09 March 2012

Topup Iman

Assalamualaikum.


Memandangkan sejak kebelakangan ni asyik tulis pasal masalah je, jadi marilah kita sama-sama muhasabah diri pula. Ini adalah hasil perkongsian sewaktu program MADAH (Mencintai Allah Dengan ibadAH) di surau Kolej Delima UiTM Shah Alam. First time pergi UiTM Shah Alam. Kak Hajar cakap, ‘kesiannya mira.” -.-


Pertama sekali, mari kita hayati apa makna ibadah. Apa yang saya dapat tadi, penyampai (Kak Zu) merangkumkan ibadah kepada tiga perkara; Lillahitaala (kerana Allah Taala), ittiba’ rasul (mengikut syariat rasul) dan mengharap redha Allah.


Kedua, apa tujuan kita beribadah? Jawapan; kerana kita cintakan Allah.

Dan di antara manusia ada orang yang menyembah tuhan selain Allah sebagai tandingan, yang mereka cintai seperti mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah. Sekiranya orang-orang yang berbuat zalim itu melihat, azab (pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu semuanya milik Allah dan bahawa Allah sangat berat azabNya. (2:165)


Ketiga, apa hasil yang kita dapat setelah beribadah? Jawapan; taqwa.

Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa. (2:21)

Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa. (2:183)


Bagaimana caranya mahu beribadah?

1) Iman.

Wahai orang-orang yang beriman! Tetaplah beriman kepada Allah dan RasulNya (Muhammad) dan kepada kitab (Al-Quran) yang diturunkan kepada RasulNya, serta kitab yang diturunkan sebelumnya. Barang siapa ingkar kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, dan hari kemudian, maka sungguh, orang itu telah tersesat sangat jauh. (4:136)

2) Islam.

Tidak! Barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah, dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan tidak bersedih hati. (2:112)

3) Ihsan.

Dan infakkanlah (hartamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu jatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri, dan berbuat baiklah. Sungguh, Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. (2:195)

Barang siapa mengerjakan kebajikan, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka pasti akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan akan Kami beri balasan dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. (16:97)

4) Tawakal.

....... Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal. (3:159)

.......... Dan petunjuk yang aku ikuti hanya dari Allah. KepadaNya aku bertawakal dan kepadaNya pula aku kembali. (11:88)

5)Cinta.

Dan di antara manusia ada orang yang menyembah tuhan selain Allah sebagai tandingan, yang mereka cintai seperti mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah. Sekiranya orang-orang yang berbuat zalim itu melihat, azab (pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu semuanya milik Allah dan bahawa Allah sangat berat azabNya. (2:165)

6) Harapan.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. (2:218)

7) Takut. Boleh rujuk pada 7 golongan yang mendapat naungan Allah di akhirat kelak.

  1. Pemimpin yang adil.
  2. Pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah semasa hidupnya.
  3. Orang yang hatinya berpaut pada masjid/surau.
  4. Dua orang yang mengasihi kerana Allah, berkumpul dan berpisah kerana Allah.
  5. Lelaki yang diundang oleh perempuan jelita dan berkedudukan tinggi untuk melakukan maksiat, tetapi menolak dengan berkata, "Aku takut kepada Allah."
  6. Seseorang yang memberi sedekah tetapi merahsiakannya seoalah-olah tangan kiri tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanan.
  7. Seseorang yang mengingati Allah di waktu sunyi sehingga dia mengalirkan air mata.

8) Doa.

Katakanlah (Muhammad, kepada orang-orang musyrik), "Tuhanku tidak akan mengendahkan kamu, kalau tidak kerana ibadahmu. (Tetapi bagaimana kamu beribadah kepadaNya), padahal sungguh, kamu telah mendustakanNya? Kerana itu, kelak (azab) pasti (menimpamu)." (25:77)

9) Taubat.

Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, memuji (Allah), mengembara (demi ilmu agama), rukuk, sujud, menyuruh berbuat makruf, dan mencegah dari yang mungkar dan memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman. (9:112)

10) Khusyuk.

Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (iaitu) mereka yang yakin, bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya. (2:45-46)


Akhir sekali, pasti kita akan menerima manfaat atau kelebihan selepas beribadah dengan cara-cara yang betul seperti di atas. Ia boleh dibahagi kepada dunia dan akhirat. Di dunia kita akan mendapat rahmat, furqan, berkat, jalan keluar, rezeki dan kemudahan.

Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepadaNya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya. (98:8)

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan furqan (kemampuan membezakan antara yang hak dan batil) kepadamu dan menghapus segala kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa)mu. Allah memiliki kurnia yang besar. (8:29)

Dan sekiranya penduduk negeri beriman dan bertaqwa, pasti Kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi, tetapi ternyata mereka mendustakan (ayat-ayat Kami), maka Kami seksa mereka sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan. (7:96)

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik. (29:69)

.....Barang siapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. (65:2)

dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu. (65:3)

....... Dan barang siapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia menjadikan kemudahan baginya dalam urusannya (65:4)


Manakala balasan untuk akhirat adalah dihapuskan kesalahan, diampunkan dosa, dan mendapat pahala yang besar.

Itulah perintah Allah yang diturunkanNya kepadamu; barang siapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya dan akan melipatgandakan pahala baginya. (65:5)


Kesimpulannya, marilah kita sama-sama perbaiki diri kita, cubalah perbaharui niat agar segalanya kerana Allah. Beramallah dengan ikhlas dan istiqamahlah walaupun amal itu sedikit. Wallahua'lam. Jzkk.



No comments: