30 October 2010

risau, risau, risau, risau

oh, tajuk di atas bukan lagu Kalau Cinta Aliff Aziz ft Joanne tu ye. harap maklum.

aku risau pasal result yang akan keluar tak lama lagi. maybe 2nd of november. tak tahu nak cakap macam mana. masa exam hari tu takde perasaan langsung. oke, muka aku pun memang selalu macam tu kan. nak kata susah, tak la susah sangat. nak kata senang, tak la senang mana pun. tapi maybe Allah nak bagi hati aku tenang, tu yang takde perasaan tu. wallahua'lam. tapi sekarang ada perasaan ye. sangat takut dan sangat risau. takmo reseat paper. semoga Dia permudahkan jalanku. ameen.


tolong doakan aku supaya lulus semua paper.

27 October 2010

pleaseeeeeeeee la

stalk yourself
kalau dah kahwin, buat la cara orang dah kahwin
tak perlu nak flirt2 dengan orang
sheeeetttttttt

aku boleh dakwa kau atas kesalahan menyalahgunakan kuasa yang ada.
faham?
grrrrrr

promote

oke, hari ni nak promote satu company.. berpusat di melaka..
S.I.M.G. Enterprise or known as mutiara global enterprise..
ermm, sebenarnya takde la apa yang special sangat.. tapi sebab company ni dah banyak tolong saya, jadi saya sangat berbesar hati untuk promote company ni..

kalau korang nak tau, korang pegi kat website dia ye.. heee
click this

yang benar,
cik amira yang comel
XD


btw, saya teringin nak order barang untuk
dak2 rep ada suggestion tak?



emotional disturbance because of MAHA 2010

25 October 2010

excited

oke, tahu tak kenapa aku excited?
sebab tadi kak Alia call.. heeeeeeeeeeeeee
siapa yang kenal kak Alia tu faham2 la ye
*suke suke*

"akak tengok amira macam kuat je."
woaahhh.. akak tak tahu hakikatnya adalah sebaliknya =.=

"jaga diri, jaga iman."
nak nangis aku dengar pesanan dia T_T

tak sabar nak sambung belajar, semoga iman lebih terjaga. ada lagi dua bulan T__T
means lagi dua bulan la aku kena kerja. oh noooooooooo.
sabar ye. ni ujian namanya. tapi demi mencari pengalaman jugak. jadi bersabar la ye cik amira.

hari ni rindu semua orang

24 October 2010

jodoh

kalau dah jodoh tak kemana.. ayat tu dah biasa dengar kan? hari ni aku nak cakap pasal jodoh, tapi bukan bermakna jodoh aku dah sampai.. err.. on the way kot..lol

dulu masa zaman apa ntah dah tak ingat.. aku teringin nak cinta selepas kahwin.. hehe.. masa tu berangan je la kan.. kononnya kalau dah ada jejaka yang berkenan mahu masuk meminang, aku nak dia jumpa abang aku dulu.. hee.. bersedialah kena test dengan abang aku.. pastu baru jumpa mak abah aku pulak dan seterusnya adalah pertemuan dua keluarga, merisik, meminang, bertunang, dan nikah.. tapi ni angan2, tak tahu la boleh jadi kenyataan ke tak..huk

aku ni tak la sempurna.. tapi demand tinggi.. haih, sedar diri sikit amira.. =.=

pesanan buat para jejaka, kalau ada simpan perasaan pada si gadis, pendam la selagi boleh.. kalau dah tak tahan sangat, bagitahu kat keluarga atau rakan si gadis.. sambil2 tu boleh la risik2 sekali.. jangan diusik hati si gadis yang suci lagi murni itu.. huhu.. buruk padahnya..=.=

pesanan buat si gadis (especially diri sendiri), kalau ada minat pada sang jejaka, simpan je la.. kalau luahkan jadi fitnah pulak.. dan jagalah diri sebaik mungkin.. rajin2 la google artikel pasal gadis, banyak je yang boleh dipelajari.. jaga hati baik2, jangan pernah tergoda dengan ayat2 manis sang lelaki.. ayat2 cinta daripada DIA takpe.. =)

trapped between two path..hopefully i can find the way to seek for the truth..

siapa2 nak ngorat aku, meh la jumpa abang aku dulu

0126756591

XD

23 October 2010

cara kita berbeza

terasa mahu menjerit sepuas-puasnya
ini la kerja
deal with many person
macam2 ragam, macam2 perangai
tiredddddddddddddddd

19 October 2010

work again

bila ada something yang mahu dirujuk berkenaan kerja, aku terus jadi blur.
nak rujuk siapa eh.
haaa.. pastu muncul la nama2 mereka kat minda aku..
ahmad fuad
carl zafran
taufik iskandar
and what so ever
tapi sayang
sebab mereka hanya watak dalam novel =.=

back to reality amira!

14 October 2010

life getting hectic

urghhhhhhh
hari ni hari ke sepuluh aku kerja
sangat penat ye rakan2
penat fikir
sebab tugas utama kami di sini adalah berfikir =.=
fikir pasal pekerja2 bengkel
fikir pasal maha2010
fikir pasal flight workers untuk pergi sabah
fikir camne nak halau tikus pun ada.. lol

macam takde life da sebab bangun pagi, pergi kerja..
pastu balik kerja..
malam, rehat2 kejap pastu tidur
almost everyday macam tu
paling tension bila balik lambat..
buat masa ni rekod balik paling lambat adalah pukul 11.43malam =.=

nasib baik ada kerani2 senior yang sengal2
tak la tension sangat
hikss

mari sambung keje :p

11 October 2010

!#%&(@$^*)

tolong!
aku sesak nafas
eh, bukan
just macam susah nak bernafas
serius
ni la akibatnya kalau tak dengar kata2 Allah
=.=

tolong
selamatkan aku daripada terus hanyut
dibuai mimpi
sedarkan aku supaya kuat menempuh hidup

biarkan mereka
biarkan mereka
biarkan mereka
aku tak nak masuk campur hal mereka

tolong lindungiku YA ALLAH~


06 October 2010

i.m

i.... m....
sebaris nama yang aku stalk hari2.. haha
bengong betul..
as i said before, dia nak kawen 3 oct..
so now dah 6 oct, dah selamat menjalani beberapa malam la kot.. lol
tadi tangan ni gatal jugak nak p taip nama dia..
terpampang la profile pic terbaru..
gambar time nikah =.=
oke, sila berhenti jadi stalker sekarang amira!

jatuh cinta dengan lagu SENYUM
=)

03 October 2010

izinkan aku berpuitis seketika :p

andai mimpi itu indah
izinkan aku untuk terus bermimpi..
andai hidup itu lebih indah
berikan ruang untuk aku bernafas pada esok hari..

andai aku bisa memilih,
sudah lama ku pilih dia..
kerana dia berhak memilih,
maka aku tetap di sini, mendoakan kebahagiaannya..

andai aku seperti kalian,
sudah lama ku tunduk pada hati..
andai aku seperti mereka,
pasti aku tidak akan kalah dengan kata hati..
kerana aku adalah aku,
sering tersepit, lagi terkeliru..

andai aku lemah,
pasti aku rebah..
mujur kerana iman,
aku tetap berdiri, walau tidak segagah mana..

kerana aku tidak berhak memilih,
maka aku terus menunggu..
walau ku tidak tahu siapakah dirimu,
izinkan aku untuk terus menunggu..
kerana ku tahu masa itu pasti akan tiba,
semoga kamu sedar bahawa aku menunggumu..

istighfar banyak2