28 April 2010

bukan hanya sekadar penghibur
diriku ini sayang
bukan pula sekadar pelepas
rindumu oh sayang
sakit hatiku
kau buat begitu
kau datang dan pergi
sesuka hatimu
oh kejamnya dikau
teganya dikau padaku
kau pergi dan datang
sesuka hatimu
oh sakitnya hati
bencinya hati padamu
sakitnya hati ini
namun aku rindu
bencinya hati ini
tapi aku rindu


okay
cukup sudah sesi melayan perasaan pada hari ini
lately ni mood tak tentu arah
serabut je
nak ucapkan terima kasih kepada
norzila binti musman
teman berfoya2, teman gedik2
diyanah nabilah binti kamaruddin
teman ketika gembira, sedih, menangis dan kesengalan
thankz a lot for being there when i need someone
dan juga republican semua
serta rakan2 facebook
terima kaseh sangat2

seribu kemaafan juga kalau ada salah silap kat korang
wahh macam hari raya plak kan
hehe

semoga kita diberi kekuatan untuk menghadapi hari2 yg mendatang
jangan putus asa
learn from experience
be strong
dan yang paling penting
redha dengan apa yang berlaku
pasti ada hikmahnya
sentiasa sabar, jangan cepat naik angin
(pesanan khas utk diri sendiri)
cuba pupuk cinta kepadaNYA
kerana DIA sangat menyayangi kita
bukan seperti cinta manusia yang tiada kepastian


:|




24 April 2010

WMX ****

reading, writing dan listening dah selesai
tinggal speaking je
tapi taknak cakap pasal muet tadi
nak cakap pasal peristiwa yang berlaku selepas muet

time nak balik
2 orang kawan aku nak tumpang
aku on je la
tapi
tiba2 kereta tak boleh start
aku tengok dashboard
dashboard kereta, bukan dashboard blogger ni
lampu bateri menyala, padahal baru je ganti bateri
pastu lampu apa entah yang hari tu repair sampai RM420 pun menyala jugak
nervous siot
call abang
tapi dia kat waterfall so tak boleh la nak tolong
call mak
tiba2 perasan bahawa gear dalam keadaan R
sepatutnya P
then aku betolkan balik gear tu
try start
hidup!
haha
cakap dengan mak dah boleh start
pastu terus balik
eh tapi turunkan kawan aku kat mc donald dulu

moral of the story
sebelum start kereta
pastikan gear anda dalam keadaan neutral (manual) atau P (auto)

aku dah lupa camne nak drive kereta manual
hikss

23 April 2010

kauuuuuuuuuuuuuuuu

aku tak nak tulis

tapi

aku harap sangat2 kau tahu apa yg ada dalam hati aku



esok muet =)

18 April 2010

sebulan sudah bercuti


arr arrr
dah sebulan lebih bercuti
duduk di rumah saja
tiada apa yang menarik
cuma pergi Banting, balik kampung, dan Kuala Selangor
dalam masa sebulan ni ada la dalam 3 or 4 kali ulang alik pergi Kuala Selangor
jauhhh.. penatt..
tapi demi adik terchenta, sanggup juga ku redahi
wahahaha

hari ni baru rasa bosan dan boring yang amat sangat
sebab hari ni hari ahad
sebab semalam tak dapat join gath
sebab jumaat tak dapat pergi daurah
sebab tak dapat berfoya foya dengan makcik gedik
time dah nak cuti dulu
aku terbayang cuti ni best
dapat pergi sana
dapat pergi sini
pergi tengok wayang
pergi beach
pergi waterfall
last last
tak pergi mana mana pun
=.=
stress
nak keluar nak keluar
kalau aku berani, dah lama aku keluar
huuu

nak cerita sikit pasal Banting
semalam balik kampung, borak2 dgn makcik2
terkeluar la cerita pasal Uptown yang aku tak pernah jejak lagi tu
mereka cakap orang luar berpusu pusu nak pergi Banting
tapi orang Banting seperti mak aku dah tak kisah sangat
aku still kisah okay
contohnya seperti apabila makcik aku mentertawakan orang luar yang ambil gambar kat Pantai Batu Laut
bagi aku, takde benda sangat pun kat situ
tapi tempat tu pernah diadakan pertandingan perahu layar, jadi agak terkenal jugak la ye
percaya atau tidak
aku sebagai orang Banting tak pernah lagi pergi Bukit Jugra dan Istana Bandar
nak tulis lagi sekali
Uptown Banting yang almost setiap kali aku lalu setiap kali keluar pun tak jejak lagi
sedih sedih
boleh je nak pergi sendiri
tapi Uptown kan open waktu malam je
dan aku agak rabun malam
lagi satu, tak syok la kan kalau pergi sorang2

okay, sekarang mari kita lihat apa yang ada di Banting
tiada gambar sebab malas nak upload
korang google sendiri ye..hehe
Pantai Morib
Pantai Kelanang
Pantai Batu Laut
Istana Bandar, Jugra
Bukit Jugra
Kolej Mara Banting
Kolej Matrikulasi Selangor
Kolej Komuniti Kala Langat
Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat
syurga kerepek (Fazz Enterprise, etc)

kesimpulannya Banting ni tak la mundur sangat
semua ada kecuali cinema
jadi kalau nak tengok wayang, tempat terdekat adalah Aeon Bukit Tinggi, Klang dan Alamanda Putrajaya.. selain itu bolehlah terus menghala ke Shah Alam atau Kuala Lumpur..
terpulang pada korang la nak pergi mana

lagi satu
isi yang semakin hangat sejak kebelakangan ini
kahwin muda
buat masa ni, ada 3 orang yang aku kenal dah kahwin dalam usia yang muda..
21 tahun
3 orang tu dah kira plural kan, jadi ramailah tu
kalau perempuan aku tak kisah sangat
ni lelaki
dua daripada 3 orang tu adalah lelaki
tapi both of them dah kerja, dah ada pendapatan tetap
kira okay la kan
tapi tapi tapi
camne ek dorang boleh dapat permission drpd parents?
aku nak jugakkkk kahwin muda
tapi takde calon lagi =.=
tapi lagi
it is hard for me to get the permission from my parents
T__T
makcik gedik sudah merancang untuk melangkah bendul kakaknya dengan alasan kakak beliau macam lambat je nak kahwin..
beliau cakap mungkin tahun depan ustaz nak hantar rombongan
wahahaha
tak baik taw langkah bendul
tapi itu hanya angan2 beliau
tengok je la aku macam mana nanti
sebab susah nak cari lelaki yang baik
sorry to say, but most of them suka ambil kesempatan dan mempermainkan perasaan gadis2
aku cakap berdasarkan pengalaman okay
tak perlu la tahu pengalaman aku sebab ianya sangat complicated
jadi, sekarang kita hanya boleh berdoa dan berusaha untuk menjadi solehah
usaha, usaha dan usaha!
moga tercapai apa yang diidamkan
=)

entri yang panjang ini terhasil atas rasa bosan yang amat sangat dan juga semangat nak promote Banting yang tiba2 muncul

nakkeluarnakkahwinnakkeluar!




16 April 2010

kemerepekan belaka

satu
saya stalker agak terhebat
sila takut sekarang

dua
saya hanya manusia
tidak sempurna
tapi berusaha untuk perbaiki diri

tiga
soal rasa kita boleh tipu
tapi soal hati kita tak boleh tipu
sila bagi saya masa
saya doakan yang terbaik untuk anda

empat
makcikk
mari menonton semerah cinta stilleto
tapi esok nak puasa
kenapa aku message kau tak reply
apa barang tidur awal
tak remaja la

lima
bukan ku tak sudi kasih
untuk join gath bersama mu
tapi apakan daya
kita hanya manusia yang bisa merancang
tapi
DIA yang menentukan
but i'll try untuk join jugak

enam
don't you ever dare to appear in front of me
kalau tak, bersedialah nak kena langgar
tak pun pasti kau akan terima sumpahan2 daripada aku
tak boleh stereotyping orang
tapi bila dah most of them macam tu
what should i do?
akukah yang bersalah?
grrrrr
forget it
now is not the best time to think about this

tujuh
happy 3rd birthday MRSM Kepala Batas
Kecemerlangan Berganda
Frontier of Supremacy
hari tu tengok facebook junior2
tahniah adik2ku atas kejayaan korang
=)
tiba2 rindu ummi homeroom
maaf sebab dah lama tak contact =.=

sila tidur sekarang!

12 April 2010

saya gadis berdikari

hehhh
berdikari la sangattt

pada petang isnin yang indah
lagi indah kalau dapat tidur
tapi sebab malam tadi aku dah tidur selama 12 jam,
jadi jangan harap la nak tidur pada siang isnin ni
wajib kena siram sat lagi
haha

okay. mari teruskan cerita
mak aku suruh selesaikan urusan membayar bil
dan menambah nilai akaun SSPN yang telah lama tidak dikemaskini
sampai dapat surat dari bank =.=

time nak gerak tu
otak aku ligat berfikir
nak pergi mana dulu eh?
tempat2 yang perlu dijejaki
stesen minyak
tm point
bank tabung haji
bank islam
siapa orang banting korang bayangkanlah sendiri tempat2 tu

then mak aku bagi arahan

mula2 pergi isi minyak dulu di caltex
asal nak masuk jalan besar je mesti berdebar2
macam nak nikah
then dah siap isi minyak pergi bank tabung haji
parking dekat surau
kena melintas sorang2
lepas tu parking kereta kat taxi stand pulak untuk pergi tm point
then kena melintas sorang2 lagi
kemudian pergi ke bank islam
terkial kial mencari mesin ambil no. giliran
sebab selama ni masuk situ terus pergi atm machine
huhu
eh eh
sudah selesai segala urusan yang wajib
tapi
tiba2 si kecil afrina safiah menyuruh beli roti dan susu dan bintangmadu
nyumnyum
okay, sebagai kakak yang baik aku pun beli la segala benda tu
then terus balik rumah
penattttt

moral of the story
rancanglah perjalanan anda supaya segala urusan berjalan dengan lancar

taksabartunggumakcikgedikbalikbolehberfoyafoya

03 April 2010

tag from raji

terima kaseh kepada encik raji
yang telah bersusah payah tag aku
kalau kau tak tag, aku memang dah malas nak update blog
huhu

question 1
ANDA RASA ANDA HOT?
tidak

question 2
UPLOAD GAMBAR KESAYANGAN


question 3
KENAPA ANDA SUKA GAMBAR NEY?
1) sebab tak nampak muka
2) sebab ketika itu aku berada dalam tarbiyah

question 4
BILA KALI TERAKHIR ANDA MAKAN PIZZA?
time cuti mid sem hari tu. aku belanja family sebab baru dapat elaun.
but sorry to say, service sangat teruk. hukhuk.

question 5
LAGU TERAKHIR YANG ANDA DENGAR?
suara dengarkanlah aku apa khabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya masih berharap di dalam hatinya
suara dengarkanlah aku apakah aku selalu di hatinya
aku di sini menunggunya masih berharap di dalam hatinya
teka la sendiri lagu apa. hehe

question 6
APA YANG ANDA BUAT SAMBIL SELESAIKAN TAG INI?
watching television

question 7
SELAIN DRPD NAMA ANDA SENDIRI, ANDA SUKA DIPANGGIL DENGAN NAMA APA?
mira comel. muehehe
no more siti, nanti aku teringat kisah silam. =.=

question 8
TAG 6 ORANG TANPA BELAS KASIHAN
aku penuh dengan belas kasihan jadi tak sampai hati nak tag siapa2
kalau anda nak buat, just do it! =)