24 December 2010

empat hari yang bernilai

assalamualaikum.

alhamdulillah, dapat bernafas lagi pada hari ni. syukur kepada-Nya.

1. empat hari yang bernilai akan digunakan untuk membuat segala persiapan. empat hari yang bernilai akan digunakan untuk menghabiskan masa bersama keluarga. empat hari yang bernilai akan digunakan untuk berehat sepenuhnya. err, sempat ke nak rehat? =.=

2. maaf pada kawan-kawan. ziqa, anis, ama, fiza, zaeisy, wani, ana, saidah. sorry sebab tak dapat jumpa dengan korang. T__T

3. hati sangat meronta-ronta untuk itu. tapi ia tak semudah yang dijangka. harap faham.

4. untuk anda. as i said before this, saya ni jahat orangnya. selepas hampir tiga bulan, baru-baru ni baru buat istikharah. and i got the answer. Dia palingkan hati saya. Dia nak saya berubah dulu sebelum fikir pasal tu. jadi izinkan saya hibernate, tak perlu la kita berhubung. andai sudah tersurat kita ada jodoh, maka Alhamdulillah. jika tidak, saya redha. akhir kata, maaf atas segala yang telah berlaku.

5. thankz to MME for all those experiences.

6. untuk kalian. jangan pernah berputus asa jika dilanda ujian. teruskan bersabar. moga ada hikmahnya.

salam sayang,
amira.

...

i have something to share.
click this.

13 December 2010

tagggg

1. Apa benda paling penting dalam hidup korang ?
udara

2. Benda terakhir yang korang beli guna duit korang ?
kfc

3. Di manakah tempat korang melangsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti ?
kat rumah.

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang ?
ya.

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang ?
sampai syurga

6. Di manakah korang selalu berjumpa kekasih korang ?
tak pernah jumpa

7. Novel/ buku/ majalah terakhir di beli
berapa harga segulung ijazah

8. Apakah nama penuh korang ?
siti nor amira abdul gohhar
9. Antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?
mak

10. Namakan orang yang betul2 korang nak jumpa dalam hidup korang.
suami =.=

11. Adakah korang basuh baju sendiri ?
kadang2

12. Di manakah tempat yang korang betul2 nak pergi ?
tanah suci

13. Pilih salah satu, peluk atau cium ?
both

14. Beritahu 3 benda tentang orang yang beri tag.
tinggi
wany
gmi

15. 5 benda yang paling disayangi dalam hidup anda.
phones
watch
clothes
shoes
laptop

16. Lagu yang paling anda suka dan selalu dengar.
maher zain's songs

17. Bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas.
7 jun 1991, kat uitm kuantan

18. 5 rakan blogger yang korang nak tag a.k.a. suspek yang perlu di cari..
malas nak tag =.=

10 December 2010

kerani berdikari.

assalamualaikum.

tiga hari bekerja berseorangan di pejabat adalah perkara yang tidak patut dicontohi. kejap pergi sana, kejap pergi sini. kena pergi pejabat pos, kedai gambar semua. then saya tanya, pejabat pos kat mana? terkedu mem. haha. dah dua bulan duduk sini pun masih tak tahu pejabat pos kat mana. =.= apa-apa pun, ia merupakan pengalaman yang sangat bermakna. err bermaknakah? whatever.

berkira-kira bila mahu letak jawatan. lalalala.

bila hidayah-NYA datang menggamit
hati masih keliru
mengapa harus begitu
sedangkan itu yang ditunggu-tunggu

semoga istiqamah =)

06 December 2010

letusan gunung berapi

assalamualaikum.
alhamdulillah, MAHA 2010 dah selesai. harap segala penat lelah sepanjang acara tersebut berbaloi. =D

satu.
2 days before MAHA, bos pegi holiday. 2 days after MAHA, project manager dan lagi sorang tu ntah apa jawatan dia tak ingat pulak hehe, nak pergi holiday. dah tu bila temporary clerk ni nak pergi holiday? ouh, saya holiday agak2 hujung bulan nanti ye. sekarang kena kerja keras kumpul duit.

dua.
awak datang nak hidupkan road tax dan insurans. saya cakap orang yang pakar buat benda tu takde kat ofis, awak datang esok ye, tak pun buat kat tempat lain. saya ni pekerja sementara je, memang tak ambil tahu pasal insurans sebab kerja saya berkaitan benda lain. tapi awak cakap awak nak buat kat sini jugak walaupun sebelum ni awak guna AmAssurance dan tahu kami guna Kurnia Assurance, tapi awak nak buat kat sini jugak sebab kononnya kenangkan bos kami. baik, awak tinggalkan segala dokumen dan deposit. punya la semangat nak hidupkan insurans kat sini kan. ngeh. esoknya orang yang pakar buat insurans tu datang awal2 pagi semata-mata nak hidupkan insurans awak. tapi entah kenapa, jadi sampai RM600. saya malas nak terangkan sebabnya. then bila saya call bagitahu pasal tu awak marah2 sebab tak bagitahu awak dulu insurans tu sampai RM600. heyyyyyyyy awak dah bersungguh2 nak buat kat sini dan kami pun dah hidupkan insurans tu tak perlu la nak membebel. lain kali buat je kt AmAssurance. bos kami tak harap la duit awak. saya benci pelanggan macam awak. memang law Kurnia macam tu, terima je la. ngeng la awak ni. huhhhh.

tiga.
saya paling pantang kalau orang cari pasal dengan saya. biar saya yang cari pasal dengan orang, tu takpe. hehe. saya paling pantang kalau orang cakap saya bodoh. ya, saya tahu saya tak berapa pandai tapi awak tu bijak sangat ke sampai nak cakap orang bodoh? mulut tu macam tak bayar zakat pulak ye. saya tahu english saya tak berapa nak okay tapi english awak sejuta kali tak okay. i cannot deny it. benda2 basic pun tak tahu, apatah lagi current issues. orang tanya pasal muet, awak tak tahu. orang cakap pasal maha, awak cakap saya merepek. heyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy event besar gedabak macam tu takkan tak pernah dengar. bila saya cakap event tu kat serdang awak boleh cakap serdang tu tempat hulu, awak tak amik tahu. adik saya pun tahu serdang kat mana. meaning that awak laaaaaaaaagi bodoh. tu pun tak nak mengaku. fine, tak nak mengaku takpe. tapi tolong la jadi orang yang sedar diri. jangan jadi bodoh sombong, bodoh yang tak boleh diajar. dan tolong jadi orang yang faham bahasa. saya cakap bahasa melayu, awak tak faham. english pun tak faham. nak suruh saya cakap bahasa apa?? bila saya cakap kasar awak kata saya jahat. bila saya cakap lembut awak pijak kepala. orang macam awak ni pantang diberi muka. bila tanya email tak reti, pastu nak kutuk phone saya pulak ye. heyyyyyyyyyyyyy suka hati saya la nak pakai phone buruk pun. ada saya susahkan awak?? rasa macam nak report polis je. err boleh ke nak report polis sebab ada stranger that keeping disturb me? seriously terganggu, mendatangkan gangguan emosi. tak pasal2 saya takde mood kat maha hari tu. nasib baik masa tu customer tak ramai. grrrrrrrrrrrr!

empat.
edisi kasih sayang. buat sahabat2 yang disayangi. baik lelaki mahupun perempuan. saya sayang anda semua. ya, saya akui sejak saya bekerja secara sementara ni saya jarang online, tak dapat spend time dengan anda. tapi sesungguhnya saya rindu saat2 itu. saya rindu anda semua. <3

lima.
dah tak tahu nak cakap apa. nanti kalau ada idea saya tulis lagi. salam.



p/s: esok ada majlis tahlil di rumah saya. jemput datang. =)