05 February 2012

salam maulidurrasul

assalamualaikum

as usual, monthly event keluarga haji musman adalah majlis tahlil yang diadakan secara bergilir-gilir di rumah pakciks dan makciks. makanya, pagi tadi majlis tersebut selesai dijalankan di rumah abang long (bukan aaron aziz =.=) a.k.a pakcik saya yang first di rumahnya yang terletak di taman sri andalas. next month buat kat kampung pulak sekali dengan majlis cukur rambut nur aisyatul soffiya, my new cousin.

masa balik tadi singgah aeon bukit tinggi dengan hasrat nak menghabiskan baucer buku yang ada. itulah harta saya. dah takde duit cash. sebelum pergi terpaksa withdraw rm20 dari bimb. tu memang da titisan terakhir la tu. haha. but then saya terpinga-pinga bila melihat terlalu ramai manusia dalam kedai buku popular tu. selalu pergi tak ramai pun. hilang mood nak cari buku. dan makin kecewa bila buku-buku yang saya nak, dah kehabisan stok. T__T

kebetulan pula makciks saya pun singgah kedai buku popular juga. mereka sedang gile novel sekarang. masa saya tengah beratur nak bayar tu, mereka minta tolong bayarkan sekali. so, bayar je la guna baucer kan. habis 150. and i got cash worth about rm150. wow. campur sisa dalam purse rm50. cukuplah kiranya jika mahu membeli t-shirt muslimah kat langit Ilahi dan tudung2. hee. baki baucer rm50 tu boleh buat beli alat tulis, buku dan fail. hehehe. terima kasih makciks.

dannnn perkara paling menarik dan telah menjadi kebiasaan rasanya, makciks memberi pesanan mengenai jodoh. =.="
makcik a: tak payah la fikir pasal imam tu. cari je orang lain. cari la yang macam hilman yong.
makcik b: tak pun yang macam ahmad fuad.
makcik c: tengku syahran pun boleh.
makcik d: kalau macam hariz mesti mak kau setuju.
makcik a: betul2. kriteria calon menantu yang mak kau buat tu tinggi sangat. (lebih kurang macam ni la ayat dia. masalahnya saya ni satu apa pun tak reti, ada hati nak kawen kan. huhu)
makcik e: tak payah la cari, mira. nanti dia datang sendiri. tunggu je. (mak saya paling suka ayat makcik ni. :D)

oke, berkenaan pernikahan. ada certain orang nak tunggu habis belajar, nak kerja dulu. terpulang. kita ada pendapat masing-masing. saya cakap saya nak cepat sebab saya percaya pernikahan tu menjadi platform untuk kita lebih mendekatkan diri dengan Allah. buat ibadah sama-sama dengan husband. sweet kan? ada orang belum bersedia nak pikul tanggungjawab. ya, saya pun belum 100% bersedia. sebab saya rasa bila dah ada kepastian tentang perkara itu saya akan lebih bersedia dan berusaha bersungguh-sungguh memperbaiki diri. hmm, camne ye nak cakap. kalau tak faham, pm me. hehe.
then ada certain orang cakap nak enjoy dulu, nak hidup bujang puas-puas. saya pula rasa seperti sudah puas hidup single. haha. apalah sangat nak di enjoy kan ketika muda ni. ya, mungkin tentang zaman belajar, dapat hang out dengan kawan-kawan. dapat pegang duit sendiri. hmm, betul juga tu. tapi kalau kita belajar betul-betul, ada kerjaya yang mantap, gaji yang kukuh, insyaAllah akan dapat rasa semua tu walaupun dah bernikah.

kesimpulannya, terpulang pada pendapat masing-masing. kita hanya merancang, tapi sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik-baik ketentuan untuk kita. ya, memang saya merancang nak mendirikan masjid seawal usia 20 tahun lagi. tapi mana tahu apa yang Allah tentukan untuk saya. mungkin bila saya dah habis belajar baru saya dapat bertemu dengan calon yang Allah takdirkan untuk saya. who knows. wallahua'lam.

No comments: