28 March 2011

ujian yang indah

jika anda berkata bahawa membaca sahaja sudah cukup, itu dusta. kerana membaca sahaja tidak cukup jika tidak diseimbangkan dengan pergantungan kepada Allah. jika anda berjaya dengan membaca sahaja, makanya Allah sedang menguji anda. jadi berjaga-jagalah. kerana nikmat kejayaan itu bakal ditarik bila-bila masa. bersyukur dengan setiap kurniaan-Nya. Alhamdulillah. =)

19 March 2011

sentap

assalamualaikum

as you all know, saya ada banyak tugasan yang perlu diselesaikan. tapi kalau dah kat rumah, faham-faham je la kan. dengan internet super duper laju, jadi ia telah mempengaruhi mood study saya. hehe.

macam biasa, online memanjang. tapi tiba-tiba si kecil fifi bertanya, "akak cakap ada banyak kerja, buat la. ni bukan buat kerja." aku macam, "errr. how come budak kecik ni tahu aku tak buat kerja." =.=

moral of the story, sila offline sekarang.

18 March 2011

list of my tasks

assalamualaikumm

saya ada lagi sebulan sebelum final exam. jadi saya harus menggunakan masa itu dengan sebaik-baiknya.

31 march 2011- quiz 2 osm 402
4 april 2011- submission date group project osm 402
6 april 2011- test 2 eco 415, submit summary eco 415, submit group assignment osm 401.
9-10 april 2011- kem ikhtiar hidup kesatria.
11 april 2011- submit past year exam eco 415, submit summary osm 401.

final exam is within 20 april till 8 may 2011.

what can i do now?
struggle, try harder. at the same time do not forget to pray, i mean seimbangkan duniawi dan ukhrawi. dont you get it?

dah takde masa nak bercinta. =.=

jadi kawan-kawan tolong la doakan semoga segalanya dipermudahkan ye. doakan saya sentiasa sabar dan bersangka baik pada orang lain. sangat penting tu!

tata~

17 March 2011

blank

nak update tapi tak tahu nak tulis apa. skill menulis saya semakin tenggelam.
maaf.

06 March 2011

semoga

semoga berjaya menjadi gadis terindah dalam khusyuk sujudmu..
semoga berjaya menjadi gadis terindah dalam damai zikirmu..
semoga berjaya menjadi gadis terindah dalam tenang jiwamu..
semoga berjaya menjadi gadis terindah dalam sempurna keredhaanmu..
semoga berjaya menjadi gadis terindah dalam deras air mata cintamu pada-Nya..
semoga berjaya menjadi gadis terindah dalam manis senyuman, walau badai sedang melanda hati, namun tetap tenang, kerana limpahan rahmat dan ayat-ayat suci Tuhan Yang Agung..

semoga ini ada hikmahnya <3