21 March 2012

seperti melukut di tepi gantang

Assalamualaikum

aku rasa aku ni macam melukut di tepi gantang. dah masuk minggu ketiga kuliah tapi semangat study masih belum muncul. aku tak tahu kenapa dengan diri aku sem ni. kurang bersemangat. datang kelas ok. tapi bila balik bilik rasa macam zero. dah cuba dekatkan diri dengan Dia. mungkin perlu rapat lagi. dan rasa macam nak give up dari semua benda. aku dah penat berperasaan macam ni. terlalu penat. rasa macam nak quit study pun ada. ahh bisikan syaitan semua ni. tapi sangat-sangat mengganggu aku yang sedia ada lemah.
tu la, bila ada depan mata tak reti nak hargai. bila dah takde baru tercari-cari. nak buat camne, dah memang salah aku. terpulang la. kalau betul tak suka aku, just pray so that i'll go from this world.

and for the other person. tak payah la nak bermuka-muka sangat. just be honest. macam aku. pemalas, tak reti masak tapi ada hati nak kahwin. oh tiba-tiba air mata mengalir. mengapakah?? takde sebab yang munasabah pun boleh nangis ke? see?? lemah kan aku ni? aku harap satu hari nanti semua orang akan sedar tentang perangai kau. sekarang pun sebenarnya dah ramai yang sedar. tapi nak buat camne, dasar manusia kan. selalu rasa diri dia betul, diri dia hebat. nak aku hadiahkan big mirror ke supaya kau sedar?
what goes around comes around. perkara tu dah terjadi pada aku. and now aku rasa macam nak quit study, quit herbalife, and go from this place. hati aku kosong.
urghh kenapa lemah sangat ni amira?? T__T

kadang-kadang kita tak boleh tergesa-gesa mencari kesalahan orang jika berlaku pertelingkahan atau perselisihan faham. cermin diri dulu. muhasabah diri. pasti ada yang tak kena dengan diri kita yang buat orang rasa tak selesa. jadi selalu-selalu la cermin diri ya.

jadi, dengan rasa rendah dirinya, aku nak minta maaf banyak-banyak andai selama ni aku ada tersilap cakap, terkasar bahasa atau korang terasa dengan apa saja perbuatan aku. mungkin aku tak sedar dan aku tak sengaja sakitkan hati korang. and thank you for being my friend. yes, you. aku sangat hargainya. dan aku takkan lupakan memori itu. ohh ternangis lagi. tisu! tisu! semoga aku dapat serap segala ilmu yang diberi oleh para pensyarah. amin.

*esok wajib pakai spek pergi kelas untuk cover mata yang bengkak. -.-

No comments: