29 March 2010

hikmah

mungkin dah dapat
jadi takkan nak lepaskan
grab it!!

=)

24 March 2010

tag lagi

ayat "tag lagi"
macam selalu sangat je kena tag
muehehehe
kali ni nabil yg tag
terima kaseh ye nabil
tapi kenapa tak boleh right click?
penat nak taip balik soalan2 tu
grrr

1. Siapakah anda di rumah?
anak kedua, gadis yang sangat pemalas, kakak yang sangat garang mengalahkan mak tiri, pemandu berhemah tika ketiadaan abah dan abang, anak dara terlebih tidur dan terlebih makan ketika cuti dua bulan ini dan penganggur terhormat malas nak cari kerja mengharapkan kerja mencarinya di samping mengharapkan ada jejaka datang melamar walaupun menyedari bahawa dirinya tak pandai memasak :p

2. Siapa anda di samping rakan?
kalau di samping rakan dah tentulah aku sebagai rakan mereka. rakan sedih, rakan menangis, rakan gembira dan tak lupa juga rakan sengal.
pendengar yang baik walaupun tak reti sangat nak bagi nasihat :p

3. 5 benda yang belum tercapai
4 flat
band 4 for muet
duit duit duit
pergi gath ro91
the most important, hijrah (aku je yang faham..huk)

4. Siapakah nama pasangan anda?
tunggu la wedding card yerk

5. Ceritakan 5 perkara yang anda suka tentang pasangan anda.
grrrr.. mana la aku tahu siapa pasangan aku..
1.beriman dan boleh bimbing aku
2.tidak merokok, bahaya untuk kesihatan
3.
4.
5.
tak boleh demand sangat sebab aku tak sempurna, masih berusaha perbaiki diri :p

6. Bila tarikh anda couple?
grrr no answer for this question

7. Apa kenangan pahit anda bersama pasangan?
grrrr kau ingat aku dah kahwin ke?

8. Lagu tema cinta anda
no answer also :p

9. Apa perubahan yang anda ingin lihat dari pasangan anda?
errr.. harap dapat bertemu pasangan yang menepati ciri2 di atas. dan bila sudah begitu, maka terima saja dia seadanya kerana dia adalah dia, manusia biasa seperti kita :p

10. Tag 10 rakan yang lain
diyanahnabilahkamaruddin
maziahmohdnasir
rabiatuladawiyajamil
sitinurdinamohdkhairi
ainuamirahmohamadazam
nurareefahcheahmadtantowi
muhammadkhairiarifin
fakhrurrazi
muhammadzufayrifauzi
ahmadbukhori
siapa2 nak jadi yang kesebelas dan seterusnya, buatlah. :p


18 March 2010

kamu sentiasa di hati

Teman Sejati

Selama ini
Kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci
Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui
Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita
Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...
KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita



SAHABAT

INGIN AKU SINGKAP KEMBALI
KENANGAN LAMA AGAR BERSEMI
INGIN KU ULANGI KISAH MANIS
AGAR TERUS BERSEMADI
INGATLAH AKU SEBAGAI RAKANMU
KENANGLAH AKU DALAM DOAMU
BEGITU INDAHnya KISAH DAHULU
ENGKAU SEBAGAI TEMANKU
APABILA ENGKAU TERJAGA
SATUKANLAH HARAPAN KU DENGANMU
KERANA IANYA BAKAL BERPADU
MIMPI SI PENUNGGU YANG SETIA
LAYARKANLAH IMPIAN DOAMU
SESUNGGUHNYA AKU MASIH MENGINGATIMU
SEBAGAI KAWAN RAKAN DAN TEMAN
SEMOGA KITA DIBERKATI ALLAH
KU DOAKAN KEPADAMU
AGAR BAHAGIA
DI DUNIA DAN DI AKHIRAT



untuk kamu semua
yang pernah,sedang,atau bakal menjadi sahabatku
kepada yang pernah, sesungguhnya aku rindu kalian
saat saat manis tika bersama menyulam mimpi menggapai impian mendaki cita cita
aku tak pernah lupa kalian, cuma takdir menentukan kita tak boleh rapat macam dulu
kepada yang sedang, aku harap persahabatan kita berkekalan sampai bila bila
tiada kata yang dapat diungkap
cukup lah hati aku yang berbicara walaupun tanpa suara
pasti kamu dapat lihat, kamu dapat rasa apa yang aku cuba sampaikan
kepada yang bakal, aku harap persahabatan ini bakal berkekalan juga
aku sayang, sayang sekali..
kalau lah aku boleh mengembalikan masa silam agar tiada sengketa antara kita
kalau lah aku bisa putar kembali waktu dahulu pasti aku tidak akan membiarkan hubungan kita menjadi jauh
pasti aku cuba sedaya upaya menjaganya
tetapi apakan daya,
aku ini manusia,
seperti kamu juga
kita punya TUHAN yang telah mengatur segala galanya untuk kita
kerana DIA tahu apa yang terbaik untuk kita semua

<3 all my friends
* lagu tu cari sendiri ye..=)

13 March 2010

semangat la weyhhh

salam
hye mira sayang
dengar cerita awak balik esok.. betul ke?
kalau awak nak balik esok, sila la habiskan study BEL 260 & MTC 037 ye..
abaikan segala anasir negatif yang ada
fokus
buat sehabis baik

11 March 2010

two more papers

but i feel wanna go home right now
berhenti menangis.kau dah besar
T____T
orang cakap berhenti tu, berhenti la
tak faham bahasa ke?
panggggggggg
dush dush dush
pergi belajar
kalau nangis lagi siap la.


04 March 2010

dugaan

assalamualaikummm
pada musim peperiksaan ni la pelbagai dugaan dan cabaran datang menjelma. laptop sakit, dan mata aku juga sakit nak mengadap laptop ni. masalah hati yang entah bila nak selesai. macam2 ada dalam otak aku sekarang ni. then tiba2 boleh pulak hilang mood nak study. sangat siot ye. untuk orang pertama, aku tak tahu kenapa aku begitu sengal masih teringat kat kau walaupun awal2 lagi kau dah lupakan aku. dan tindakan kau menyebabkan aku terfikir semua lelaki sama saja walaupun kau ni baik tapi sebenarnya tak la baik sangat. aku tak tahu kenapa aku masih beriya dan bersemangat untuk lalu depan rumah kau walaupun aku tahu kau takde kat rumah. yela, orang cakap kalau tak dapat tengok orang, tengok rumah dia pun jadi la. sangat sengal ya di situ. aku sangat2 terasa bila kau online dan pura2 tak nampak aku. aku ym pun tak nak balas. mesej pun tak balas. nasib baik aku call, kau angkat. tapi kau ingat aku orang kaya ke sepanjang masa nak call kau. heyyy, aku tak tahu kenapa perkara tahun lepas boleh terjadi. kau bawa aku terbang, menggapai mimpi, menyentuh pelangi dan pergi ke daerah indah tapi lepas tu kau lepaskan aku jatuh gedebushhh. sakit tahu tak. aku sangat berharap kau bahagia dan sila lah pergi dari minda ku ini. sangat mengganggu! get out from my head now!! untuk orang kedua, aku harap kita masih berkawan, masih bersahabat. aku minta maaf atas kesilapan sengalku itu. sumpah aku tak sangka kau akan layan aku macam ni. aku harap kita dapat berkawan macam dulu dan sekali lagi aku minta maaf atas kesilapanku itu. jangan la buat aku terasa dengan apa yang kau buat. aku nak kita berkawan. faham tak? aku nak kita contact macam dulu. tak boleh ke just lupakan perbuatan sengalku dulu? sekali lagi aku minta maaf dan aku nak sangat kita kawan macam dulu. kau nak aku merayu ke? tolong la wahai sahabat, aku nak kita kawan macam dulu. kalau kau layan aku macam ni, aku sendiri tak boleh lupa kesilapan sengal tu dan sampai sudah takkan hilang rasa bersalah ni. tolong laaaaaaaa, aku nak kita kawan macam dulu. untuk orang ketiga, maaf. aku ini mudah dipengaruhi tetapi sukar mempengaruhi. jadi bila kau jadi macam tu, sedikit sebanyak aku pun terasa tempiasnya. aku nak kau gembira, bahagia, happy selalu, jangan sedih2 okay. aku tak suka tengok kau sedih sebab aku rasa sangat tak berguna bila tak dapat buat kau happy. jadi jangan lah sedih2. kalau kau sedih, aku pun sedih. bila aku sedih, terus takde mood nak study macam hari tu dan itu adalah sangat sengal kerana exam cuma tinggal berapa hari je jadi jangan lah pengaruhi mood aku okay. untuk orang keempat, aku sayang kau sebab kau selalu buat aku gelak. kau lah kawan yang sama sengal dengan aku. jadi aku sayang kau dan aku harap kau sentiasa happy dan bahagia. takmo sedih2 okay. orang kelima, aku sangat hormati kau dan tolong jangan bagi rasa hormat itu hilang. maaf kalau aku ada buat salah atau terkasar bahasa. untuk orang keenam, sumpah aku rindu kau. bila nak jalan2 berfoya2 buang duit yang sedia ada sikit ni. rindu rindu rindu. untuk orang ketujuh, sumpah aku tak faham apa yang kau nak. menyemak dalam otak aku tahu tak. kejap puji aku, kejap kutuk aku. amboi2, sesedap aiskrim je nak kutuk2. campak dalam longkang tahu la. dan aku nak tegaskan di sini, yang aku tak nak jumpa kau. memang takkan jumpa kau. jadi sila la kuburkan segala harapan dan mimpi kau untuk jumpa aku. bukannya apa, aku rasa kita tak boleh get along kerana dunia kita sangat berbeza. jadi, selamat tinggal! untuk orang kelapan, aku ini gadis, jangan ingat aku terlalu murah. jangan pandang rendah kat aku walaupun aku ni sememangnya rendah. sumpah aku tak suka kau bila kau berbicara tentang itu. heyyy, tercemar tahu tak. tentang probabilities itu tak perlu la ditulis di sini, biarlah ianya tersemat kemas dalam kotak fikiranku. sebab kalau cerita pun buat malu je. berangan lebih mira ni. haihh. okay, mari study ya anak2 sekalian. mak dah pesan suruh tinggalkan laptop tapi anak ni degil. kononnya dah tinggalkan broadband anak ingat selamat la tak online. takde maknanya anak oi. wifi ni tiba2 dapat pulak jadi marilah kita menggunakannya dengan penuh manfaat dan jangan bazirkan ia. tiba2 mak suruh tinggalkan phones sekali. memang tak hidup la anak kalau macam tu. aduii. untuk pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam, ketujuh dan kelapan, aku harap korang baca, faham dan hayati apa yang aku tulis ni. sekali sekala, tolong la faham perasaan aku. terima kasih.

lega sebab dah muntahkan segalanya

01 March 2010

...






mahu menulis
tapi tak terluah apa yang nak ditulis
hanya terbuku dalam hati





study study