12 June 2012

kenangan 11 jun 2012

Assalamualaikum.

masa tu aku ada kelas software. kalau kelas ni memang tak boleh tengok fon sebab lecturer strict. so bila lecturer cakap kelas dismiss aku terus check fon. kat fon maxis, aku tengok ada 7 missed calls. 2 dari bonda. 5 dari makcik ila. masa ni dah berdebar. i know my mom. dia takkan call kalau takde benda penting. and my aunty too, dia takkan gigih call banyak kali kalau takde benda penting. i called my mom. dia tanya aku kat mana dan tengah buat apa so that aku boleh terima benda tu dengan tenang. and she said, "acik asrul meninggal." tangan dah menggigil masa ni. i thought he was okey. i mean, aku tahu dia ada sakit tapi rasanya dah nak pulih.

flashback.
1)rasanya april lepas aku ada datang rumah dia, kat kuala selangor je. masa tu kat puncak alam takde elektrik so aku datang rumah dia untuk basuh baju. hoho

2)dalam bulan may mungkin, ada kenduri kat taman seri andalas. aku tumpang makcik aku (wife arwah) pegi kenduri tu sebab aku nak makan. -.- time tu wife dia cakap arwah tak sihat.

3) beberapa minggu lepas tu, mak aku call bagitahu arwah kena masuk hospital sebab sakit buah pinggang.

4)then dengar khabar dia semakin okey. tapi kena buat dialisis. dan mak aku serta makcik2 yang lain ada niat nak ziarah, tapi selalu tak jadi. don't know why.

so, yang aku tumpang rumah dia tu adalah kali terakhir aku jumpa dia. =(

kronologi hari kejadian. sumber dari makcik2.
pagi tu dia ada operation kecil. sementara nak tunggu suami dia, makcik aku call kakak dia borak2. tapi dalam pukul 10 lebih dia disahkan kritikal. so makcik aku call balik kakak dia suruh datang hospital selayang time tu jugak. tapi jauh sangat so cuma pakcik aku yang kat shah alam boleh datang temankan. dan masa makcik2 yang lain on the way nak pegi hospital, they got a call, arwah dah meninggal, dalam pukul 10.40. dorang punya serabut tu sampai berhenti kejap kat stesen minyak, masa tu baru sampai kanchong. terpinga-pinga tak tahu nak buat apa. bila dah relax sikit dorang decide patah balik, amik anak-anak dan kemas baju dan terus menuju ke kuala selangor. without lunch. dan bila semua dah settle petang tu, masing-masing kebulur cari nasi. -.-

Asrul Azif bin Mat Ani. 25 March 1977-11 June 2012. semoga ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Al-Fatihah.

*arwah adalah adik ipar mak aku. punca kematian: pulmonary embolism. meninggalkan seorang balu, Nor Hayati Binti Musman dan 4 orang anak, Nurul Izzah, Nurul Insyirah, Nurul Irdina dan Akif Azfar.

No comments: