30 January 2010

travel alone etc

salam
terlalu banyak benda mahu ditulis. kalau kamu mahu baca, just continue read this. kalau tak, sila tekan X di hujung atas sebelah kanan. =)

semalam bersamaan 29 januari 2010, aku pergi rumah makcik aku di no 135, blok 5, chini 5, pekan, pahang. wahh, so impressive sampai boleh hafal alamat dia. hikss. bertolak dari hostel pada jam 2 lebih. sampai di terminal sudah nampak bas yang patut dinaiki. tapi bas tak gerak2, baik aku je yg drive. hehh. pukul 3.30 baru gerak. sila bayangkan berapa lama aku berdiri di situ. ya, aku berdiri sebab tiada kerusi kosong. perlu diingatkan ini bukan di terminal makmur kuantan tetapi berdekatan dengan terminal, berdekatan dengan pasar dan the store. sumpah aku takot gler travel alone. macam2 orang ada. huk.

setelah duduk dalam bas tu aku dah mula risau mahu turun di mana. mula la jadi peramah. tanya makcik sebelah dia mahu turun di mana. kemudian bila makcik tu turun datang pula adik smk lepar. aku menjadi peramah lagi. then adik tu turun. datang pula adik yang lain. kali ni dia pula yang jadi peramah. tapi mula2 dia ingat aku still skola lagi. tahu la aku comey. hikss. sumpah adik tu baik. dia tunjukkan aku tanpa rasa jemu bahawa ni chini 1, chini 2, chini 3 dan bla bla bla. terima kasih ye dik. akak doakan kamu dapat keputusan cemerlang dalam spm nanti. sampai di sana pukul 6. wahh, jauhnya. hukk.

antara pesanan terawal makcikku, jangan malu2 dan buat la macam rumah sendiri. huhu. setiap kali makan terpaksa tambah sebab sudah dipelawa berkali2. lepas makan lepak kat bilik dan borak2 dgn kak seri. tentang iman dan kehidupan seorang pelajar. tiba2 terkeluar cerita pasal uia kuantan. pastu kak seri cakap adik abg safwan blaja kt situ amik medic. (abg safwan tu abg ipar kak seri, suami kak ujie). wahh, medic?? ish, dah la hensem mamat tu. mula2 aku x berapa kenal. then bila tanya yg jadi pengapit time abg safwan kawen ke dan jawapannya ya. hikss. sumpah hensem. lalalala. lepas tu study. lebih kurang 7 pages je lepas tu tertido sampai pagi. hikss. malam tu aku mimpi aku bangun pukul 9 pagi. yela, kata buat macam rumah sendiri. bila kat rumah sendiri memang bangun pukul 9. hahaha. pagi tu cuma lepak tengok tv. huhu. study pun macam selak2 je. adehh.

time lepak2 tengok tv tu aku tengok la kat almari yg tersergam di ruang tamu tu. aku baru dapat tahu bahawa abg faris tu bekas pelajar SEMESTA. sumpah sebelum ni tak tahu sebab apa yang aku tahu di skola kat raub tapi tak tahu la pulak skola sains. ngee. tak prihatin sungguh aku ni. sekarang dia di royal military air force (RMAF) di kedah. wahh, hebat2 belaka anak2 makcik aku ni.

time balik pula aku bercadang nak tido dalam bas. tapi hasratku lambat tercapai sebab ade baby duk kt depan seat aku. asyik duk pandang belakang je. tahu la aku comey. hikss. time dia pandang tu mesti la kena bagi senyuman manis, takkan nak buat muka garang plak. hee. walaupun aku penat, aku senyum juga demimu baby comey. haha. pastu aku tertido. bangun2 je baby tu dah turun. bukan la turun sendiri, dia turun dengan mama dia. lepas tu aku pergi the store sorang2. ya, sorang2. sila percaya. aku masuk ikut pintu belakang sebab tu je pintu terdekat. tapi kena tahan dengan guard atas alasan aku bawa beg. haishh. aku nak kuar ikut pintu depan la. tak pasal kena kuar ikut pintu belakang juga. lepas beli barang, cari teksi. kebetulan pula duit dah nak habis. jadi aku mintak tolong driver taxi hantarkan aku pergi bank islam dulu. unfortunately, jalan sangat sesak. serius, sesak gler. then kat bank islam plak ramai orang. berkali2 aku meminta maaf kt driver tu sebab dia kena tunggu lama. time nak bayar tambang plak, aku dah sedia nak bagi rm10 sebab dia tunggu lama tadi time aku nak withdraw duit. tapi dia cakap ikut harga biasa yg selalu aku dapat. rm7 je la. huhu. terima kasih pakcik. semoga pakcik dapat balasan baik. (ala2 yoo rin) hikss.

sudah sampai di hostel. esok pula ada program. mungkin bakal tidak tidur malam ni sebab nak prepare forum dan study test. huhu. owh, lagi satu, baru mendapat berita yg kenduri tahlil keluarga akan diadakan pada minggu hadapan, bkn pada chinese new year yang aku harapkan. so takde harapan la mahu menggedik dengan makcik. makcik, kite menggedik di tempat lain ye? hikss.

berusaha, berusaha dan berusaha
oh ya, awak baru approve request facebook,
sumpah penat cari guna name banyak kali,
tapi bila guna email sekali je dah dapat
macam mana la aku boleh lupa yang aku ada simpan email dia
huhu

24 January 2010

kenapa mesti mahu berputus asa?

saya tidak pasti sama ada persoalan ini bakal terjawab di hujung post atau tidak

Ahaha. Menarik soalan tu. Hm, secara ringkas, abang bahagikan jawapan abang kepada dua; bergantung kepada niat Amira belajar law::


(i) Niat untuk lulus peperiksaan akhir :: Amira hanya perlu buat nota-nota ringkas daripada pensyarah, hafal sedikit, dan kemudian muntahkan sewaktu peperiksaan.


(ii) Niat untuk menuntut ilmu dan belajar untuk masa hadapan :: Amira perlu baca banyak buku rujukan, perlu peka dengan pindaan baru terhadap akta-akta serta kanun sedia ada, perlu rajin online (untuk mencari kes-kes, bukan dok ber fb sahaja). Justeru, bukan sahaja perlu hafal banyak kes-kes undang-undang, malah perlu faham dengan sedalam-dalamnya. Perlu rajin consult pensyarah, bertanya pada kawan-kawan dan buat group discussion. Hm, bila kita sudah faham, nak hafal pun mudah. Bila kita tak faham dan hanya hafal, kita akan muntahkan nota kita bulat-bulat. Itu bahaya. Sebab kebanyakan pensyarah tak suka kita muntahkan nota atau menyalin seksyen bulat-bulat daripada akta. Wallahu 'aklam. =)



Hehe. Beginilah, senang cerita, abang nak Mira buka minda luas-luas, justeru lapang dan ikhlaskan hati. Tuntutlah demi ALLAH dan demi membalas jasa mak, ayah dan keluarga Mira. Ada berpuluh ribu orang di luar sana yang berebut-rebut nak ambil jurusan undang-undang, tapi kecewa kerna tidak diberi peluang. Mira sudah diberikan ruang dan peluang. Hargailah, dan berusahalah. Beginilah ikhlas. =)



Ambil contoh mudah, beribu-ribu pelajar bukan Bumiputra di Malaysia ni, yang menyimpan keinginan mendalam untuk ambil jurusan undang-undang, tetapi terkilan kerna kelayakan untuk kemasukan adalah ketat dan sukar. Kita sudah diberikan tongkat, UiTM membuka ruang seluas-luasnya untuk Mira. Hargailah, hargailah, dan hargailah. =)



Pokoknya, ikhlas, ikhlas dan ikhlas. Jadikan semalam sebagai sejarah yang membekal pedoman, esok sebagai suatu detik yang tiada kepastian. Tapi hari ni, saat ni, Mira kena kuat. Sekurang-kurangnya, bina semangat untuk belajar. Kenang mak ayah bila rasa malas. Kenang mak ayah bila rasa senang. Kenang mak ayah bila rasa lemah. Mak ayah Mira besarkan Mira pun, dengan susah-payah, lagi susah daripada belajar undang-undang. Tapi mereka tabah dan tidak mengeluh. =)



kata kata di atas diberi oleh senior samus

pemimpin kita pada thn 2004

junior kpd abangku

TERIMA KASIH

hanya itu yg mampu mira ucapkan


amira amira amira

what happen to you

bersemangatlah wahai gadis!

perjalanan masih panjang

kenapa mahu berputus asa

andai tidak mencuba

take the risk

prove that you can do it

apa halangan yg melunturkan semangatmu?

cari dan hapuskan halangan itu

siapa kata amira tak boleh berjaya?

boleh boleh boleh

andai disedari bahawa terlalu banyak kekhilafan diri

maka bertaubatlah dan perbaikinya

be strong!


Aku sedar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu
Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkah ku miliki

Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmah
Yang akan menunggu
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya cuba
Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Kerana ku ada di sisi setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakan daya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu

Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan lagi
Kau ada aku dan aku punya kamu
Amanlah akhirnya tetap bersama

malu mahu tulis besar2

saya kerinduan, mahu pulang ke rumah

tapi rumah sedang direnovate, mak cakap saya dah takde bilik

nak tido di mana?

::sumpah homesick::

sem lepas almost 2 minggu sekali mesti balik

sem ni kena tunggu cuti panjang sikit baru boleh balik

T___T