11 May 2012

.daughter.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, minggu yang sangat sibuk sudah berlalu. Tapi weekend ni ada Kemahiran Insaniah, sila kuburkan niat nak berehat.

Batalkan juga niat nak balik rumah. sob sob. Next week mungkin ada mukhayyam, tak boleh balik lagi. Jadi, kiranya akan balik masa cuti gawai nanti. Sebulan tak balik. Pecah rekod la sepanjang kat Puncak Alam ni. Dulu kat Kepala Batas tak balik dua bulan cool je. Kat Kuantan pulak paling lama sebulan kot. Kat Puncak Alam, agak-agak takde program dan tak banyak kerja wajib balik. Hehe.

Mesti korang fikir kenapa la budak kecik ni manja sangat asyik nak balik je. Jawapannya, dah memang aku manja nak buat camne. -.-

Sejak kecil, aku ada kisah aku. Tak sama macam orang lain. Memang la kan, kita semua ada kisah yang berbeza.

  1. My parents are so protective. Bukan mengongkong, because i know they want the best for me. Nak didik aku jadi anak solehah.
  2. Masa sekolah rendah, setiap hari kena brainwash sebab aku tak nak pergi sekolah atas sebab tertentu. Sampai satu tahap, abah pergi jumpa guru besar nak settle kan. 
  3. Disebabkan masalah tu, parents aku push aku belajar betul-betul, buktikan pada budak-budak nakal tu yang aku boleh berjaya. So sekarang kalau terserempak dengan budak-budak tu pun aku dah tak rasa rendah diri macam dulu. At least aku sambung belajar. Korang? Lepak-lepak kat tepi jalan je la. (Sorry, aku masih tak boleh maafkan mereka sepenuhnya)
  4. Aku tak pernah kena marah dengan abah aku. Mak aku cakap muka aku ikut abah aku. Kalau tengok gambar pun, muka aku ikut abah aku sikit. Kata orang, anak perempuan elok ikut muka ayah. Anak lelaki elok ikut muka mak. Orang kata, aku tak tahu kenapa.
  5. Masa kat asrama, aku sangat dimanjakan. Minta apa je boleh dapat. Hehe. Macam jahat je kan.
  6. Aku takde kakak. So aku cerita semua benda kat mak aku. Ramai yang pelik. Dah tu nak cerita kat siapa. Sakit tau simpan sorang-sorang. Kalau stress mesti call mak. Kredit maxis aku habis sebab call mak je. Hampir setiap hari call, lagi-lagi kalau ada quiz. Wajib minta restu. Sampai mak aku dah bosan, dia cakap, "Pergilah call abah pulak." Aku jawab doa ibu kan makbul. Haha. MInggu ni sangat stress. Semalam aku call mak aku nangis-nangis. Tiba-tiba mak aku tanya, "Kamu nak kasut sukan ke?" Haha. Sebab next week nak pergi mukhayyam tapi takde kasut sukan. Pastu duk borak-borak pasal shopping. Aku membebel la nak beli tu nak beli ni tapi takde duit. Then mak aku cakap, "Nak duit tak? Nanti mak pas kan kat abang iwan." Alahai mak ku.
Takde sebab aku nak hampakan harapan mak dan abah. So why not just follow the flow. Allah knows the best for me. Sangat bersyukur jadi anak mak dan abah.. <3

No comments: