31 December 2011

dua ribu sebelas

tahun 2011
penuh dengan suka duka
terima kasih dia, terima kasih sahabat, terima kasih keluarga
hati yang terluka, dicurah cuka, bertambah luka jadinya
terima kasih pada yang mencurah cuka
terima kasih Allah, beri aku ujian supaya ku sedar iman ku cuma senipis bawang
penutup 2011 bukan seindah yang disangka
salah aku, salah saya, salah siti nor amira
tapi aku hanya manusia biasa
terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya
terimalah akibatnya amira.
oh, sakitnya hati.
istighfar banyak2 amira...

2012
semoga membawa seribu kebaikan
semoga membawa sejuta kebahagiaan
sungguh, aku damba kebahagiaan itu ya Allah

kepada dia
semoga berbahagia

kepada dia
semoga berbahagia juga

terima kasih kalian, buat aku bahagia, buat aku terluka, buat aku sedar, aku ini muslimah.
ampuni kami ya Allah.






hatikosong

27 December 2011

27122011

assalamualaikum
merujuk pada status terkini fb
ya, saya tidak sihat.
semoga menjadi penawar dosa silam

bittaufiq wannajah untuk kawan-kawan yang ada exam
jangan lupa study
*pesanan buat diri sendiri sebenarnya :p

17 December 2011

17122011

Allah tidak membebani seseorang melainkan
sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat
pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya
dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang
dikerjakannya. (Al-Baqarah : 286) .


bersabarlah...

15 December 2011

15122011

assalamualaikum
tidak banyak yang sempat dikongsikan sepanjang berada di semester dua. tinggal seminggu untuk kuliah. seminggu study week. 5,6,9,12, 15,18 final exam.

sedang menahan sesuatu yang tidak boleh diungkapkan. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Ampunkan daku Ya Allah.

ilalliqa'

11 December 2011

11122011

for the first time ever
saya kecewa
ya Allah............... =((

09 December 2011

niat

sentiasalah perbaharui niat
semuanya kerana Allah
kerana mahu redha-Nya.

terima kasih sarah najwa
<3

06 December 2011

6 dec

sabarlah wahai hati.
Astaghfirullahalazim.

20 November 2011

20112011

i love babies
dah sampai seru jadi ummi agaknya
hehe
doakan ye semoga dipermudahkan.
ameen

*baru pulang dari ta'lim di Seksyen 2. semoga rajin untuk berkongsi dengan anda.

17 November 2011

17 nov

no words
merintih dalam hati
=(

Semoga Dia permudahkan.

14 November 2011

sesat

Assalamualaikum. Alhamdulillah dapat sampai rumah dalam jam 8.30p.m. tadi. Saya dan classmates pergi temuramah syarikat di Bangi bagi menyelesaikan projek untuk subjek Record Management. Diberi ujian apabila sesat semasa pulang. Bukanlah sesat, cuma tak alert kat simpang dan bila terlepas terpaksa melalui highway yang menyeramkan. Kanan kiri tasik yang sangat luas. Cuba bayangkan. Waktu malam. Semua perempuan. Saya sebagai driver tidak habis-habis menyalahkan diri. Huk.

So.. Puncak Alam - Ingress - Ice Room - makan kat kedai tomyam - Billion - patah balik kat area perindustrian - Puncak Alam + sesat

Really exhausted. Drive kereta manual. Tapi best, quite adventure. Hehe.

I dont know what to do. At first, USB flash drive je kena virus. Hmm.. susah la nak cakap.. stress sebab virus ni.. Ya Allah, permudahkanlah urusanku. Rasanya memang kena format laptop ni. Huk.

Okay la. Jom study. Tenangkan hati. Redhakan dengan apa yang telah berlaku. Usaha untuk buat yang terbaik. <3

13 November 2011

13 Nov

Assalamualaikum. Sorry for those yang ziarah ke blog ni, maaf sebab tak sempat nak melawat blog anda. Tuan punya blog busy. Hehe.

Selamat berjaya pada yang mengambil peperiksaan SPM. Juga pada sesiapa yang akan menghadapi peperiksaan, termasuk saya.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

03 November 2011

3 November 2011

Assalamualaikum.

Dah jumpa usb flash drive! Hehe. Tertinggal masa kelas typing kat computer lab, then student yang masuk lepas kelas saya bagi benda tu kat lecturer. Nasib baik lecturer yang sama yang ajar saya. Huhu. Dan nasib baik juga student tu amanah. Terima kasih Pn Suryani sebab simpankan usb flash drive saya. Dia pesan, "next time be careful." Hee. Baik puan.

Tiba-tiba rasa nak nak jadi lecturer. Hehe. Semoga tercapai impian.

Esok ada oral test Mandarin. Sempat lagi kan nak online2 bagai. Bak kata housemates, otai la Mira ni. Segala assignment buat last minute. Jangan contohi saya.

Dalam proses merajinkan diri. Dalam proses memperbaiki diri supaya lebih solehah, boleh dapat suami soleh. Ameen. XD

27 October 2011

27 oct

assalamualaikum

saya tertinggal usb flashdrive kat makmal komputer selasa lepas. ni dah hari khamis. agak2 selamat lagi tak?
T__T

24 October 2011

24 Oct 2011

Assalamualaikum

Apa khabar rakan-rakan mayaku sekalian? Semoga sihat sejahtera hendaknya. (kenapa ayat macam nak buat surat tak rasmi ni? haha)

Melihat entri sebelum ini, membuatkan diri tertawa seketika. Entah hormon apa yang tak seimbang sehingga terhasil entri itu. Huhu. Sekarang, setelah berfikir masak-masak, hati mampu bersabar menunggu masa yang sesuai. Kalau tak, rasanya Ahad lepas dah selamat kot.

Sekarang sudah mula busy dengan kuiz dan assignments. Tetapi sikap masih tidak berubah. Terlalu banyak noda hitam dalam hati barangkali hingga terlalu sukar melakukan kebaikan. Doakan saya semoga menjadi hamba yang rajin, pelajar yang rajin, anak yang rajin, dan isteri yang rajin. :p Ops, lama lagi sebenarnya. Tapi doa-doa je la ye semoga dipercepatkan dan dipermudahkan segala urusan.

Jaga diri ya kawan-kawan.
=)

20 October 2011

20 Oct 2011

10:48 a.m.
macam dah sampai seru
hehe

12 October 2011

12 oct 2011

assalamualaikum
first of all, nak tanya. ada ke sesiapa yang dari puncak alam yang baca blog saya? hopefully tak ramai la ye, dan tak rapat dengan saya. kalau ada, baik mengaku sekarang! ;p

perkara pertama
assignment dah mula menimbun. sila buang sifat malas anda amira.

perkara kedua
d_b
=.=

* doakan saya murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan. ameen.

jaga diri ya rakan2 sekalian.

21 September 2011

speechless

Assalamualaikum.

Amira sekarang tak sama dengan Amira yang dulu. Terlalu banyak yang tersirat dihatinya, yang tak mampu diterjemah melalui kata-kata. Makanya, agak sukar untuk berkongsi cerita-cerita indah dunia kampus. Maaf. Bagi saya masa ya. Doakan semuanya dipermudahkan.

<3

10 September 2011

menuju puncak

assalamualaikum

esok pagi akan mendaki puncak. err, berangkat ke puncak alam je. =.=

doakan semua berjalan lancar dan dilindungi Allah selalu.

tata~

07 September 2011

7 Sept 2011

Assalamualaikum.

Semalam selesai sudah beraya bersama kawan-kawan sekerja. Sangat gembira. Sebelum terlambat, tuan punya blog nak minta maaf kalau ada salah silap. Kalau ada yang tak puas hati tu tegur-tegur lah ye.

Hari ni pergi Puncak Alam, letak barang kat rumah sewa. Not Bad. Cukuplah untuk duduk situ satu sem. Semoga segalanya baik-baik saja dan berjalan dengan lancar.

Mohon doa daripada kalian, semoga segalanya berjalan dengan lancar.

05 September 2011

kan saya dah kata

mengharap biar pada yang sudi. sebab kalau dia tak sudi hancur la harapan kita.

*tengah kumpul mood nak tulis panjang2. sabar ye syg.

04 September 2011

14 August 2011

salam ramadhan

ada orang rindu aku tak?

mesti takde kan

hehe

take care

13 July 2011

26 June 2011

online banking

sejak kembali memegang status gadis bekerjaya ni, saya dah takde masa nak bershopping. tipu semata-mata.

harus register for online banking untuk memudahkan segala urusan. XD

19 June 2011

baju kurung

Dah lama tak pakai baju kurung. Hari ni nak pergi kerja pakai baju kurung boleh tak?

kau ingat kau kerja kat office?? even orang yang kerja kat office tu pun ada uniform gak.

=.="

17 June 2011

result sem 1

alhamdulillah
sangat sangat bersyukur
terima kasih pada semua lecturer..
maaf pada puan xxxxx sebab tak dapat perform well dalam subjek puan =.=

semoga ini menjadi satu titik tolak untuk berusaha lebih lagi sekaligus meninggalkan zaman kejatuhan yang berlangsung selama tiga tahun setengah. insyaAllah.

again,
ALHAMDULILLAH =)

07 June 2011

7 Jun

dapat cuti selepas bekerja tiga belas hari berturut-turut adalah hadiah hari jadi terbaik.
=)

04 June 2011

bye

kadang-kadang menyepi tu lebih baik
kot

sorry guys
aku ada je kat sini, let me know if there is anything happen.

22 May 2011

Jom Kahwin Muda!

*tajuk entry ini bakal menimbulkan kontroversi dalam kalangan keluarga, rakan-rakan dan mereka yang mengenali saya. tetapi jangan terkejut, belum sampai seru lagi untuk saya berkahwin walaupun keinginan itu tetap ada.


AYAT-AYAT KAHWIN MUDA
E-book ini lain daripada buku-buku perihal pernikahan yang wujud di pasaran. Hal ini kerana saya telah banyak membaca buku-buku tersebut. nampak sangat nak kawen. =.=

Perbezaannya?
1) Tips mendapat restu daripada ibu bapa yang melarang kita kahwin awal, yang mana dengan tips-tips hebat ini akhirnya akan melembutkan hati mereka. Insya ALLAH.
2) Cara mengumpul duit kahwin dengan jalan yang terbukti berkesan dan halal. Yang penting bukan MLM.

Selain itu, turut diselitkan video temubual bersama tokoh terkemuka, prosedur sebelum berkahwin dan petua kesihatan wanita.

Jadi, sila beli sementara harga promosi masih ada. Jangan terlambat, nanti rugi. =)

Anda nak beli? Klik sini.

Promot la pada rakan2 juga ya. :p

20 May 2011

rahsia

rasa hati ini
hanya Dia yang tahu
tidak mampu diluahkan pada sesiapa
tersimpan kemas di lubuk hati

sendiri
memendam rasa
menahan pedih
menanggung derita

gagal

ya, saya gagal dalam perjuangan yang satu ini. sudah berputus asa. maaf.

10 May 2011

selesai sudah part 1

mari berjimba. haha

things to do during this 4 months holiday
1) kerja mencari rezeki yang halal
2) belajar masak demi masa depan suami dan anak2
3) bercinta dengan si DIA
4) hafal juzuk ke 30 dan cari maklumat tentang 10 sahabat yang dijamin masuk syurga
5) mengeratkan silaturrahim sesama muslim
6) mencari jodoh. tetttttttttttttttttttt

happy holiday guys!

07 May 2011

keputusan

it is really hard to make decision...

06 May 2011

6 mei 2011, 9.57 a.m.

woot woot
2.45 p.m. ni exam la makcik
apekejadah kau pegi on9 time org lain duk struggle study?
=.=

well
biasa la
aku suka on9 time saat genting mcm ni
haha

salahkan mamat ni
aku terbaca entry dia
pastu tetiba rasa nak post entry gak
:p

tapi tak la nak cakap pasal brek kereta
reti plak aku nak cakap pasal benda alah tu
=.=

just nak share pendapat
perbandingan antara kereta auto dengan manual

AUTO
super best sebab tak payah susah2 nak tukar gear
tapi kalau jalan jauh confirm ngantukk sebab relax sangat

MANUAL
best juga sebab mencabar daya fizikal dan mental. haha
terasa sangat pro bila dapat drive kete manual. lol

tapi aku rasa kalau kat puncak alam ni tak tahu la mampu ke tak nak drive manual. jalan berbukit bukau. =.=


btw, lesen P dah tamat tempoh. weeeeeeee.
oke, aku tau aku lambat drpd korang. =.=

03 May 2011

human

aku manusia biasa
punya perasaan
tolonglah faham





Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah:216)




bersabarlah....



02 May 2011

confession

sabar







ni semua dugaan






ya, aku memang dah bersedia dengan benda ni









tapi bila dah betul2 confirm rasa sangat sedih


















sebab most of them dapat














dan aku



















seperti biasa


















keseorangan

















dari dulu











sekarang



















akan datang





















tapi

















aku ada DIA




















bersyukur la wahai diri


















ada hikmah di sebalik semua ni



















teruskan bersabar




















dan bersyukur


















dengan apa yang ada



















terlalu banyak nikmat yang telah diberi




















bersyukurlah






















kau hanya hamba






















T__T

29 April 2011

update lagi

Assalamualaikum kawan-kawan. Hari ni saya terasa nak membebel banyak-banyak. Selamat membaca. Kalau tak nak baca boleh keluar daripada page ni. Hee.

Sebelum ni saya start follow blog orang sebab dia sebaya. Ni semua gara Republic of 1991. Jadi memang kebanyakan blog yang saya follow adalah geng-geng republican. Kemudian bila dah dapat hidayah, ia bertukar sedikit. Mula rajinkan diri follow blog yang islamic sikit. I mean, dari kalangan ikhwah akhwat. And now, bila usia menginjak ke angka 20 (belum genap lagi) pattern tersebut mula berubah. Dah start follow blog married person. Dan kebanyakannya dari golongan yang saya sebut tadi. Bukan kata tak nak follow mereka yang biasa-biasa, ada juga sebenarnya. Tapi bila baca post daripada mereka ni, saya rasa cemburu. Nak rasa seperti mereka. Nak jadi seperti mereka. Semoga dengan follow blog mereka, saya dapat mengutip ilmu dan pengalaman. Insya Allah.

Pada mereka yang tahu, saya sudah berubah sedikit demi sedikit. Semoga istiqamah ya Amira. Tapi belum ada yang tanya kenapa saya berubah. Kalau ada yang tanya, saya nak bagi jawapan macam ni. "Demi masa depan anak-anak. Saya nak anak-anak saya hidup dengan tarbiyah Islam sekaligus menjadikan Islam sebagai cara hidup. Sesungguhnya saya juga sedang berusaha ke arah itu. Jadi, saya yang perlu berubah ke arah kebaikan bagi memastikan mereka juga berada dalam keadaan yang sama. Sam juga konsepnya dengan mencari jodoh. Sebelum mencari yang soleh, kita perlu jadi solehah dulu. Barulah saling melengkapi. Insya Allah." Munasabah tak jawapan? Hehe. Tetapi faktor utama sudah pasti mahu mencari keredhaan Allah. Semoga diampunkan dosa-dosa saya yang silam.

Seterusnya, tentang Fifi. Lepas sihat demam ni, dah mula nampak badan dia naik sikit. Mulut pun tak reti nak diam. Antara celotehnya, "Kakak ni garang macam kakak upin dan ipin la. Dah la adik takde opah, adik ada nenek je." Opah dengan nenek tu sama je la. =.=

Sekarang rasa macam nak makan KFC. nyum2. Cake pecan butterscotch pun sedap gak. Big Apple pun nampak menyelerakan. Haihh, camne nak kurus ni?

terima kasih

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (Al-Baqarah:286)

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Al-Ankabut:2-3)

Berdasarkan ayat di atas, jelaslah bahawa Allah akan memberi ujian kepada kita untuk mengukur sejauh mana dan seteguh mana tahap keimanan kita. Sebagai muslim yang beriman, adalah disarankan supaya kita bersabar dan bersyukur dengan setiap yang ada. Hadapi ujian dengan hati yang terbuka walaupun ia bukan diundang.

Sesungguhnya kami sedang diuji. Dan kami cuba untuk menghadapinya dengan sabar. Kami juga cuba untuk bersyukur dengan apa yang ada. Dan Alhamdulillah, sangat sangat bersyukur apabila ada yang datang menawarkan pertolongan tanpa diminta. Jutaan terima kasih kepada beliau. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian dan semoga kalian sentiasa mendapat rahmat daripadaNya. Ameen.

25 April 2011

invitation

there are some people asked me to join their programs. from two organizations, so there are two programs that i need to attend, if i want. both programs are beneficial but i do not know how to decide. previously, i have decided to not attend for both programs. because i have some problem. what is that problem? only Him know.

one. more on spiritual. err, betol ke ayat ni?

second, more on self confidence. i have a chance to be a facilitator if i join this program.

so, which program do i will choose to attend? please pray, hopefully i will find the answer.

the end.
english berhabukkkk. =.=

Ahad, 24 April 2011

Bertempat di kawasan tasik di perkarangan Masjid Negeri, Shah Alam, telah diadakan satu program anjuran Paksi Training iaitu MANTAP 2011. MANTAP stands for jasMani sihAt, rohaNi Terisi, mindA Pintar. Program ini adalah program kedua yang saya sertai pada tahun ini selepas program PASRAH pada Februari lepas bertempat di UIAM.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi ta'aruf, slot talk daripada Dr. Faizatul (kak ija) yang merupakan pakar Hepatology di Hospital Selayang. Beliau sudah berkahwin, mempunyai seorang mujahid berusia setahun lapan bulan dan bakal dikurniakan seorang lagi khalifatullah pada bulan Ogos nanti. InsyaALLAH. cemburu sungguh saya. =.=

Selepas itu, diadakan pula sukaneka dan explorace. Saya yang pada mulanya ragu-ragu untuk menyertai explorace kerana takut semput, membuat keputusan untuk join sekali. Bukan selalu dapat keluarkan peluh. Tetapi rasa agak nak pengsan kerana terpaksa membuat dua pusingan tasik demi mencari chekpoint yang disediakan. X.x

Cerita pasal chekpoint, ia adalah berkaitan dengan kisah serikandi Islam seperti Maryam, Nusaibah, Sumaiyah, Khaulah, Asma dan Khadijah. (sila klik pada nama untuk mengetahui kisah mereka dengan lebih lanjut.

Pengajaran daripada program ini adalah kita perlu ambil tahu tentang kisah sahabiah, jangan terlalu fokus pada kisah sahabat sahaja. Kedua, jadikan para sahabiah sebagai contoh dan berazam untuk jadi tabah dan cekal seperti mereka. Ya, kita adalah wanita yang penuh kelembutan tapi tidak ada salahnya jika kelembutan itu ditapis dengan ketegasan dan keberanian terutama dalam mengharungi hidup pada dunia akhir zaman ini. Ketiga, perlu sentiasa bekerjasama dan bijak dalam merancang strategi.

Sekian sahaja laporan daripada Cik Amira. Semoga berjumpa lagi pada masa akan datang. InsyaALLAH.

Wallahua'lam.

23 April 2011

assalamualaikum.

nak cerita pasal apa eh? done with economy paper. X.x lepas ni business plak.

oh, saya dah dapat hidayah. heheh. doakan semoga istiqamah. dan kepada rakan2, sila support saya ye.

and for my family, please be patient. ada hikmahnya di sebalik semua ni. DIA pasti akan tolong kita, insya Allah.

tadi ada students accident kat fakulti. T__T saya yang trauma tengok mereka. hilang semua ngantok dan mabuk. err. cancel plan nak amik lesen moto.

tata.

19 April 2011

swinging mood

assalamualaikum..

macam biasa, bila nak dekat exam tu baru la terkedek-kedek nak update blog, time tu jugak la idea nak menulis mencurah-curah ke ladang gandum. err =.= abaikan.

exam ade lagi dua hari, tapi baru 30% preparation. kau ingat kau genius sangat ke amira? *istighfar.

as usual, aku ada idea nak tulis tapi masa mencemburui kita. sebenarnya malas adalah punca utama. X.x

all the best. tata.

14 April 2011

syukur

assalamualaikum..

hati saya dup dap dup dap sekarang ni.. bukan dup dap dup dap sebab nak kawen ye, tapi sebab nak exam.. =.= okay, stop talking about that. tak tahu la carry mark macam mana. tak tahu boleh dapat dekan ke tak. harap dapat buat yang terbaik untuk final exam nanti. insya Allah.

Alhamdulillah diberi rezeki yang melimpah ruah sejak kebelakangan ini.. =)
boleh simpan untuk kawen. eh tak, untuk belajar. =.="

pray the best for me.

11 April 2011

not bad

about the camping. it was great. tak tau nak tulis banyak2. err, senang cite malas. hehe. btw, terima kasih komander!

08 April 2011

esok kem. sorry and thank you for everything. doakan selamat pergi dan selamat pulang.

07 April 2011

quick post

assalamualaikum

there are about 13 days before the war. sila seimbangkan dunia dan akhirat. niat kerana Allah. dan semoga dipermudahkan segalanya. ameen.

03 April 2011

tak sedar diri

assalamualaikum...........


ya, saya sangat tak sedar diri... dengan sesungut dan migrain.. tengah hari tadi sambar horlick ais.. lepas jogging tadi sambar ais krim.. dan sekarang sedang menghirup air soya yang sejuk... padahal dua-dua sakit tu tak hilang lagi.. lepas ni bakal ada yang terlantar di atas katil macam malam tadi.. sekarang pun dah boleh rasa effect dia.. X_x

got to go, go go go go go go

02 April 2011

istikharah cinta

by sigma


Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Di istikharah cinta

01 April 2011

kita

assalamualaikum.

semoga ini yang terbaik. semoga sentiasa dirahmati olehNya.

28 March 2011

ujian yang indah

jika anda berkata bahawa membaca sahaja sudah cukup, itu dusta. kerana membaca sahaja tidak cukup jika tidak diseimbangkan dengan pergantungan kepada Allah. jika anda berjaya dengan membaca sahaja, makanya Allah sedang menguji anda. jadi berjaga-jagalah. kerana nikmat kejayaan itu bakal ditarik bila-bila masa. bersyukur dengan setiap kurniaan-Nya. Alhamdulillah. =)

19 March 2011

sentap

assalamualaikum

as you all know, saya ada banyak tugasan yang perlu diselesaikan. tapi kalau dah kat rumah, faham-faham je la kan. dengan internet super duper laju, jadi ia telah mempengaruhi mood study saya. hehe.

macam biasa, online memanjang. tapi tiba-tiba si kecil fifi bertanya, "akak cakap ada banyak kerja, buat la. ni bukan buat kerja." aku macam, "errr. how come budak kecik ni tahu aku tak buat kerja." =.=

moral of the story, sila offline sekarang.

18 March 2011

list of my tasks

assalamualaikumm

saya ada lagi sebulan sebelum final exam. jadi saya harus menggunakan masa itu dengan sebaik-baiknya.

31 march 2011- quiz 2 osm 402
4 april 2011- submission date group project osm 402
6 april 2011- test 2 eco 415, submit summary eco 415, submit group assignment osm 401.
9-10 april 2011- kem ikhtiar hidup kesatria.
11 april 2011- submit past year exam eco 415, submit summary osm 401.

final exam is within 20 april till 8 may 2011.

what can i do now?
struggle, try harder. at the same time do not forget to pray, i mean seimbangkan duniawi dan ukhrawi. dont you get it?

dah takde masa nak bercinta. =.=

jadi kawan-kawan tolong la doakan semoga segalanya dipermudahkan ye. doakan saya sentiasa sabar dan bersangka baik pada orang lain. sangat penting tu!

tata~

17 March 2011

blank

nak update tapi tak tahu nak tulis apa. skill menulis saya semakin tenggelam.
maaf.

06 March 2011

semoga

semoga berjaya menjadi gadis terindah dalam khusyuk sujudmu..
semoga berjaya menjadi gadis terindah dalam damai zikirmu..
semoga berjaya menjadi gadis terindah dalam tenang jiwamu..
semoga berjaya menjadi gadis terindah dalam sempurna keredhaanmu..
semoga berjaya menjadi gadis terindah dalam deras air mata cintamu pada-Nya..
semoga berjaya menjadi gadis terindah dalam manis senyuman, walau badai sedang melanda hati, namun tetap tenang, kerana limpahan rahmat dan ayat-ayat suci Tuhan Yang Agung..

semoga ini ada hikmahnya <3

28 February 2011

kembaliiiiiii

assalamualaikummmmmmmmm

rindu saya tak? hehe

doakan saya sentiasa bersabar ye..

terima kasih.

<3

13 February 2011

selamat menunggu

bismillahirrahmanirrahim..

*tarik nafas panjang2 bila memikirkan hal itu. ya Allah, permudahkanlah urusan kami. ameen.

happy birthday to areefah. selamat menghadapi final exam bagi semua warga cfs nilai dan pj.

p/s:sila aminkan doa di atas. please please please.

28 January 2011

phewww

assalamualaikum

dah lama tak update sebab laptop rosak plus internet tak berapa best plus takde idea. takkan la hari hari nak cerita pasal tangga. mesti korang bosan.

nak buat announcement. saya nak kawen. serius. tunggu la wedding card ye. paling cepat pun lagi 3 tahun. tak nak lagi cepat. ingat senang ke nak jadi seorang pelajar dan isteri dalam satu masa? oh, tak mampu. semoga dipermudahkan oleh-Nya. ameen. kenapa nak kawen cepat? sebab korang ingat senang ke nak jaga hati? susah la wei. jadi daripada sakit jiwa rindu-rinduan baik kawen cepat cepat. :p

selamat bercuti selama seminggu. hari ni dah takde class tapi aku baik hati masih lagi di kolej ni. balik malam ni kot. nak siapkan kerja kerja dulu. melambak macam gunung. lepas cuti ada quiz dan test. semoga berjaya kepada rakan rakan dan diri saya sendiri.

09 January 2011

amira semakin berdikari

assalamualaikum.

semenjak kembali belajar di negeri selangor ni saya semakin berdikari ye rakan-rakan. sila tabik. :D

tak pernah pernah naik bus dari puncak alam pergi banting tiba-tiba reti naik bus. terima kasih pada mereka yang menjawab soalan saya. sebagai pengajaran, sila amalkan prinsip malu bertanya sesat jalan, walaupun di negeri sendiri.

itu sahaja yang mahu dikongsi. salam. =)

06 January 2011

minda berkata

kenapa badan aku sakit?
pastu kalau jalan rasa macam nak melayang.
low blood pressure kah atau mungkin high blood pressure.
or something else.
siapa baik bagi la jawapan.