21 February 2012

the announcement of examination result is tomorrow =S

assalamualaikum

saya berada dalam keadaan berdebar-debar. *dup dap dup dap
semoga semuanya baik-baik saja

lebih kurang lagi dua minggu sebelum start kuliah which is i am totally not ready for that.

terfikir tentang sesuatu

i really need money
yeah, ptptn ada tapi sampai bila nak harap ptptn
and i want to have my own car too
punya la excited sampai masuk blog orang jual kereta
haha
dia cakap ada skim untuk student tapi perlukan penjamin
boleh je abah nak jadi penjamin tapi sampai bila nak harap duit abah?
nak tunggu habis belajar, ada lagi 2 tahun. kalau nak sambung master, which is one of my dream, tambah dua tahun lagi.
bila masa nak kawen?
aiyarkk.. isu kawen takkan pernah lenyap dalam blog ni.. haha

cuba bayangkan
bila dah habis belajar
maybe gaji dalam 2k++
kau nak bayar kereta, kau nak bayar loan ptptn, kau nak bagi kat parents, kau nak belanja adik-adik, kau nak reward yourself (shopping, spa and bla bla bla), kau nak kawen lagi dan nak beli rumah lagi.
bila dah kawen, ada anak, nak bayar nursery, susu, lampin, baju and bla bla bla
bila nak menyimpan untuk haji dan umrah?

so here i list out my dreamsssss
1. have own car
2. get married early. before 25 perhaps.
3. help my parents. renovate rumah mungkin.
4. menyimpan untuk umrah dan haji. at least dapat pergi umrah sebelum umur 30.
5. kenapa tak cakap pasal beli rumah? my typical mind thinks that itu tanggungjawab suami. haha. sorry.
6. sebelum terlupa, sambung master. insyaAllah.

nampak tak all my dreams tu macam too materialistik? yes i am. i really wanna change my life.

mari sini kita kurangkan kematerialistikan itu.
1. i want my family and friends keep healthy. dan sama-sama kaya mungkin. insyaAllah.
2. spread the nutrician. hehe.

so, kalau ada apa-apa saya akan update di sini. keep waiting.
semoga urusan ini dipermudahkan. amin.
=)

18 February 2012

catatan semalam

Assalamualaikum.

Ya, ini catatan semalam. Mulanya hanya mahu simpan dalam hati, tapi rasanya tiada salah untuk berkongsi. Kerana isunya yang menarik. Tentang jodoh.

Semalam saya pulang ke kampung, menghantar toto dan comforter untuk dicuci di kedai dobi milik ibu saudara. Balik kampung semata-mata nak pergi dobi? Macam kat Banting takde kedai dobi kan? Entahlah, saya hanya menurut arahan bonda. Dan beliau juga menyuruh untuk singgah sebentar ke rumah ibu saudara di Kampung Batu Laut, ambil sesuatu.

Sebelum terlupa, Sabtu minggu lepas saya telah pergi ke walimah sepupu suami ibu saudara saya yang di Kampung Batu Laut itu. Anak sulung, perempuan, usia dalam 26 atau 27 mungkin. Adiknya lelaki, seorang doktor, telah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata. Sudah suratan, jodoh si adik lagi cepat daripada si kakak.

Kembali pada cerita asal. Sudah alang-alang sampai, saya masuk ke dalam rumah makcik, duduk-duduk sebentar bagi menghilangkan keletihan memandu. Berbual-bual. Dari satu cerita ke satu cerita. Dari kisah pelajaran, keluarga, kahwin. Senang cerita, kami berbual mengenai realiti kehidupan.

Terselit pula cerita mengenai pengantin baru, sepupu suaminya itu. Usia pengantin lelaki 31 tahun, cukup matang. :p

Cukup kiranya saya menamakan pengantin baru itu sebagai Adam dan Hawa. (bukan nama sebenar)

Kebetulan, di sebelah rumah Hawa terletak satu tempat yang digunakan untuk mengadakan kem. Ala-ala Kem El-Azhar kot. Tempat rekreasi. Saya tak pernah pergi walaupun dekat. Hehe.

Nak dijadikan cerita, beberapa tahun yang lalu, Adam pernah pergi ke tempat itu untuk satu program. Dia ternampak Hawa. Masa tu Hawa belasan tahun mungkin. Adam tertarik pada Hawa. Dia bertanyakan latar belakang Hawa pada salah seorang penduduk kampung di situ. Malangnya ketika itu Hawa dah berpunya. Tahun berganti tahun. Ada la beberapa kali juga Adam pergi ke tempat yang sama kerana tuntutan program. Jawapan yang sama diterima. Hawa yang semakin dewasa sudah mempunyai pilihan sendiri.

Dipendekkan cerita, Hawa putus cinta. Ibunya risau kerana dia belum kahwin lagi, maka dicarikan calon untuk Hawa. Akhirnya Hawa akur dengan keputusan si ibu. Dan dipendekkan cerita lagi, Hawa takde jodoh dengan calon pilihan ibunya.

Sudah takdir Allah, mungkin jodoh Hawa dengan Adam, lelaki yang selalu menyertai program di tempat rekreasi sebelah rumah Hawa. Kini mereka telah berkahwin. Saya kurang pasti bagaimana prosesnya tapi menurut kata makcik, hanya dua belah keluarga yang tahu mereka bertunang. Mungkin cuma datang untuk merisik, tapi kuasa Allah yang permudahkan segalanya. Kedatangan itu berakhir dengan pertunangan. Tahu-tahu je dapat tahu mereka nak kahwin. Alhamdulillah. Itulah aturan Allah.

Bila jodoh dah sampai, segalanya dipermudahkan dan berlalu dengan begitu pantas. Jadi, bersabarlah wahai diri. Masanya akan tiba jua.

*teringat kisah Hilman Yong dengan Puteri Intan Zulaikha. hehe.

kuatkan semangat untuk terus melangkah
tugas ini takkan pernah selesai

14 February 2012

baju cinta yang sebenar

assalamualaikum

just came back from the bank to make payment to LangitIlahi. saya ni kalau pergi ke pekan tu biasanya takkan pulang dengan tangan kosong. sebelum pergi, beriya ajak mak sekali dengan alasan nak beli baju. tapi dia tak nak ikut. =(

saya tak reti beli baju. lol. i mean, yang kain 4 meter nak buat baju kurung tu. tak tahu nak pilih yang macam mana, corak apa and unfortunately, tak tahu nak bargain. =(

my mom asked me, "how old are you?"

me, "21"
dalam hati, erkk aku dah 21 tahunnnnn. =.="
tapi tak reti beli baju sendiri. oh noo. bukanlah semua baju. kalau setakat blouse or t-shirt tu tahu la. kalau kain meter nak buat baju kurung tu memang hancurr.

pengakuan berani mati
saya belum matang sangat sebenarnya
dalam sesetengah perkara, tak tahu nak decide pun. hukk.
jadi, kuburkan dulu hasrat nak kawen ye.
aim nak beli kereta besar. hikk.

12 February 2012

persoalan

assalamualaikum

pernah tak nampak kadang-kadang ada golongan wanita yang bersolat tanpa memakai telekung? ya, hukumnya tetap sah selagi mereka menutup aurat. persoalannya, saya ada terbaca yang bawah dagu juga aurat. jadi bagaimana ya? adakah masih sah solat itu? sebab kadang-kadang saya pun solat without telekung juga (atas sebab kesuntukan masa dan tidak cukup telekung ketika di fakulti).

mohon pencerahan.
terima kasih.

09 February 2012

be strong

assalamualaikum

for those yang pernah baca novel awak suka saya tak? by melur jelita. korang akan perasan bahawa watak utamanya, puteri intan zulaikha sangat tabah selepas kehilangan muhammad hilman yong. dia masih boleh sambung master and proceed with ph.d.

saya ni apa cerita? agak-agak boleh tak sambung master and be a lecturer? wallahua'lam. semoga dipermudahkan.

siti nor amira tak setabah dan sekuat puteri intan zulaikha. =(

be strong amira!!

05 February 2012

salam maulidurrasul

assalamualaikum

as usual, monthly event keluarga haji musman adalah majlis tahlil yang diadakan secara bergilir-gilir di rumah pakciks dan makciks. makanya, pagi tadi majlis tersebut selesai dijalankan di rumah abang long (bukan aaron aziz =.=) a.k.a pakcik saya yang first di rumahnya yang terletak di taman sri andalas. next month buat kat kampung pulak sekali dengan majlis cukur rambut nur aisyatul soffiya, my new cousin.

masa balik tadi singgah aeon bukit tinggi dengan hasrat nak menghabiskan baucer buku yang ada. itulah harta saya. dah takde duit cash. sebelum pergi terpaksa withdraw rm20 dari bimb. tu memang da titisan terakhir la tu. haha. but then saya terpinga-pinga bila melihat terlalu ramai manusia dalam kedai buku popular tu. selalu pergi tak ramai pun. hilang mood nak cari buku. dan makin kecewa bila buku-buku yang saya nak, dah kehabisan stok. T__T

kebetulan pula makciks saya pun singgah kedai buku popular juga. mereka sedang gile novel sekarang. masa saya tengah beratur nak bayar tu, mereka minta tolong bayarkan sekali. so, bayar je la guna baucer kan. habis 150. and i got cash worth about rm150. wow. campur sisa dalam purse rm50. cukuplah kiranya jika mahu membeli t-shirt muslimah kat langit Ilahi dan tudung2. hee. baki baucer rm50 tu boleh buat beli alat tulis, buku dan fail. hehehe. terima kasih makciks.

dannnn perkara paling menarik dan telah menjadi kebiasaan rasanya, makciks memberi pesanan mengenai jodoh. =.="
makcik a: tak payah la fikir pasal imam tu. cari je orang lain. cari la yang macam hilman yong.
makcik b: tak pun yang macam ahmad fuad.
makcik c: tengku syahran pun boleh.
makcik d: kalau macam hariz mesti mak kau setuju.
makcik a: betul2. kriteria calon menantu yang mak kau buat tu tinggi sangat. (lebih kurang macam ni la ayat dia. masalahnya saya ni satu apa pun tak reti, ada hati nak kawen kan. huhu)
makcik e: tak payah la cari, mira. nanti dia datang sendiri. tunggu je. (mak saya paling suka ayat makcik ni. :D)

oke, berkenaan pernikahan. ada certain orang nak tunggu habis belajar, nak kerja dulu. terpulang. kita ada pendapat masing-masing. saya cakap saya nak cepat sebab saya percaya pernikahan tu menjadi platform untuk kita lebih mendekatkan diri dengan Allah. buat ibadah sama-sama dengan husband. sweet kan? ada orang belum bersedia nak pikul tanggungjawab. ya, saya pun belum 100% bersedia. sebab saya rasa bila dah ada kepastian tentang perkara itu saya akan lebih bersedia dan berusaha bersungguh-sungguh memperbaiki diri. hmm, camne ye nak cakap. kalau tak faham, pm me. hehe.
then ada certain orang cakap nak enjoy dulu, nak hidup bujang puas-puas. saya pula rasa seperti sudah puas hidup single. haha. apalah sangat nak di enjoy kan ketika muda ni. ya, mungkin tentang zaman belajar, dapat hang out dengan kawan-kawan. dapat pegang duit sendiri. hmm, betul juga tu. tapi kalau kita belajar betul-betul, ada kerjaya yang mantap, gaji yang kukuh, insyaAllah akan dapat rasa semua tu walaupun dah bernikah.

kesimpulannya, terpulang pada pendapat masing-masing. kita hanya merancang, tapi sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik-baik ketentuan untuk kita. ya, memang saya merancang nak mendirikan masjid seawal usia 20 tahun lagi. tapi mana tahu apa yang Allah tentukan untuk saya. mungkin bila saya dah habis belajar baru saya dapat bertemu dengan calon yang Allah takdirkan untuk saya. who knows. wallahua'lam.

04 February 2012

jiwang

assalamualaikum

jikalau ada yang perasan, status-status fb saya lately berbaur kejiwangan. haha. sudah-sudah la tu amira. back to reality. biaq pi kat depa. Allah sentiasa ada dengan hang, dengan kita semua.

Allah does not charge a soul except [with that within] its capacity. It will have [the consequence of] what [good] it has gained, and it will bear [the consequence of] what [evil] it has earned. "Our Lord, do not impose blame upon us if we have forgotten or erred. Our Lord, and lay not upon us a burden like that which You laid upon those before us. Our Lord, and burden us not with that which we have no ability to bear. And pardon us; and forgive us; and have mercy upon us. You are our protector, so give us victory over the disbelieving people." (2:286)

02 February 2012

02022012

bisikan hati...

untuk lelaki, jangan sesekali usik hati perempuan atau buat hati mereka tersentuh or something like that. ia membahagiakan, tetapi akan jadi sangat menyakitkan bila kamu sebenarnya takde niat untuk menikahi gadis itu. hati kami memang mudah terusik, no doubt. kami lemah.

i need a husband, not a boyfriend.