06 December 2010

letusan gunung berapi

assalamualaikum.
alhamdulillah, MAHA 2010 dah selesai. harap segala penat lelah sepanjang acara tersebut berbaloi. =D

satu.
2 days before MAHA, bos pegi holiday. 2 days after MAHA, project manager dan lagi sorang tu ntah apa jawatan dia tak ingat pulak hehe, nak pergi holiday. dah tu bila temporary clerk ni nak pergi holiday? ouh, saya holiday agak2 hujung bulan nanti ye. sekarang kena kerja keras kumpul duit.

dua.
awak datang nak hidupkan road tax dan insurans. saya cakap orang yang pakar buat benda tu takde kat ofis, awak datang esok ye, tak pun buat kat tempat lain. saya ni pekerja sementara je, memang tak ambil tahu pasal insurans sebab kerja saya berkaitan benda lain. tapi awak cakap awak nak buat kat sini jugak walaupun sebelum ni awak guna AmAssurance dan tahu kami guna Kurnia Assurance, tapi awak nak buat kat sini jugak sebab kononnya kenangkan bos kami. baik, awak tinggalkan segala dokumen dan deposit. punya la semangat nak hidupkan insurans kat sini kan. ngeh. esoknya orang yang pakar buat insurans tu datang awal2 pagi semata-mata nak hidupkan insurans awak. tapi entah kenapa, jadi sampai RM600. saya malas nak terangkan sebabnya. then bila saya call bagitahu pasal tu awak marah2 sebab tak bagitahu awak dulu insurans tu sampai RM600. heyyyyyyyy awak dah bersungguh2 nak buat kat sini dan kami pun dah hidupkan insurans tu tak perlu la nak membebel. lain kali buat je kt AmAssurance. bos kami tak harap la duit awak. saya benci pelanggan macam awak. memang law Kurnia macam tu, terima je la. ngeng la awak ni. huhhhh.

tiga.
saya paling pantang kalau orang cari pasal dengan saya. biar saya yang cari pasal dengan orang, tu takpe. hehe. saya paling pantang kalau orang cakap saya bodoh. ya, saya tahu saya tak berapa pandai tapi awak tu bijak sangat ke sampai nak cakap orang bodoh? mulut tu macam tak bayar zakat pulak ye. saya tahu english saya tak berapa nak okay tapi english awak sejuta kali tak okay. i cannot deny it. benda2 basic pun tak tahu, apatah lagi current issues. orang tanya pasal muet, awak tak tahu. orang cakap pasal maha, awak cakap saya merepek. heyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy event besar gedabak macam tu takkan tak pernah dengar. bila saya cakap event tu kat serdang awak boleh cakap serdang tu tempat hulu, awak tak amik tahu. adik saya pun tahu serdang kat mana. meaning that awak laaaaaaaaagi bodoh. tu pun tak nak mengaku. fine, tak nak mengaku takpe. tapi tolong la jadi orang yang sedar diri. jangan jadi bodoh sombong, bodoh yang tak boleh diajar. dan tolong jadi orang yang faham bahasa. saya cakap bahasa melayu, awak tak faham. english pun tak faham. nak suruh saya cakap bahasa apa?? bila saya cakap kasar awak kata saya jahat. bila saya cakap lembut awak pijak kepala. orang macam awak ni pantang diberi muka. bila tanya email tak reti, pastu nak kutuk phone saya pulak ye. heyyyyyyyyyyyyy suka hati saya la nak pakai phone buruk pun. ada saya susahkan awak?? rasa macam nak report polis je. err boleh ke nak report polis sebab ada stranger that keeping disturb me? seriously terganggu, mendatangkan gangguan emosi. tak pasal2 saya takde mood kat maha hari tu. nasib baik masa tu customer tak ramai. grrrrrrrrrrrr!

empat.
edisi kasih sayang. buat sahabat2 yang disayangi. baik lelaki mahupun perempuan. saya sayang anda semua. ya, saya akui sejak saya bekerja secara sementara ni saya jarang online, tak dapat spend time dengan anda. tapi sesungguhnya saya rindu saat2 itu. saya rindu anda semua. <3

lima.
dah tak tahu nak cakap apa. nanti kalau ada idea saya tulis lagi. salam.



p/s: esok ada majlis tahlil di rumah saya. jemput datang. =)


2 comments:

chittysarah said...

rumah di mane?
nak datang kenduri~~
lallala

safiamira said...

rumah kat banting..hee