18 February 2012

catatan semalam

Assalamualaikum.

Ya, ini catatan semalam. Mulanya hanya mahu simpan dalam hati, tapi rasanya tiada salah untuk berkongsi. Kerana isunya yang menarik. Tentang jodoh.

Semalam saya pulang ke kampung, menghantar toto dan comforter untuk dicuci di kedai dobi milik ibu saudara. Balik kampung semata-mata nak pergi dobi? Macam kat Banting takde kedai dobi kan? Entahlah, saya hanya menurut arahan bonda. Dan beliau juga menyuruh untuk singgah sebentar ke rumah ibu saudara di Kampung Batu Laut, ambil sesuatu.

Sebelum terlupa, Sabtu minggu lepas saya telah pergi ke walimah sepupu suami ibu saudara saya yang di Kampung Batu Laut itu. Anak sulung, perempuan, usia dalam 26 atau 27 mungkin. Adiknya lelaki, seorang doktor, telah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata. Sudah suratan, jodoh si adik lagi cepat daripada si kakak.

Kembali pada cerita asal. Sudah alang-alang sampai, saya masuk ke dalam rumah makcik, duduk-duduk sebentar bagi menghilangkan keletihan memandu. Berbual-bual. Dari satu cerita ke satu cerita. Dari kisah pelajaran, keluarga, kahwin. Senang cerita, kami berbual mengenai realiti kehidupan.

Terselit pula cerita mengenai pengantin baru, sepupu suaminya itu. Usia pengantin lelaki 31 tahun, cukup matang. :p

Cukup kiranya saya menamakan pengantin baru itu sebagai Adam dan Hawa. (bukan nama sebenar)

Kebetulan, di sebelah rumah Hawa terletak satu tempat yang digunakan untuk mengadakan kem. Ala-ala Kem El-Azhar kot. Tempat rekreasi. Saya tak pernah pergi walaupun dekat. Hehe.

Nak dijadikan cerita, beberapa tahun yang lalu, Adam pernah pergi ke tempat itu untuk satu program. Dia ternampak Hawa. Masa tu Hawa belasan tahun mungkin. Adam tertarik pada Hawa. Dia bertanyakan latar belakang Hawa pada salah seorang penduduk kampung di situ. Malangnya ketika itu Hawa dah berpunya. Tahun berganti tahun. Ada la beberapa kali juga Adam pergi ke tempat yang sama kerana tuntutan program. Jawapan yang sama diterima. Hawa yang semakin dewasa sudah mempunyai pilihan sendiri.

Dipendekkan cerita, Hawa putus cinta. Ibunya risau kerana dia belum kahwin lagi, maka dicarikan calon untuk Hawa. Akhirnya Hawa akur dengan keputusan si ibu. Dan dipendekkan cerita lagi, Hawa takde jodoh dengan calon pilihan ibunya.

Sudah takdir Allah, mungkin jodoh Hawa dengan Adam, lelaki yang selalu menyertai program di tempat rekreasi sebelah rumah Hawa. Kini mereka telah berkahwin. Saya kurang pasti bagaimana prosesnya tapi menurut kata makcik, hanya dua belah keluarga yang tahu mereka bertunang. Mungkin cuma datang untuk merisik, tapi kuasa Allah yang permudahkan segalanya. Kedatangan itu berakhir dengan pertunangan. Tahu-tahu je dapat tahu mereka nak kahwin. Alhamdulillah. Itulah aturan Allah.

Bila jodoh dah sampai, segalanya dipermudahkan dan berlalu dengan begitu pantas. Jadi, bersabarlah wahai diri. Masanya akan tiba jua.

*teringat kisah Hilman Yong dengan Puteri Intan Zulaikha. hehe.

kuatkan semangat untuk terus melangkah
tugas ini takkan pernah selesai

2 comments:

Zawani said...

waa..sweetnye.hehe.. lama btl si adam pendam prasaan die sejak hawa belasan tahun! akhirnya...moga mereka bhagia hingga syurga.=)

safiamira said...

hee.. ameen..