03 October 2010

izinkan aku berpuitis seketika :p

andai mimpi itu indah
izinkan aku untuk terus bermimpi..
andai hidup itu lebih indah
berikan ruang untuk aku bernafas pada esok hari..

andai aku bisa memilih,
sudah lama ku pilih dia..
kerana dia berhak memilih,
maka aku tetap di sini, mendoakan kebahagiaannya..

andai aku seperti kalian,
sudah lama ku tunduk pada hati..
andai aku seperti mereka,
pasti aku tidak akan kalah dengan kata hati..
kerana aku adalah aku,
sering tersepit, lagi terkeliru..

andai aku lemah,
pasti aku rebah..
mujur kerana iman,
aku tetap berdiri, walau tidak segagah mana..

kerana aku tidak berhak memilih,
maka aku terus menunggu..
walau ku tidak tahu siapakah dirimu,
izinkan aku untuk terus menunggu..
kerana ku tahu masa itu pasti akan tiba,
semoga kamu sedar bahawa aku menunggumu..

istighfar banyak2

3 comments:

ahmad said...

=)

ahmad said...

sungguh dlm makne nyer..=)

safiamira said...

errr awat bleh faham makna dia ni? hukk