27 March 2012

fourth week

Assalamualaikum.

Dah masuk minggu keempat kuliah. Khamis ni ada quiz. Minggu depan ada quiz. Same goes for the following weeks. Assignments datang sikit-sikit.

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Lapang sebelum sempit. Jadi hargailah masa yang ada kerana masa itu ibarat pedang yang tajam. Jika kita tidak memotongnya maka ia akan memotong kita. Dan kita juga sedia maklum, masa tidak boleh diputar kembali. Jadi gunakan dengan sebaik-baiknya. (peringatan buat diri)

Malam tadi dilanda "ribut petir dan hujan lebat" sekali lagi. Dan pagi tadi pula lima orang classmates terpaksa pindah group lain atas masalah yang tidak dapat dielakkan. Sejak semalam dah tahu tentang hal ini tapi cuba untuk maintain cool. Tapi tadi mungkin jiwa dan hati terlalu lemah akibat dilanda "ribut petir dan hujan lebat" malam tadi menyebabkan cepat sahaja air mata mengalir tatkala sahabat-sahabat itu hendak keluar meninggalkan kelas. Bak kata roomate, mungkin kedatangan "teman baik" juga memainkan peranan dalam hal ini. No wonder selalu moody. Mungkin ya, mungkin tidak.

Sejujurnya, hidup saya agak huru hara sejak kebelakangan ini. Ini balasanNya. Dan saya masih gigih perbaiki diri serta memohon keampunan daripadaNya. Selain itu, saya juga masih menanti kata kemaafan dari seseorang. Dan saya... ahh, takkan terluah apa yang ada di hati ini. Terlalu banyak. Kadang-kadang diam itu lebih baik. Tapi apakan daya, saya hanya manusia biasa yang kadang kala memerlukan teman untuk berbicara. Jadi lepas ni berbicaralah dengan Dia yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Semoga dosa-dosa kita diampunkan.

Hidup ini bagaikan roda. Dan sekarang saya berada di bawah. oh, stop crying amira.

No comments: