27 September 2010

habis sudah asasi

sebenarnya ada baaaaanyak sangat benda yang aku nak cerita. tapi buat masa sekarang ni aku cerita pasal exam dulu ye sebab dah serabut. hoho.

24 september yang lepas, aku start exam, subjek global issue. aku boleh jawab soalan nombor satu. soalan kedua dan ketiga macam cukup2 makan je. huhu.

25 september, economic issue and problems. ade dua soalan tak boleh jawab sebab aku tak sentuh langsung part tu. ngeh. sibuk nak hafal formula sampai mengabaikan soalan bernilai 7 markah. =.="

27 september, baru je tadi exam intro to law 3. it consists of criminal, tort and contract. subjek yang sepatutnya diasingkan, tapi kitorang kena jawab dalam satu paper dalam masa dua jam sahaja. tak cukup masa! kelam kabut. cases dan acts bercelaru dalam otak aku. T__T

moral of the story:
jangan study last minute. sebab korang akan menyesal. time tengah study malam sebelum exam tu baru duk merungut kenapa la kita tak study daripada awal ye? huhu.
assignment pun jangan buat last minute. nanti korang akan kelam kabut dan menyebabkan kekurangan markah pada assignment tu.
senang cerita, jangan buat kerja last minute. AVOID PROCRASTINATION.

kelebihan berselawat. ni ummi homeroom aku yang cerita. time tu dia tertinggal barang kat pejabat. tapi pejabat tu dah tutup sebab masa tu hari jumaat, so tutup awal. dia nak balik pun tak boleh sebab dia tertinggal kunci kereta kalau tak silap. then dia duduk kat luar pejabat tu sambil berselawat. sebab dia percaya insya Allah masalah tu akan selesai. dan alhamdulillah, tak lama lepas tu ada orang datang dan buka pintu pejabat tu. dan dia pun boleh balik. so, berdasarkan pada cerita tu, aku percaya kalau kita selalu berselawat insya Allah akan ada pertolongan daripada Allah.

jadi aku aplikasikan benda tu ketika exam. untuk pengetahuan anda, aku kena exam kat IKIP. bukan ikip taman gelora mahupun kubang buaya, tapi ikip indera mahkota. jauh siot. so dalam perjalanan tu orang lain sibuk baca buku. tapi aku tak boleh baca sebab allergic, confirm pening2. hehe. jadi aku berselawat je la dalam hati. sambil2 baca surah al-insyirah sekali. before exam tu kalau korang tanya aku soalan mesti aku tak boleh jawab sampai aku keliru sebenarnya aku dah study ke belum. huhu. alhamdulillah, time exam tu aku boleh jawab walaupun ada certain soalan memang tak boleh jawab, yang tu sebab aku tak study. hoho. betol atau salah belakang kira. asalkan kertas jawapan aku tak kosong. err betol ke teori aku ni? =.= yang penting dah habis exam ni, tawakal banyak2 ye.

sejujurnya aku langsung tak bersedia menghadapi perpisahan ni.
T__T

4 comments:

Nur Areefah said...

bertangguh tu pencuri yang berjaya!
aku selalu dicuri gara2 sikap aku sendiri..kui3~

btw, betul pasal salawat tu..ketenangan itu penting..bila tak gelabah, evrything will be smooth je rite :)

selamat mejejakkan kaki ke alam baru!! =D

safiamira said...

hoho.. alam baru apa nya? aku tak kawen lagi. LOL

AthifahAmani said...

alhamdulillah..
kesedaran aku pun makin meningkat sekarang..maklumlah kalau da repeat tu..kalau xsedar2 diri tu xtau la nak kata apa..so aku sentiasa focus dengan apa yang aku buat..even latihan yang terpaksa dihantar..aku buat bukan kerana terpaksa tapi kerana tu la masa yang aku ada untuk study..so xda la istilah study last minute lagi dalam kamus belajar aku..even sembang kat cafe mengenai pelajaran pun aku rasa aku dah study sikit..sebab tu la fokus tu penting..
btw..PSPM I around the corner..wish gud luck to matrix (KPM) student.. and you too..

safiamira said...

athifahamani, all the best dear =)