07 August 2012

kursus kahwin





Assalamualaikum

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Sangat bersyukur. Result sudah diumumkan. Alhamdulillah, walaupun turun sikit. Yang penting takde repeat dan takde C.

Kelmarin pun dah selesai menghadiri kursus kahwin. Ehem, bukan bermakna saya dah nak kahwin ye. Sekadar memenuhi undangan makcik. Free of charge. Takkan nak lepaskan begitu saja, ye tak? Hehe. Kalau certain orang semakin bersemangat nak kahwin lepas menghadiri kursus ni, berbeza pula bagi saya. Semakin takut menghadapi alam itu kerana terlalu banyak yang perlu difikirkan. Banyak tanggungjawab yang bakal dipikul. Lagi-lagi bila memikirkan saya ini sangat degil, sentiasa nak menang. Dapatkah saya bertoleransi dengan suami nanti? Dapatkah dia bersabar dengan saya? Huhu. Banyak lagi yang perlu diperbaiki.

Kelmarin juga saya ada terbaca artikel di fb. Tak ingat siapa yang share. Ditulis oleh pensyarah UIA kalau tak silap. Tentang kahwin muda. Beliau menasihatkan pasangan-pasangan yang telah berkahwin di usia muda agar tidak upload gambar atau post status yang menggambarkan kebahagiaan atau kenikmatan berkahwin. Memang benar kahwin itu bahagia. Tapi bila dilihat oleh golongan seperti saya akan gambar-gambar serta status-status romantik itu, automatically kami akan melihat indahnya perkahwinan. Realitinya tidak kerana dalam proses menyesuaikan diri itu pasti ada perkara-perkara yang mengecilkan hati kita atau pasangan. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Pada pendapat saya, benar kata-kata pensyarah itu. Kalau ada yang tidak setuju, boleh utarakan pendapat anda di ruangan komen. Jzkk.

Semalam pula dapat surat saman speed trap. -.- Had laju 90km/j. Saya drive 106km/j. Terlebih 16. Masa tu otw nak ambil adik di asrama dan petang tu ada last paper. Hari tu memang sangat kelam kabut. Selama ni 4 tahun lalu jalan tu tak pernah kena, tapi kebetulan hari tu pulak kena. Redha je la nak membayar RM150 nanti. Eh eh saya bayar RM50 je, RM100 mak bayar. Hee.

Jadi hari ni busy sikit. Kena pergi JPJ renew lesen abah. Pergi balai polis bayar saman. Dan ke Klang nak ambil marshmallow. Tahun lepas marshmallow kat rumah tahan sampai raya kedua je. Bukan setakat kanak-kanak, parents kanak-kanak pun suka makan. =)

No comments: