24 October 2011

24 Oct 2011

Assalamualaikum

Apa khabar rakan-rakan mayaku sekalian? Semoga sihat sejahtera hendaknya. (kenapa ayat macam nak buat surat tak rasmi ni? haha)

Melihat entri sebelum ini, membuatkan diri tertawa seketika. Entah hormon apa yang tak seimbang sehingga terhasil entri itu. Huhu. Sekarang, setelah berfikir masak-masak, hati mampu bersabar menunggu masa yang sesuai. Kalau tak, rasanya Ahad lepas dah selamat kot.

Sekarang sudah mula busy dengan kuiz dan assignments. Tetapi sikap masih tidak berubah. Terlalu banyak noda hitam dalam hati barangkali hingga terlalu sukar melakukan kebaikan. Doakan saya semoga menjadi hamba yang rajin, pelajar yang rajin, anak yang rajin, dan isteri yang rajin. :p Ops, lama lagi sebenarnya. Tapi doa-doa je la ye semoga dipercepatkan dan dipermudahkan segala urusan.

Jaga diri ya kawan-kawan.
=)

No comments: