29 April 2011

update lagi

Assalamualaikum kawan-kawan. Hari ni saya terasa nak membebel banyak-banyak. Selamat membaca. Kalau tak nak baca boleh keluar daripada page ni. Hee.

Sebelum ni saya start follow blog orang sebab dia sebaya. Ni semua gara Republic of 1991. Jadi memang kebanyakan blog yang saya follow adalah geng-geng republican. Kemudian bila dah dapat hidayah, ia bertukar sedikit. Mula rajinkan diri follow blog yang islamic sikit. I mean, dari kalangan ikhwah akhwat. And now, bila usia menginjak ke angka 20 (belum genap lagi) pattern tersebut mula berubah. Dah start follow blog married person. Dan kebanyakannya dari golongan yang saya sebut tadi. Bukan kata tak nak follow mereka yang biasa-biasa, ada juga sebenarnya. Tapi bila baca post daripada mereka ni, saya rasa cemburu. Nak rasa seperti mereka. Nak jadi seperti mereka. Semoga dengan follow blog mereka, saya dapat mengutip ilmu dan pengalaman. Insya Allah.

Pada mereka yang tahu, saya sudah berubah sedikit demi sedikit. Semoga istiqamah ya Amira. Tapi belum ada yang tanya kenapa saya berubah. Kalau ada yang tanya, saya nak bagi jawapan macam ni. "Demi masa depan anak-anak. Saya nak anak-anak saya hidup dengan tarbiyah Islam sekaligus menjadikan Islam sebagai cara hidup. Sesungguhnya saya juga sedang berusaha ke arah itu. Jadi, saya yang perlu berubah ke arah kebaikan bagi memastikan mereka juga berada dalam keadaan yang sama. Sam juga konsepnya dengan mencari jodoh. Sebelum mencari yang soleh, kita perlu jadi solehah dulu. Barulah saling melengkapi. Insya Allah." Munasabah tak jawapan? Hehe. Tetapi faktor utama sudah pasti mahu mencari keredhaan Allah. Semoga diampunkan dosa-dosa saya yang silam.

Seterusnya, tentang Fifi. Lepas sihat demam ni, dah mula nampak badan dia naik sikit. Mulut pun tak reti nak diam. Antara celotehnya, "Kakak ni garang macam kakak upin dan ipin la. Dah la adik takde opah, adik ada nenek je." Opah dengan nenek tu sama je la. =.=

Sekarang rasa macam nak makan KFC. nyum2. Cake pecan butterscotch pun sedap gak. Big Apple pun nampak menyelerakan. Haihh, camne nak kurus ni?

No comments: