19 March 2012

monolog hati

Assalamualaikum.


pernah tak korang rasa sangat keseorangan, macam takde sape pun nak kawan dengan korang. but deep in your heart, korang tahu sebenarnya ada beberapa orang yang akan sentiasa ada dengan korang, cuma tak pasti sape. Allah itu sudah pasti.


pernah tak korang rasa korang gagal untuk berfikiran positif? ada je benda yang korang nak argue untuk elak daripada berfikiran positif. it depends on the situation and your level of iman actually.


pernah tak korang rasa nak meroyan je, macam aku. selalu sangat rasa nak mengamuk dan memberontak.


pernah tak korang rasa terlalu lemah pada satu-satu saat. bila mana korang berdepan dengan situasi tu, air mata mudah je mengalir. without a concrete reason.


pernah tak korang rasa dosa korang lagi banyak daripada pahala? rasa macam diri ni terlalu kotor dan hina untuk berhadapan dengan Allah. ya, kita boleh bertaubat dan Allah itu Maha Pengampun. tapi aku tak pasti dosa aku akan diampunkan ke tak. terlalu banyak. dan setiap kali teringat tu la yang buat aku rasa nak memberontak dan jadi terlalu lemah.


hidup aku pernah berubah. dan ia telah berubah 360 darjah. sekarang perlu diubah lagi. aku rasa terlalu lemah sekarang. terlalu. serius.


malam ni berendam air mata. mungkin ini balasan. sekarang Allah bayar cash je. jadi cepat-cepat la muhasabah diri dan bertaubat.


Astaghfirullah. semoga dosa kita semua diampunkan olehNya. semoga kita semua kuat dan tabah menghadapi hari mendatang.

No comments: