25 April 2011

Ahad, 24 April 2011

Bertempat di kawasan tasik di perkarangan Masjid Negeri, Shah Alam, telah diadakan satu program anjuran Paksi Training iaitu MANTAP 2011. MANTAP stands for jasMani sihAt, rohaNi Terisi, mindA Pintar. Program ini adalah program kedua yang saya sertai pada tahun ini selepas program PASRAH pada Februari lepas bertempat di UIAM.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi ta'aruf, slot talk daripada Dr. Faizatul (kak ija) yang merupakan pakar Hepatology di Hospital Selayang. Beliau sudah berkahwin, mempunyai seorang mujahid berusia setahun lapan bulan dan bakal dikurniakan seorang lagi khalifatullah pada bulan Ogos nanti. InsyaALLAH. cemburu sungguh saya. =.=

Selepas itu, diadakan pula sukaneka dan explorace. Saya yang pada mulanya ragu-ragu untuk menyertai explorace kerana takut semput, membuat keputusan untuk join sekali. Bukan selalu dapat keluarkan peluh. Tetapi rasa agak nak pengsan kerana terpaksa membuat dua pusingan tasik demi mencari chekpoint yang disediakan. X.x

Cerita pasal chekpoint, ia adalah berkaitan dengan kisah serikandi Islam seperti Maryam, Nusaibah, Sumaiyah, Khaulah, Asma dan Khadijah. (sila klik pada nama untuk mengetahui kisah mereka dengan lebih lanjut.

Pengajaran daripada program ini adalah kita perlu ambil tahu tentang kisah sahabiah, jangan terlalu fokus pada kisah sahabat sahaja. Kedua, jadikan para sahabiah sebagai contoh dan berazam untuk jadi tabah dan cekal seperti mereka. Ya, kita adalah wanita yang penuh kelembutan tapi tidak ada salahnya jika kelembutan itu ditapis dengan ketegasan dan keberanian terutama dalam mengharungi hidup pada dunia akhir zaman ini. Ketiga, perlu sentiasa bekerjasama dan bijak dalam merancang strategi.

Sekian sahaja laporan daripada Cik Amira. Semoga berjumpa lagi pada masa akan datang. InsyaALLAH.

Wallahua'lam.

No comments: