkan masa yang ada.


untuk Nawal & bakal suami serta my uncle & her future wife: selamat pengantin baru. semoga kekal hingga ke syurga.

We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

From now you'll share all your chores chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير



wait for my turn. semoga dipermudahkan. amin. amin. amin.

09 March 2012

Topup Iman

Assalamualaikum.


Memandangkan sejak kebelakangan ni asyik tulis pasal masalah je, jadi marilah kita sama-sama muhasabah diri pula. Ini adalah hasil perkongsian sewaktu program MADAH (Mencintai Allah Dengan ibadAH) di surau Kolej Delima UiTM Shah Alam. First time pergi UiTM Shah Alam. Kak Hajar cakap, ‘kesiannya mira.” -.-


Pertama sekali, mari kita hayati apa makna ibadah. Apa yang saya dapat tadi, penyampai (Kak Zu) merangkumkan ibadah kepada tiga perkara; Lillahitaala (kerana Allah Taala), ittiba’ rasul (mengikut syariat rasul) dan mengharap redha Allah.


Kedua, apa tujuan kita beribadah? Jawapan; kerana kita cintakan Allah.

Dan di antara manusia ada orang yang menyembah tuhan selain Allah sebagai tandingan, yang mereka cintai seperti mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah. Sekiranya orang-orang yang berbuat zalim itu melihat, azab (pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu semuanya milik Allah dan bahawa Allah sangat berat azabNya. (2:165)


Ketiga, apa hasil yang kita dapat setelah beribadah? Jawapan; taqwa.

Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa. (2:21)

Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa. (2:183)


Bagaimana caranya mahu beribadah?

1) Iman.

Wahai orang-orang yang beriman! Tetaplah beriman kepada Allah dan RasulNya (Muhammad) dan kepada kitab (Al-Quran) yang diturunkan kepada RasulNya, serta kitab yang diturunkan sebelumnya. Barang siapa ingkar kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, dan hari kemudian, maka sungguh, orang itu telah tersesat sangat jauh. (4:136)

2) Islam.

Tidak! Barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah, dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan tidak bersedih hati. (2:112)

3) Ihsan.

Dan infakkanlah (hartamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu jatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri, dan berbuat baiklah. Sungguh, Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. (2:195)

Barang siapa mengerjakan kebajikan, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka pasti akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan akan Kami beri balasan dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. (16:97)

4) Tawakal.

....... Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal. (3:159)

.......... Dan petunjuk yang aku ikuti hanya dari Allah. KepadaNya aku bertawakal dan kepadaNya pula aku kembali. (11:88)

5)Cinta.

Dan di antara manusia ada orang yang menyembah tuhan selain Allah sebagai tandingan, yang mereka cintai seperti mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah. Sekiranya orang-orang yang berbuat zalim itu melihat, azab (pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu semuanya milik Allah dan bahawa Allah sangat berat azabNya. (2:165)

6) Harapan.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. (2:218)

7) Takut. Boleh rujuk pada 7 golongan yang mendapat naungan Allah di akhirat kelak.

  1. Pemimpin yang adil.
  2. Pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah semasa hidupnya.
  3. Orang yang hatinya berpaut pada masjid/surau.
  4. Dua orang yang mengasihi kerana Allah, berkumpul dan berpisah kerana Allah.
  5. Lelaki yang diundang oleh perempuan jelita dan berkedudukan tinggi untuk melakukan maksiat, tetapi menolak dengan berkata, "Aku takut kepada Allah."
  6. Seseorang yang memberi sedekah tetapi merahsiakannya seoalah-olah tangan kiri tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanan.
  7. Seseorang yang mengingati Allah di waktu sunyi sehingga dia mengalirkan air mata.

8) Doa.

Katakanlah (Muhammad, kepada orang-orang musyrik), "Tuhanku tidak akan mengendahkan kamu, kalau tidak kerana ibadahmu. (Tetapi bagaimana kamu beribadah kepadaNya), padahal sungguh, kamu telah mendustakanNya? Kerana itu, kelak (azab) pasti (menimpamu)." (25:77)

9) Taubat.

Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, memuji (Allah), mengembara (demi ilmu agama), rukuk, sujud, menyuruh berbuat makruf, dan mencegah dari yang mungkar dan memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman. (9:112)

10) Khusyuk.

Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (iaitu) mereka yang yakin, bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya. (2:45-46)


Akhir sekali, pasti kita akan menerima manfaat atau kelebihan selepas beribadah dengan cara-cara yang betul seperti di atas. Ia boleh dibahagi kepada dunia dan akhirat. Di dunia kita akan mendapat rahmat, furqan, berkat, jalan keluar, rezeki dan kemudahan.

Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepadaNya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya. (98:8)

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan furqan (kemampuan membezakan antara yang hak dan batil) kepadamu dan menghapus segala kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa)mu. Allah memiliki kurnia yang besar. (8:29)

Dan sekiranya penduduk negeri beriman dan bertaqwa, pasti Kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi, tetapi ternyata mereka mendustakan (ayat-ayat Kami), maka Kami seksa mereka sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan. (7:96)

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik. (29:69)

.....Barang siapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. (65:2)

dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu. (65:3)

....... Dan barang siapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia menjadikan kemudahan baginya dalam urusannya (65:4)


Manakala balasan untuk akhirat adalah dihapuskan kesalahan, diampunkan dosa, dan mendapat pahala yang besar.

Itulah perintah Allah yang diturunkanNya kepadamu; barang siapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya dan akan melipatgandakan pahala baginya. (65:5)


Kesimpulannya, marilah kita sama-sama perbaiki diri kita, cubalah perbaharui niat agar segalanya kerana Allah. Beramallah dengan ikhlas dan istiqamahlah walaupun amal itu sedikit. Wallahua'lam. Jzkk.



07 March 2012

what goes around comes around

tiba-tiba jadi blur, speechless.
tengah cuba nak adapt dengan keadaan di sini.
wajib pula adapt situasi baru yang lain.
tak tahu nak cakap apa.
fragile sangat-sangat.
feel so lonely tonight.
my roomate balik rumah
dan aku, layan perasaan.
hujan lebat.

terlalu banyak benda dalam hati ni.
tak terluah.
tak pernah terluah.
dan takkan terluah.
sakitnya.
T__T

05 March 2012

officially second year student

Assalamualaikum.

cehh, perlu ke tajuk tu? :p

bangun pagi dengan badan lesu, lenguh-lenguh berkat kenduri dan angkat barang yang banyak tu. ahh tak nak pergi kelas boleh tak?? memang dalam mimpi je la kan. azam aku sem ni, tak nak ponteng kelas. hehe.

so far, okey je. mungkin ada certain subject yang susah. harap dipermudahkan. insiden dikenakan oleh lecturer tadi memang sangat memalukan diri aku yang memang sedia ada pemalu ni. -.- malas la nak cerita.

btw, sekarang wifi uitm ni block facebook kot. tak tahu kenapa. twitter okey je. kenapa nak block facebook? T__T tadi online kat phone je guna wifi kat fakulti. huk2. makanya, aku aktif blog je la kot lepas ni. kehkeh. macam ada orang nak baca pulak kan. harapan je la.

now waiting stok herbalife. semoga dapat kurussssss. =D


singleandavailable.auwww.