29 April 2011

update lagi

Assalamualaikum kawan-kawan. Hari ni saya terasa nak membebel banyak-banyak. Selamat membaca. Kalau tak nak baca boleh keluar daripada page ni. Hee.

Sebelum ni saya start follow blog orang sebab dia sebaya. Ni semua gara Republic of 1991. Jadi memang kebanyakan blog yang saya follow adalah geng-geng republican. Kemudian bila dah dapat hidayah, ia bertukar sedikit. Mula rajinkan diri follow blog yang islamic sikit. I mean, dari kalangan ikhwah akhwat. And now, bila usia menginjak ke angka 20 (belum genap lagi) pattern tersebut mula berubah. Dah start follow blog married person. Dan kebanyakannya dari golongan yang saya sebut tadi. Bukan kata tak nak follow mereka yang biasa-biasa, ada juga sebenarnya. Tapi bila baca post daripada mereka ni, saya rasa cemburu. Nak rasa seperti mereka. Nak jadi seperti mereka. Semoga dengan follow blog mereka, saya dapat mengutip ilmu dan pengalaman. Insya Allah.

Pada mereka yang tahu, saya sudah berubah sedikit demi sedikit. Semoga istiqamah ya Amira. Tapi belum ada yang tanya kenapa saya berubah. Kalau ada yang tanya, saya nak bagi jawapan macam ni. "Demi masa depan anak-anak. Saya nak anak-anak saya hidup dengan tarbiyah Islam sekaligus menjadikan Islam sebagai cara hidup. Sesungguhnya saya juga sedang berusaha ke arah itu. Jadi, saya yang perlu berubah ke arah kebaikan bagi memastikan mereka juga berada dalam keadaan yang sama. Sam juga konsepnya dengan mencari jodoh. Sebelum mencari yang soleh, kita perlu jadi solehah dulu. Barulah saling melengkapi. Insya Allah." Munasabah tak jawapan? Hehe. Tetapi faktor utama sudah pasti mahu mencari keredhaan Allah. Semoga diampunkan dosa-dosa saya yang silam.

Seterusnya, tentang Fifi. Lepas sihat demam ni, dah mula nampak badan dia naik sikit. Mulut pun tak reti nak diam. Antara celotehnya, "Kakak ni garang macam kakak upin dan ipin la. Dah la adik takde opah, adik ada nenek je." Opah dengan nenek tu sama je la. =.=

Sekarang rasa macam nak makan KFC. nyum2. Cake pecan butterscotch pun sedap gak. Big Apple pun nampak menyelerakan. Haihh, camne nak kurus ni?

terima kasih

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (Al-Baqarah:286)

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Al-Ankabut:2-3)

Berdasarkan ayat di atas, jelaslah bahawa Allah akan memberi ujian kepada kita untuk mengukur sejauh mana dan seteguh mana tahap keimanan kita. Sebagai muslim yang beriman, adalah disarankan supaya kita bersabar dan bersyukur dengan setiap yang ada. Hadapi ujian dengan hati yang terbuka walaupun ia bukan diundang.

Sesungguhnya kami sedang diuji. Dan kami cuba untuk menghadapinya dengan sabar. Kami juga cuba untuk bersyukur dengan apa yang ada. Dan Alhamdulillah, sangat sangat bersyukur apabila ada yang datang menawarkan pertolongan tanpa diminta. Jutaan terima kasih kepada beliau. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian dan semoga kalian sentiasa mendapat rahmat daripadaNya. Ameen.

25 April 2011

invitation

there are some people asked me to join their programs. from two organizations, so there are two programs that i need to attend, if i want. both programs are beneficial but i do not know how to decide. previously, i have decided to not attend for both programs. because i have some problem. what is that problem? only Him know.

one. more on spiritual. err, betol ke ayat ni?

second, more on self confidence. i have a chance to be a facilitator if i join this program.

so, which program do i will choose to attend? please pray, hopefully i will find the answer.

the end.
english berhabukkkk. =.=

Ahad, 24 April 2011

Bertempat di kawasan tasik di perkarangan Masjid Negeri, Shah Alam, telah diadakan satu program anjuran Paksi Training iaitu MANTAP 2011. MANTAP stands for jasMani sihAt, rohaNi Terisi, mindA Pintar. Program ini adalah program kedua yang saya sertai pada tahun ini selepas program PASRAH pada Februari lepas bertempat di UIAM.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi ta'aruf, slot talk daripada Dr. Faizatul (kak ija) yang merupakan pakar Hepatology di Hospital Selayang. Beliau sudah berkahwin, mempunyai seorang mujahid berusia setahun lapan bulan dan bakal dikurniakan seorang lagi khalifatullah pada bulan Ogos nanti. InsyaALLAH. cemburu sungguh saya. =.=

Selepas itu, diadakan pula sukaneka dan explorace. Saya yang pada mulanya ragu-ragu untuk menyertai explorace kerana takut semput, membuat keputusan untuk join sekali. Bukan selalu dapat keluarkan peluh. Tetapi rasa agak nak pengsan kerana terpaksa membuat dua pusingan tasik demi mencari chekpoint yang disediakan. X.x

Cerita pasal chekpoint, ia adalah berkaitan dengan kisah serikandi Islam seperti Maryam, Nusaibah, Sumaiyah, Khaulah, Asma dan Khadijah. (sila klik pada nama untuk mengetahui kisah mereka dengan lebih lanjut.

Pengajaran daripada program ini adalah kita perlu ambil tahu tentang kisah sahabiah, jangan terlalu fokus pada kisah sahabat sahaja. Kedua, jadikan para sahabiah sebagai contoh dan berazam untuk jadi tabah dan cekal seperti mereka. Ya, kita adalah wanita yang penuh kelembutan tapi tidak ada salahnya jika kelembutan itu ditapis dengan ketegasan dan keberanian terutama dalam mengharungi hidup pada dunia akhir zaman ini. Ketiga, perlu sentiasa bekerjasama dan bijak dalam merancang strategi.

Sekian sahaja laporan daripada Cik Amira. Semoga berjumpa lagi pada masa akan datang. InsyaALLAH.

Wallahua'lam.

23 April 2011

assalamualaikum.

nak cerita pasal apa eh? done with economy paper. X.x lepas ni business plak.

oh, saya dah dapat hidayah. heheh. doakan semoga istiqamah. dan kepada rakan2, sila support saya ye.

and for my family, please be patient. ada hikmahnya di sebalik semua ni. DIA pasti akan tolong kita, insya Allah.

tadi ada students accident kat fakulti. T__T saya yang trauma tengok mereka. hilang semua ngantok dan mabuk. err. cancel plan nak amik lesen moto.

tata.

19 April 2011

swinging mood

assalamualaikum..

macam biasa, bila nak dekat exam tu baru la terkedek-kedek nak update blog, time tu jugak la idea nak menulis mencurah-curah ke ladang gandum. err =.= abaikan.

exam ade lagi dua hari, tapi baru 30% preparation. kau ingat kau genius sangat ke amira? *istighfar.

as usual, aku ada idea nak tulis tapi masa mencemburui kita. sebenarnya malas adalah punca utama. X.x

all the best. tata.

14 April 2011

syukur

assalamualaikum..

hati saya dup dap dup dap sekarang ni.. bukan dup dap dup dap sebab nak kawen ye, tapi sebab nak exam.. =.= okay, stop talking about that. tak tahu la carry mark macam mana. tak tahu boleh dapat dekan ke tak. harap dapat buat yang terbaik untuk final exam nanti. insya Allah.

Alhamdulillah diberi rezeki yang melimpah ruah sejak kebelakangan ini.. =)
boleh simpan untuk kawen. eh tak, untuk belajar. =.="

pray the best for me.

11 April 2011

not bad

about the camping. it was great. tak tau nak tulis banyak2. err, senang cite malas. hehe. btw, terima kasih komander!

08 April 2011

esok kem. sorry and thank you for everything. doakan selamat pergi dan selamat pulang.

07 April 2011

quick post

assalamualaikum

there are about 13 days before the war. sila seimbangkan dunia dan akhirat. niat kerana Allah. dan semoga dipermudahkan segalanya. ameen.

03 April 2011

tak sedar diri

assalamualaikum...........


ya, saya sangat tak sedar diri... dengan sesungut dan migrain.. tengah hari tadi sambar horlick ais.. lepas jogging tadi sambar ais krim.. dan sekarang sedang menghirup air soya yang sejuk... padahal dua-dua sakit tu tak hilang lagi.. lepas ni bakal ada yang terlantar di atas katil macam malam tadi.. sekarang pun dah boleh rasa effect dia.. X_x

got to go, go go go go go go

02 April 2011

istikharah cinta

by sigma


Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Di istikharah cinta

01 April 2011

kita

assalamualaikum.

semoga ini yang terbaik. semoga sentiasa dirahmati olehNya.